At-Tifasyi adalah seorang ilmuwan Arab yang sangat terkenal dalam bidang geologi. Dia termsuk salah satu ilmuwan dan pengasas pertama ilmu geologi.
Nama sebenar beliau ialah Syihabuddin Abu Abbas Ahmad bin Yusuf bin Ahmad bin Abu Bakr bin Hamdun. Dia dikenal dengan nama At-Tifasyi kerana dilahirkan di sebuah desa yang bernama Tifasy, iaitu sebuah desa yang terletak dekat kota Qafshah sebelah barat Tunisa. Dia juga dikenal dengan nama Al-Qafshi.
At-Tifasyi dilahirkan di desa Tifasy pada tahun 580H/1184M. Beliau dilahirkan dari kalangan keluarga yang kaya raya dan berpengaruh. Datuknya adalah salah seorang kakitangan kerajaan Al-Muwahhidin yang pernah memerintah negara Maghribi. Manakala bapaknya adalah merupakan seorang pegawai di pejabat kehakiman. Syihabuddin At-Tifasyi telah menghabiskan masa kecilnya dan sebahagian dari masa remajanya di negeri Tunisia.
Dia kemudian berkunjung ke kota Cairo, dan dari kota tersebut dia berangkat menuju kota Damasyik dan kemudian kembali ke Tunisia. Ketika berada di Tunisia, dia memegang jawatan sebagai hakim di kota Qafshah hingga dia digulingkan oleh pembesar yang berkuasa di kota itu kerana kebencian yang telah tertanam sebelumnya di hati penguasa tersebut terhadap At-Tifasyi.
At-Tifasyi ketika di Mesir telah menjalin hubungan baik dengan Sultan Al-Ayyubi dan Raja Al-Kamil. Perjalanannya berakhir di kota Cairo hingga akhirnya dia dipanggil oleh Allah SWT pada tahun 651H/1253M.
At-Tifasyi telah membuat dasar ilmu geologi, terutama dalam pengajian dan penelitian yang berhubungan dengan batu-batuan (mineralogy). Dia juga banyak menguasai ilmu geografi, melakukan pemantauan terhadap udara dan menguasai ilmu kedoktoran, serta mengarang buku dalam bidang itu. Dan di antara penemuannya yang paling menonjol dalam ilmu mineralogi adalah seperti berikut:
Dia adalah orang yang pertama kali mengarang buku dalam ilmu mineralogi. Metode penulisannya dianggap sebagai dasar penulisan ilmiah yang masih diguna pakai pada zaman moden ini.
Dia mengadakan penelitian tentang dasar-dasar ilmu mineralogi dan mempelajarinya, lalu menulis buku-buku tentang batu-batuan dengan menjelaskan sebab-sebab adanya secara alami. Dia adalah orang yang pertama kali mengingatkan sebahagian fenomena penting dalam ilmu mineralogi, seperti pembelahan, kekembaran (terjadinya kristalisasi dari dua logam yang sama atau lebih), akan tetapi dia mempelajarinya dengan istilah khusus yang berbeza dengan istilah-istilah yang berhubungan dengan masa kini.
Demkian juga dalam bidang ilmu Alam dimana dalam kitab “Saj’ Al-Hudail Fi Akhbar An-Nil sebuah buku ensiklopedia menerangkan tentang sungai di Mesir dan keadaannya ketika surut dan banjir. Juga tentang keadaan tanah yang dialiri oleh oleh sungai itu serta hasil pertaniannya.
Hubungi Kami
Alamat: No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor
Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,
Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.