PERJUANGAN BERBENTUK ANARKIS SIA-SIA

PERJUANGAN BERBENTUK ANARKIS SIA-SIA

Dalam Islam, ciri-ciri perjuangan yang bersifat anarkisme tidak sesuai dengan tuntutan agama, malah diharamkan sama sekali kerana ia akan memudaratkan baik secara fizikal ataupun psikologi.

Dengan menganjurkan perhimpunan atau apa pun bentuk penentangan secara kekerasan, perjalanan urusan harian di kawasan terbabit akan terganggu manakala rempuhan orang ramai akan menyebabkan terhentinya kegiatan ekonomi.

Apa yang akan berlaku ini pada hakikatnya adalah satu musibah dan ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Bagi merungkaikan kekusutan yang berlaku dalam masyarakat, Islam mencadangkan agar setiap daripada kita mengamalkan rasa keinsanan yang tinggi, iaitu kembali berdoa kepada Allah SWT.

Jangan sekali-kali kita pisahkan doa dengan persatuan dan kerja keras kerana itu hanya akan membuat doa kita sia-sia. Dalam keadaan ini, semakin terasa betapa pentingnya manfaat doa atau berdoa bagi kita.

Demikian juga, kita digalakkan banyak membaca zikir baik berupa tasbih, tahmid, takbir atau tahlil sebagai jalan untuk menolak datangnya sesuatu bencana itu.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikan kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi dan mengadakan kerosakan padanya dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternakan, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.” (Maksud al-Quran Surah Al-Baqarah, 204-205)

Rasulullah SAW dalam sabda beliau yang diriwayatkan oleh Aisyah r.hu. sangat mencela tindakan berdemonstrasi itu. Sabda baginda yang bermaksud, “Orang yang paling dibenci Allah SWT adalah penentang yang keras.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sabda baginda lagi, “Tidak boleh bagi seorang Muslim bermusuhan dengan saudaranya lebih tiga hari; saat keduanya bertemu, yang satu berpaling ke arah kanan dan satu lagi berpaling ke arah kiri. Paling baik di antara mereka berdua adalah yang mendahului mengucap salam.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Oleh itu, Rasulullah SAW melarang seluruh umat manusia memusuhi saudaranya (manusia lainnya) lebih daripada tiga hari tiga malam. Bila bertemu, yang satu berbelok ke sana dan satu lagi berbelok ke sini – saling memalingkan muka dan tidak mengucap atau membalas salam.

Hadis di atas menunjukkan kebolehan bermusuhan selama tiga hari sebagai keringanan bagi umat manusia dan sebagai rahmat bagi mereka, kerana sebagaimana diketahui bahawa permusuhan itu akibat daripada perasaan marah dan kebencian yang ada dalam diri umat manusia. Maka, tindakan itu – memusuhi saudaranya – dimaafkan dan dibolehkan selama tiga hari agar perasaan marah, benci dan kecewa itu hilang.

Hari pertama, amarahnya akan tenang; hari kedua, dia mencuba mengintrospeksi diri, dan hari ketiga, dia meminta maaf. Jika lebih daripada tiga hari, bererti dia telah memutuskan tali silaturahim atau memutuskan hak-hak persaudaraan sesama muslim.

Melalui Surah Al-Anfal ayat 9, Allah SWT telah memberikan ingatan:

“(Wahai Muhamad), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, Dia mengabulkan permohonanmu...”

Peristiwa yang melatari ayat itu ialah, Nabi Muhammad SAW ketika itu berhadapan dengan kesukaran dan kesulitan setelah mendapat tahu kekuatan tentera musuh tiga kali ganda besarnya daripada tentera Islam. Allah SWT mengabulkan doa baginda yang memohon pertolongan dengan menghantar seramai 1,000 orang tentera tambahan daripada pasukan malaikat.

Ayat ini mengajar kita bagaimana untuk berhadapan dengan kekuatan lawan dan mengatasi kezaliman. Istighotsah merupakan satu ikhtiar melalui tindakan berdoa beramai-ramai memohon kepada Allah SWT atas kekusutan yang melanda negara sekarang ini. Istighotsah mempunyai ciri-ciri doa tetapi ia bukanlah dalam situasi doa lazim.

Dalam sejarah Perang Salib, tentera Islam yang diketuai oleh Salehudin Al-Ayubi sanggup menghentikan serangan apabila melihat keadaan pihak musuh yang diketuai oleh Richard The Lion Heart, sedang lemah. Salehudin memberi peluang kepada tentera musuh memperbaiki kelemahan mereka sehinggalah mereka benar-benar bersedia untuk berperang semula. Islam menganjurkan cara damai dan adil untuk menyelesaikan sebarang masalah, sekalipun semasa sedang dalam peperangan. Berdasarkan perspektif ini jelaslah bahawa tindakan mengadakan apa-apa perhimpunan berbentuk rusuhan bertentangan dengan nilai dan etika Islam.

Usaha sesetengah pemimpin kumpulan yang hendak menguji pengaruh, dan kerana itu sanggup menipu lebih ramai rakyat kononnya, sistem yang pernah memberikan kemenangan dan peluang berkuasa kepadanya dahulu, kini tidak boleh dipertahankan dan perlu dirombak; mereka mahu diberi jaminan baharu sesuai dengan keperluan mereka. Pemimpin ini merupakan orang yang tidak mempunyai jiwa perjuangan yang besar. Mereka berminat mengadakan rusuhan kerana mempunyai agenda politik yang lebih besar.

Jika ditangkap atas tuduhan merancang dan mengetuai rusuhan, namanya akan menjadi lebih gah walaupun imej itu sebenarnya dicipta dalam semangat anarkisme dan bertentangan dengan nilai-nilai keinsanan yang dibentuk oleh Islam melalui perantaraan kemurnian akhlak.

Amat jelas rakyat tidak sepatutnya menyokong anarkisme yang cuba dibawa oleh pemimpin tersebut kerana ia akan menimbulkan lebih banyak keburukan dan konflik yang hanya akan menghancurkan masa hadapan negara. 

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

017895
Hari ini: 147
Minggu Ini: 490
Bulan Ini: 3,036
Tahun Ini: 17,895
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.