ILMUWAN BERPURA-PURA GILA

ILMUWAN BERPURA-PURA GILA

Syeikh Abu Qasim Bin Manshur ialah seorang ulama dan tokoh sufi. Beliau merupakan guru kepada ulama-ulama besar seperti Al Hafidz Abnu Asakir, Al Hafidz As Sam’ani dan lainnya.

Suatu ketika, Ahmad bin Ya’qub Al Qursy menuntut ilmu hadis di Baghdad dan mendengar bahawa di sana ada seorang syeikh bernama Abu Abar Thaz yang memberikan ceramah agama yang pelik. Ahmad bin Ya’qub mengajak saudara ayahnya untuk hadir di majelis tersebut, namun beliau berkata, ”Syekh itu mulai kehilangan akal, manusia akan mentertawakanmu karenanya.”


Akhirnya Ahmad bin Ya’qub pun meninggalkan Baghdad tanpa menghadiri majelis ilmu itu. Namun rasa ingin tahu masih menyelimuti hatinya, sehingga setelah sekian lama berada di Syam, Ahmad bin Ya’qub memutuskan balik semula ke Baghdad dan mendengar bahawa syeikh tersebut masih mengajar agama.


Ahmad bin Ya’qub pun memasuki majelis ilmu syeikh tersebut. Ia melihat syeikh itu mengenakan songkok terbalik, dan majelis itu dihadiri oleh orang-orang kaya serta anak-anak para bangsawan. Di majelis itu sang syeikh pun menyampaikan satu riwayat, ”Telah menyampaikan kepadaku Duraid dari Wuraid dari Rusyaid, ia berkata bahawa orang buta jalannya perlahan….”


Ahmad bin Ya’kub berasa pelik dengan isi ceramah itu, sedangkan ulama itu dikenali dengan kealimannya. Akhirnya Ahmad bin Ya’kub mendatangi rumah syeikh tersebut. Sang syeikh pun mempersilakan masuk dan bertanya maksud tujuannya. Ahmad bin Ya’kub pun bertanya mengenai ceramah dan perilaku syeikh di majelis yang membuatnya keliru kerana hal itu tidak sesuai dengan taraf keilmuan, kefasihan dan akhlak syeikh.


Akhirnya Syeikh menjawab bahawa ia telah dipaksa oleh penguasa negara untuk menjawat jawatan yang mana ia merasa tidak mampu melaksanakannya hingga akhirnya ia dipenjara kerana menolak jawatan itu. Ketika penguasa itu meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya, penggantinya itu bertindak lebih keras lagi hingga akhirnya beliau memilih untuk berpura-pura hilang ingatan,”Maka aku pura-pura hilang ingatan maka aku selamat…”

Syeikh itu tidak lain adalah Abu Qasim bin Manshur. (lihat, Thabaqat Asy Syafi’iyyah Al Kubra, 7/ 56).

Sumber: hidayatullah.com

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016904
Hari ini: 339
Minggu Ini: 1,709
Bulan Ini: 2,045
Tahun Ini: 16,904
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.