AL-JAZARI MASYHUR DENGAN ILMU MEKANIKA

AL-JAZARI MASYHUR DENGAN ILMU MEKANIKA

Al-Jazari adalah seorang tokoh besar dan tersohor dalam bidang mekanik muslim. Penemuannya dalam bidang tersebut merupakan contoh dan acuan bagi dunia arkitek dan industri mekanik pada masa kemajuan peradaban Arab dan Islam.
 
Nama sebenar beliau adalah Badi’ Az-Zaman Abu Al-‘Iz Abu Bakr Ismail bin Ar-Razaz.Beliau biasanya dipanggil dengan nama Al-Jazari sesuai dengan nama tempat kelahirannya, iaitu Ardhul Jazirah, sebuah kawasan yang terletak di bahagian utara yang diapit oleh sungai Dajlah dan Furat yang terdapat di Iraq. Biasanya, nama Al-Jazari di dalam bahasa-bahasa Barat ditulis dengan salah satu dua ejaan berikut, iaitu; Al-Jazari atau Aljazari.
 
Tidak terlalu banyak diketahui tentang riwayat hidup Al-Jazari, kerana buku-buku biografi para tokoh dan ilmuwan tidak menyertakan namanya. Berdasarkan beberapa informasi, diyakini bahawa Al-Jazari dilahirkan sekitar tahun 561H (1165M) di Ardhul Jazirah, dan ia wafat pada tahun 607H (1210M). Sebahagian rujukan yang boleh dipercayai mengatakan bahawa dia wafat pada tahun 602H (1206M).
 
Al-Jazari  telah mengabdikan diri kepada raja-raja At-Turkimani yang pada waktu itu masih bergabung dengan kerajaan Ayyubiah pada masa pemerintahan Shalahuddin Al-Ayyubi.Al-Jazari telah ditugaskan untuk membuat alat-alat mekanik, misalnya alat-alat penentu waktu, pertanian dan berbagai alat permainan yang dapat menghibur. Segala karya dan pengalaman telah membawanya menjadi lebih masyhur di dalam bidang  yang di ceburinya.
 
Kita tidak dapat menemui maklumat-maklumat tentang tahap-tahap pendidikan yang dilalui oleh Al-Jazari. Namun apa yang diperolehi dari catatan-catan sejarah  mempelajari matematik, fizik dan teknik industri. Beliau sering mengiringi kajian yang bersifat teori dengan praktik. Dan dia tidak akan percaya kepada suatu teori sebelum mempraktikkannya secara ilmiah.
 
Penemuan Al-Jazari berupa peralatan mekanik dan peralatan industri. Kebanyakan dari pengetahuan kita tentang penemuan Al-Jazari ini di dasarkan pada bukunya “Fi Ma’rifat Al-Hiyal Al-Handasiyah.” Al-Hiyal ertinya adalah media atau peralatan mekanik. Buku ini diberi judul demikian kerana Al-Jazari mengabungkan pengetahuan ilmiah dan hasil percubaannya dalam membuat peralatan tersebut, sehingga jadilah peralatan yang unggul.
 
“Kitab Fi Ma’rifati Al-Hiyal Al-Handasiyyah” Buku ini juga dikenal dengan nama “Al-Jami’ Baina Al-Ilmi Wa Al-Amal An-Nafi’ Fi Shina’at Al-Hiyal.” Al-Jazari telah menulis buku ini dan melengkapinya dengan gambar-gambar dan berbagai bentuk penjelasan, sesuai dengan permintaan Raja Nashiruddin Muhammad bin Muhammad At-Turkimani, yang mana Al-Jazari telah mengabungkan antara ilmu dan pengalamannya agar tidak lenyap bersama orangnya. Namun anehnya, Al-Jazari wafat pada tahun yang sama dengan tahun diselesaikannya karya besar ini.
 
Buku ini dianggap buku teknik terpenting  yang sampai kepada masa kita dan memuat kumpulan semua peradaban dari peradaban kuno dan peradaban abad menengah yang dikenal oleh dunia hinggalah masa kebangkitan Eropah. Pentingnya buku ini bukan saja kerana buku ini berisi huraian lengkap tentang jenis alat-alat mekanik yang ditemukan dan dibuat oleh Al-Jazari, tetapi juga kerana dia memaparkan cara pembuatannya. Dia menjelaskan cara pembuatannya dengan lengkap sehingga para mekanik pada masa kita pun boleh membuatnya sesuai dengan petunjuk Al-Jazari dalam buku tersebut. Semua ini telah mengangkat populariti buku Al-Jazari dan mendapatkan perhatian besar di Barat. Dia mengizinkan bukunya untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan Inggeris pada abad kesembilan belas dan awal abad kedua puluh.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040877
Hari ini: 57
Minggu Ini: 314
Bulan Ini: 5,159
Tahun Ini: 40,877
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.