Takrif Tamadun.
Ramai ilmuan berpendapat bahawa perkataan al-hadarah tamadun dibentuk daripada perkataan al-hadar (pekan/ Bandar), manakala perkataan al-madaniyyah dibentuk daripada perkataan al-madun. Saya pula mempunyai pandangan yang berbeza. Bagi saya, al-hadarah merupakan satu perkataan yang merukuj kepada hasil kawasan al- hadar, iaitu kesemua yang dihasilkn di kawasan penempatan besar dan kecil, samada ia hasil seni, budaya, industry, pertukangan dan pendekatan-pendekatan yang canggih dalam setiap bidang kehidupan, mahupun hasil intelektual dan peningkatan peradaban dalam interaksi sesama manusia.
Al-Madaniyyah pula, bila dilihat dari sudut kaitannya dengan al-mudun , memberi maksud kesemua apa yang dihasilkan di kawasan Bandar, yang merangkumi hasil intelektual dan hasil perindustrian yang bersifat material. Dalam konteks ini, nilai- nilai, adat resam, hasil pemikiran tinggi, seni dan budaya adalh merupakan sebahagian daripada hasil intelaktual manakala teknologi, kelengkapan elektronik, hasil industry kecil, sederhana dan berat adalah sebahagian hasil perindustrian yang bersifat material.
Dalam aspek ini, tidaklah ada perbezaan antara al-hadarah dan al-madaniyyah. Namun, sesetengah ilmuan berpendapat bahawa terdapat pebezaan utama antara kedua-dua istilah itu. Mengikut golongan ini, al-hadarah adalah himpunan pelbagai nilai dan produk yang canggih di samping cara- cara interaksi sesame manusia dengan cara yang menunjukkan peradaban yang tinggi. Dengan ini, jika ada industri-industri dan rekaan-rekaan yang digunakan dalam cara yang tidak menampakkan keperimanusiaan, maka ia dikira sebagai senahagian daripada al- madaniyyah, bukan al-hadarah.
Daripada perspektif ini jika sesebuah negara itu disifatkan sebagai bertamadun (mempunyai al-hadarah), maka produk-produk ciptaan dan penghasilannya mestilah menampakkan ciri-ciri kemanusiaan, iaitu ia membawa faedah kepada masyarakat manusia secara umumnya. Kerana itulah, suatu yang perlu dititikberatkan ialah penghasilan insan yang bertamadun itu, iaitu insan yang hiasi dengan pelbagai nilai-nilai akhlak yang mempunyai ciri-ciri kemanusiaan komprehensif dari sudut pandangan terhadap alam semesta, manusia dan kehidupan.
Menyentuh mengenai pembentukan tamadun pula, ia sebenarnya terbentuk daripada pertemuan dan tindak balas antara usaha manusia dan sumber asli alam semula jadi. Keinginan dan idea manusialah yang menangani sumber tersebut atas keperluan-keperluan tertentu yang mendesak untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memberi faedah kepadanya.
Sebenarnya semua yang wujud di alam sekeliling manusia boleh bertukar menjadi unsur ketamadunan apabila ada keinginan dan percubaan untuk menyelidik dan mencipta sesuatu melalui usha yang inovatif dengan menggunakan alam semulajadi. Ia bertujuan memberi manafaat kepada manusia ke arah mencapai tahap kehidupan yang lebih baik adalah dinamakan tamadun insan. Apabila usaha-usaha ini dilihat dalam sempadan daerah tertentu, maka ia akan disifatkan mengikut nama daerah seperti tamadun Malaysia, tamadun india ,tamadun Eropah dan tamadun Islam. Jadi tamadun Islam adalah tamadun yang wujud di daerah-daerah Islam tersebar secara meluas, samada penduduk-penduduk yang menghasilkan tamadun itu adalah orang Islam atau sebaliknya.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, alam sekeliling ini sering memberikan cabaran kepada manusia dan cabaran-cabaran inilah yang mendorong manusia untuk mencipta sesuatu. Contohnya, kemarau adalah satu cabaran hidup yang telah mendorong manusia untuk mencipta empangan. Pertambahan penduduk adalah satu cabaran yang telah mendorong manusia untuk menjadikan tanah yang kering kontang sebagai kawasan pertanian mewujudkan sistem saliran air. Begitu juga dengan produk intelektual yang berfungsi sebagai alat penyelesaian masalah.
Sehubungan dengan itu, keadaan yang dialami oleh dunia Islam sekarang dengan cabaran-cabarannya yang begitu banyak terhadap umat Islam telah mendorong kerajaan Malaysia untuk mengadakan satu forum. Di sini pata ilmuan berbincang mengenai masalah yang dihadapi supaya kota dapat menangani secara bijak ancaman- ancaman yang berada di hadapan kita.
Bercakap mengenai pendekatan ketamadunan al-Quran dan al-Sunah, kita perlulah ingat bahawa al-Quran bukanlah kitab mengenai pembentukan tamadun, Al-Quran juga bukanlah kitab sains. Al-Quran adalah kitab yang menjelaskan sebuah agama yang disampaikan kepada nabi Muhammad s.a.w., walaupun ada dalamnya garapan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan sains atau masalah ilmiah.
Al-Quran menekankan unsur-unsur pembentukan tamadun dan pekara-pertama yang dititikberatkannya adalah manusia itu sendiri. Mengenai manusia ini, prinsip asas yang ditekankan oleh al-Quran adalah status manusia berdasarkan asalnya iaitu semua manusia adalah daripada asal yang satu.
