Tidak ada manusia yang percaya bahawa pembinaan negara bangsa dapat dilakukan dengan jayanya tanpa wujudnya perpaduan, sama ada dalam kalangan pemimpin, rakyat mahupun institusi-institusi yang memayungi masyarakat. Apatah lagi dalam situasi sosiopolitik, sosioagama, sosiobudaya dan sosioekonomi yang semakin mencabar pada hari ini. Namun perjalanan menuju perpaduan tidak boleh terhenti walaupun pelbagai percubaan sebelum ini ada yang gagal.
Perpaduan dalam kalangan warga Malaysia telah sekian lama terjalin kerana prinsip ini dipelihara dengan perasaan muhibah dan harmoni. Namun begitu, perbezaan pegangan politik sering kali menjadi punca kepada perpecahan, sedangkan politik sewajarnya menjadi wadah kepada penyatuan. Kepentingan peribadi dan ketaksuban terhadap pegangan politik akhirnya mencurahkan bibit-bibit permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran kerukunan negara. Perkara ini merupakan satu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh para pemimpin parti politik bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin.
Sehubungan itu, pada 5 Mac 2026 (dua hari yang lepas) sejarah telah tercipta dengan berlangsungnya Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera yang menghimpunkan parti-parti politik berteraskan Islam, Melayu dan Bumiputera di Ibu Pejabat UMNO di WTC Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang berjaya menghimpunkan pelbagai parti politik tanpa mengira sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang demi maslahah ummah dan kepentingan Islam. Usaha ini membuktikan bahawa perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang untuk duduk semeja berbincang mengenai perkara-perkara yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara.
Antara parti politik utama yang terlibat dalam musyawarah tersebut ialah United Malays National Organisation (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) serta Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Pertemuan ini merupakan satu langkah penting ke arah memperkukuhkan kesatuan ummah, di samping membuka ruang dialog yang lebih matang dalam kalangan parti-parti politik yang mewakili umat Islam dan Bumiputera.
Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi membina kekuatan bersama serta memelihara keharmonian negara. Demikian pula halnya al-Quran dan hadis yang memperkenalkan bermacam-macam persaudaraan yang tidak hanya diajarkan untuk sesama muslim saja, tetapi juga kepada antara umat beragama.
Persatuan yang dibingkai dengan sebuah persaudaraan merupakan salah satu anjuran yang ada dalam agama Islam. Menjaga persatuan banyak disebutkan dalam al-Quran. Sehingga kita dapat menemukan beberapa ayat yang bermakna persatuan, dan beberapa ayat lain yang bermakna persaudaraan, baik sesama keturunan, keluarga, agama, suku, ras, maupun kepada sesama umat lainnya.
Semua itu dinyatakan dengan bentuk kata “akh” maupun “ukhuwah”, yang menunjuk kepada hubungan keluarga, sesama masyarakat, se-agama, se-bangsa dan se-negara. Persatuan yang diartikan sebagai persaudaraan dalam ruang lingkup masyarakat digambarkan oleh Alquran bahwa, walaupun di dalam suatu masyarakat ada yang berselisih paham atau pendapat, kita harus tetap mampu menjaga persatuan dalam persaudaraan.
Al-Quran ada menyebut bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara dan yang menjadikan mereka bersaudara ialah akidah keimanan. Keutuhan mereka tidak akan terpecah melainkan jika mereka murtad daripada Islam.
Ukhuwah Islamiah merupakan satu istilah yang sudah diterima di kalangan masyarakat iaitu suatu persaudaraan yang berdasarkan iman. Jadi istilah yang lebih tepat sebenarnya adalah ukhuwah imaniyyah kerana di dalam aI-Quran, persaudaraan ini memang dikaitkan Iangsung dengan iman. Renungi maksud firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10)
Dalam usaha memantapkan ukhuwah Islamiah ini, ia bukan sekadar penjelasan dari segi persamaan pandangan agama atau sekadar toleransi mengenai perbezaan pandangan melainkan yang lebih penting lagi adalah langkah-langkah bersama umat Islam sehingga dapat merasakan nikmatnya persaudaraan satu iman itu.
Salah satu hadis yang masyhur, menyentuh aspek ukhuwah adalah sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat Ibnu Umar, yang bermaksud: “Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”
Persaudaraan dalam Islam berlandaskan iman kepada Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah, dan seseorang mukmin yang merupakan saudara bagi mukmin yang lain mempunyai pertalian persaudaraan yang lebih kuat daripada pertalian darah di kalangan adik-beradik kandung.
Pertalian keimanan inilah yang memperkukuh hubungan sesama individu dalam masyarakat, dan yang menjadikan masyarakat satu unit sosial yang tersusun rapi dan utuh.
Atas kesedaran itu, keinginan untuk bersama memikirkan masa depan negara dalam konteks perpaduan dan penyatuan hasrat, iltizam dan tindakan, menggerakkan semua kumpulan yang berpecah bergabung tenaga menyemarakan semangat penyatuan ini dengan membina dan menghidupkan ‘jambatan rundingan dan muafakat’ sebagai langkah yang tuntas dan berkesan agar krisis, konflik dan ketegangan dapat dibendung dan tidak menjadi letusan kemarahan atau perbalahan yang besar sehingga menjejaskan kestabilan politik .
Bagi merealisasikan hasrat itu seharusnya seluruh ummah bersatu padu, dan bukannya membesar-besarkan perbezaan.Semangat al-Quran yang secara keseluruhan sebenarnya adalah semangat persatuan. Kerana itu jumlah ayat yang menganjurkan semangat persatuan atau perpaduan lebih banyak daripada ayat yang menjelaskan perihal perpecahan.
Antaranya ialah Surah al-Hujurat ayat 10, al-Syura ayat 13, al-Mukminun ayat 32 dan ayat yang paling popular ialah surah Ali-Imran ayat 103.
Al-Quran dan hadis yang memperkenalkan bermacam-macam persaudaraan yang tidak hanya diajarkan untuk sesama muslim saja, tetapi juga kepada antar umat beragama. Persatuan yang dibingkai dengan sebuah persaudaraan merupakan salah satu anjuran yang ada dalam agama Islam. Menjaga persatuan banyak disebutkan dalam al-Quran. Sehingga kita dapat menemukan beberapa ayat yang bermakna persatuan, dan beberapa ayat lain yang bermakna persaudaraan, baik sesama keturunan, keluarga, agama, suku, ras, mahupun kepada sesama umat lainnya.
Menyatukan ummah dan mengelak perpecahan merupakan tugas-tugas kemasyarakatan (muamalat) yang mempunyai kedudukan penting, sehingga dihargai lebih tinggi daripada ibadah-ibadah ritual.Nabi SAW menegaskan menerusi sabda baginda yang bermaksud: Perumpamaan kaum mukmin dalam hal jalinan kasih sayang, kecintaan dan kesetiakawanan, sama seperti satu tubuh, yang apabila salah satu anggotanya mengeluh kerana sakit, maka seluruh anggota lainnya menunjukkan simpatinya dengan berjaga semalaman dan menanggung panas kerana demam.
Hanya 'tali Allah' sahaja yang dapat memberi pegangan yang kukuh kepada semua orang dan dengan nikmat itu mereka dapat hidup sebagai saudara. Tiada yang dapat menyatukan hati melainkan persaudaraan yang menjurus semata-mata kerana Allah, iaitu persaudaraan yang membuang segala macam dendam kesumat, sikap mementingkan diri serta kelompok sendiri sahaja.
Justeru, tiada alasan bagi sesama umat Islam untuk berpecah belah kerana al-Quran mengajar kita agar bersatu. Ingat sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.”
