RAMADAN BULAN JIHAD

RAMADAN BULAN JIHAD

Marhaban ya Ramadhan – Selamat Datang Ramadhan diucapkan untuk bulan yang suci serta mengharapkan agar jiwa raga kita serta keluarga dan anak-anak dan umat muslim seluruhnya diasah dan diasuh bagi melanjutkan perjalanan menuju Allah s.w.t.Kita perlu mempersiapkan bekal bagi tujuan menelusuri jalan itu.

Tahukah saudara apakah bekal itu?  Benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa keluarga muslim seluruhnya.Tekad kita yang membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malamRamadhan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama, bangsa dan negara.

Sebagai keluarga muslim kita seharusnya gembira menyambut kedatangan bulan ramadhan dan menghadapi dengan dada yang sangat lega; dengan jiwa yang tenang, dengan hati yang tenteram. Bagi orang Islam yang beriman mereka menerima kehadiran bulan  yang barakah ini dengan penuh kegembiraan. Ini kerana pengenbaraan Ramadhan yang begitu lama sudah kembali semula menemuai kita. 

Sesungguhnya Allah mewajibkan puasa adalah untuk membersihkan jiwa dari sifat-sifat yang hina dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang mulia serta menjauhkannya dari setiap sifat yang tercela.Kita dianjurkan banyak bersabar dan berjihad melawan hawa nafsu. Dengan puasa juga iman seseorang muslim akan bertambah kuat dan bersih.

Ramadhan menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran untuk keluarga muslim  yang beriman. Sebab itu juga bulan ini dikenali sebagai bulan ibadah. Iaitu bulan dimana orang-orang yang beriman berebut-rebut mengerjakan amalan soleh. 

Orang-orang yang beriman sahaja yang tahu menghargai Ramadhan. Sebab itu mereka mempertingkatkan amalan baik seperti bersedekah, tarawih, qiamullail, membaca al-Quran, berzikir dan bermacam-macam amalan baik yang lain pada bulan yang mulia.

Banyak kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan dibandingkan dengan bulan-bulan lain dalam Islam.  Kitab suci al-Quran yang menjadi panduan hidup kita diturunkan di dalam bulan mulia ini.

Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang berbunyi :“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar”. [Surah al-Qadr ayat 1]

Umat Islam harus menghayati keagunggan bulan ramadhan ini. Bulan dimana Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Ini adalah bulan kembali dan taubat, bulan pengampunan dan rahmat, bulan kebebasan dari api neraka dan kemenangan berupa syurga.

Dibulan ini juga didalamnya terdapat malam lailatul Qadar yang mana malam itu adalah lebih utama dari seribu bulan.  Para malaikat dan roh (Jibril) silih berganti turun seizin Allah dan kedamaian akan terasa hingga terbit fajar.  Pencarian dan penemuan malam Qadar merupakan usaha kerohanian yang besar di bulan Ramadhan. Anas r.a. menyebutkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

‘Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada umatku Lailatul Qadar dan tidak diberikannya kepada umat-umat sebelum mereka’.

Bulan Ramadhan menuntut banyak kesabaran kita kerana hakikat puasa itu sendiri bukan sekadar menahan makan dan minum malah mencegah kita melakukan hubungan “intim” antara suami isteri, juga dilarang bercakap kotor atau lucah sepanjang puasa Ramadhan.

Boleh dikatakan kehancuran akhlak dan merosotnya nilai-nilai martabat manusia bersumber dari tidak dapat mengawal nafsu makan, minum dan hubungan seksual. Dilihat dari aspek ini puasa di bulan Ramadhan ini benar-benar merupakan pendidikan akhlak yang amat ampuh.  Puasa menjadi benteng umat Islam dari bahaya kehancuran akhlak.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud :

‘Puasa itu bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, akan tetapi puasa yang sebenarnya ialah meninggalkan perbuatan yang tidak berguna dan menjauhi perbuatan dosa.  Kerana itu, jika ada seseorang yang memaki kepadamu, maka cukup engkau katakan : Sesungguhnya aku sedang berpuasa!  Sesungguhnya aku sedang berpuasa!’.[Hadith riwayat Ibnu Huzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim]

Bulan Ramadhan selain dari menuntut kita agar bersabar, bertaubat, beristighfar, berjihad, banyak bersedekah dan berdoa, amalan-amalan lain juga dianjurkan saprti Qiamullail, tilawatul Quran, iktikaf dan amalan-amalan salih yang lain. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

‘Apabila Ramadhan telah datang, maka pintu-pintu syurga dibuka (lebar-lebar), dan pintu-pintu neraka tertutup (rapat-rapat) dan syaitan-syaitan pun dibelenggu’. [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

028450
Hari ini: 309
Minggu Ini: 309
Bulan Ini: 4,380
Tahun Ini: 28,450
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.