AL-IDRISI PENCIPTA PETA DUNIA

AL-IDRISI PENCIPTA PETA DUNIA

Asy-Syarif Al-Idrisi adalah seorang ahli geografi terkemuka dan hebat yang pernah dikenali oleh peradaban Islam, bahkan oleh peradaban manusia hingga era penemuan ilmu Alam Eropah (akhir abad kelima belas dan awal abad keenam belas masehi).
 
Al-Idrisi dilahirkan di Sabtah, Maghribi pada tahun 493H/1100M. Dia banyak menghabiskan masa hidupnya di Maghribi,  Spanyol dan Sisilia. Dia wafat pada tahun 561H/1166M. Majoriti pendapat mengatakan bahawa dia wafat di Sabtah.
 
Al-Idrisi memulai pendidikannya di Sabtah dan Fas. Kemudian dia pindah ke kota Qordova untuk membina ilmu kepada para ilmuwan yang ada di sana. Dia tinggal di kota ini beberapa tahun lamanya sehingga mahir dalam ilmu geografi, astronomi, matematik dan geometri. Di samping itu, dia juga mempelajari ilmu kedoktoran, farmasi dan biologi.
 
Selain belajar kepada para ilmuwan terkemuka yang ada di kota Qordova, Al-Idrisi juga belajar melalui buku-buku hasi karya ilmuwan Geografi terkemuka seperti Ptolemaeus, Ibnu Hauqal, Al-Mas’udi, Al-Udzri dan lainnya. Lebih dari itu, dia juga selalu menghabiskan waktunya untuk menelaah dan mengkaji karya-karya ilmuwan geografi terdahulu.
 
Dia berhasil membuat peta. Al-Idrisi dengan membahagikan bahagian utara bola dunia kepada tujuh kawasan dengan cuaca yang berbeda, kemudian dia membahagi masing-masing kawasan kepada sepuluh bahagian yang mempunyai garis bujur yang sama. Dia menggambar setiap bahagian-bahagian yang jumlahnya tujuh puluh dengan peta sendiri. Keseluruhan dari peta yang jumlahnya tujuh puluh tersebut menjadi satu peta yang mencakupi dunia, yang kemudian dikenal dengan peta Al-Idrisi.
 
Peta Al-Idrisi merupakan peta paling lengkap dan mengagumkan yang pernah dikenal dalam ilmu geografi dan seni menggambar peta (cartography) pada masa itu. Peta Al-Idrisi dilandaskan kepada suatu pengetahuan yang solid akan bentuk bumi yang bulat. Dasar-dasar pemikirannya bersumber dari rujukan-rujukan Barat dan Islam secara bersamaan. Peta juga dibuat berdasarkan pengalaman peribadinya dan informasi-informasi ilmiah yang telah dia rangkum.V
 
Peta Al-Idrisi telah menjadi acuan bagi peta-peta yang di gambar pada masa kebangkitan dan juga merupakan titik awal bagi penemuan geografi pada era kemasyurannya. Pada tahun 1866 M, sebahagian dari buku Al-Idrisi yang berjudul “Nuzhat Al-Musytaq” telah dicetak beberapa kali di Kota London. Buku tersebut bernama “Shifat Al- Maghrib Wa As-Sudan wa MIshr Wa Al-Andalus.”
 
Pada tahun 1926, seorang orientalis, Kotard Moleh menerbitkan peta-peta Al-Idrisi, dan badan lembaga keilmuwan Iraq telah mencetak beberapa kali peta-peta tersebut pada tahun 1951M. Kemudian pada tahun tujuh puluhan, percetakan-percetakan yang ada di Itali  megulang cetak buku “Nuzhat Al-Musytaq.”

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040876
Hari ini: 56
Minggu Ini: 313
Bulan Ini: 5,158
Tahun Ini: 40,876
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.