IBNU AL-SYATIR PENGASAS ASTROLAB

IBNU AL-SYATIR PENGASAS ASTROLAB

Ibnu Al-Syatir atau nama sebenarnya Abu Al-Hasan Alauddin Ali Bin muhammad Al-Ansari adalah astronomi Islam yang sangat penting dalam sejarah keilmuan. Beliau berjaya menjelaskan teori planet serta mencipta peralatan astronomi yang digunakan bagi mendalami serta mengkaji ilmu astronomi. Beliau lahir pada 704 Hijrah bersamaan 1304 masihi di Damsyik, Syria.

Penguasaan beliau dalam ilmu matematik serta kejuruteraan membolehkan Ibnu Al-Syatir mendalami ilmu astronomi dan menghasilkan astrolab, alat yang digunakan untuk mengira jarak bintang dengan lebih tepat. Astrolab adalah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit. la berbentuk cakera di-perbuat daripada kayu atau logam yang tepinya ada ukuran darjah dan di tengahnya jarum penunjuk boleh bergerak.

Menggunakan ilmu pengetahuannya, Ibnu Al-Syatir membuat pembetulan alat penunjuk waktu mengunakan bayang-bayang matahari di atas permukaan jam yang dinamakan mizwalah. Berdasarkan pengetahuannya juga, Ibnu Al-Syatir berjaya memberi penjelasan teori ilmu astronomi, matematik dan geografi Yunani serta Mesir. Malah, beliau membuat pembetulan terhadap teori Ptolemy yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat peredaran planet serta bintang yang ada di langit secara teratur.

Hasil pengamatan Ibnu Al-Syatir terhadap planet luar seperti Marikh, Musytari dan Zuhal, beliau berjaya menemukan bukti bahawa bumi bukan pusat peredaran sebaliknya, semua planet mengelilingi matahari. Memang pada mulanya penemuan beliau dianggap pelik, tetapi apabila Ibnu Al-Syatir memberikan ulasan mengenai kesilapan teori Ptolemy, kehebatan ilmunya dikagumi tokoh ilmuwan lain.

Bagaimanapun, wujud salah faham apabila penemuan Ibnu Al-Syatir tidak banyak diperkatakan menyebabkan ramai mengatakan teori bumi mengelilingi matahari ditemukan ahli ilmu falak Poland, Copernicus King, yang membuat kajian mengenai hasil penemuan ilmuwan Islam menyatakan kebanyakan teori yang dikaitkan dengan Copernicus sebenarnya diambil daripada ilmuwan Islam bernama Ibnu Al-Syatir.

Malah, kajian terhadap manuskrip Arab di Poland pada 1973 menunjukkan Copernicus mengambil hasil penemuan dalam buku itu dan menyandarkan pendapat berkenaan kepada dirinya. Ibnu Al-Syatir juga berjaya mencipta alat untuk mengetahui waktu solat yang dinamakan al-Basit yang kemudian diletakkan di menara azan Masjid Umawi di Damsyik.

Selain itu, beliau turut mengarang 30 buah buku, antaranya Risalah fi Taliq al-Arsad, Urjuzah fi al-Ka-wakib, Risalah an Sun al-Usturlab, Kitab al-Mukhtasar fi Sun al-Usturlab dan Risalah fi Usul Ilm al-Us-triab. Malangnya, semua buku hasil karya tokoh ilmuwan yang dikagumi ramai itu hilang.

Beliau akhirnya wafat pada 777 Hijrah 1375 masihi.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040877
Hari ini: 57
Minggu Ini: 314
Bulan Ini: 5,159
Tahun Ini: 40,877
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.