Asal Manusia Adalah Satu.
Oleh kerana manusia berbeza antara satu sama yang lain dan bangsa juga berbeza antara satu sama lain, sudah semestinya tamadun juga berbeza-beza. Namun, manusia secara keseluruhannya adalah daripada asal yang satu. Inilah yang dijelaskan di dalam ayat al-Quran bermaksud : Wahai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada Allah yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu (Surah an- Nisa 4:1)
Pendekatan al-Quran dalam soal kesatuan insan berkisar kepada hakikat bahawa Allah S.W.T menjadikan pelbagai kaum dan kabilah untuk mereka saling kenal mengenal. Ini jelas dinyatakan dalam ayat al-Quran bermaksud : Wahai manusia, Kami telah menjadikan kamu lelaki dan perempuan, dan kami telah jadikan kamu dalam kelompok- kelompok bangsa dan kabilah supaya kamu kenak mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah itu adalah orang yang paling bertakwa. (Surah al- Hujurat 49:13)
Dalam hadis lain pula disebut manusia semua sama seperti gigi sikat. Tidak ada kelebihan pada orang Arab ke atas orang bukan Arab melalui sifat takwa. Takwa yang disebut ini tafsirannya tidak lain daripada usaha yang konsisten dalam meningkatkan pembangunan insan, iaitu pembinaan tamadun.
Al-Quran menyeru supaya kesatuan manusia dijaga dan ia melarang daripada melakukan pembunuhan dan keganasan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya bermaksud : Sesiapa yang membunuh seorang manusia bukan sebagai hukuman terhadap pembunuhan seseorang yang lain atau hukuman terhadap kerosakan yang dilakukan di atas muka bumi, maka seolah- olahnya dia telah membunuh semua manusia. (Surah al- Mai’dah 5:32)
Allah S.W.T berfirman lagi bermaksud : Janganlah membunuh manusia, selaras dengan pengharaman Allah mengenainya, melainkan dengan kebenaran. (Surah al- Isra 17:33)
Allah S.W.T meletakkan prisip ketamadunan dalam al-Quran bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kelompok manusia daripada lemah kepada kuat, daripada penjajahan kepada kebebasan atau dari kemunduran kepada kemajuan, melainkan setelah mereka mempunyai inisistif ke arah itu. Al-Quran merupakan firman Allah S.W.T yang menyumbang dengan banyak kea rah pembentukan fenomena ketamadunan melalui pendekatannya yang berasaskan kata-kata yang mulia (al-kalimah al-tayyibah). Atas sebab inilah ia mempunyai kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorang individiu, lalu membawanya kea lam pemikiran yang menghasilkan kemajuan dan ketamadunan.
Apabila al-Quran diturunkan kepada orang Arab, terdapat penentangan yang kuat terhadapnya pada peringkat permulaan. Kemudian, apabila mereka sudah menyakini dan memahaminya, mereka telah mencecah satu tahap baru. Perubahan itu begitu drastik, seolah-olah tidak munasabah pula bila diiktirafkan bahawa mereka sebelum ini baru sahaja merupakan kelompok yang tidak pandai berkasut dan berpakaian, yang hanya tahu mengenai khemah, unta dan kambing.
Bangsa Arab ini kemudiannya membawa al-Quran kepada bangsa-bangsa lain yang kemudian turut menyakini dan memahaminya. Kesan daripada itu, kedudukan mereka telah meningkat. Al-Quran sesungguhnya menyeru supaya menghormati sesma manusia dan menyeru supaya berfikir mengenai alam semesta. Al-Quran telah menyeru mereka supaya membaca bagi mencetus minat terhadap sesuatu perkara, kemudian berfikir panjang dan meneliti alam ciptaan Allah S.W.T.
Dari sinilah muncul manusia yang mengerti dan wujud juga kefahaman terhadap bahan-bahan yang ada di sekelilingnya. Akhirnya proses ini membentuk satu zaman ketamadunan yang bersifat Islamik. Ketamadunan ini kekal selama beberapa kurun, tetapi kemudiannya ia kembali malap. Lalu berpindahlah pula secara unsur-unsur ini kepada bangsa-bangsa lain. Dengan sebab itu tidaklah wajar umat Islam mencanagkan kehebatan dan keuniknnya. Cukuplah setakat berbangga dengan peranan yang telah dimainkan dan sumbangannya dalam rentetan tamadun yang merentasi zaman.
Masalah yang melanda mana-mana bangsa pada asasnya adalah masalah tamadunnya. Sesuatu bangsa tidak akan dapat memahami dan menyelesaikan masalahnya selagi ia tidak meningkatkan pemikirannya untuk memahami pertistiwa- peristiwa besar yang dilalui oleh manusia dalam pelbagai zaman. Dengan erti kata lain, ia perlu memahami faktor-faktor yang membina tamadun dan juga yang meruntuhkannya. Semua tamadun sebenarnya adalah satu rangkaian epik kehidupan manusia yang bermula sejak kewujudan manusia pertama di muka bumi hinggalah ke hari ini. Ia dengan izin Allah S.W.T. akan berterusan menjadi rentetan gemilang yang merangkumi usaha- usaha manusia dalam zaman-zaman yang silih berganti untuk mengecapi kemajuan.
Dari sini dapatlah dikatakan bahawa bangsa- bangsa yang bertamadun sebenarnya adalah bangsa-bangsa yang telah menyumbang ke arah pembentukan tamadun manusia secara keseluruhannya. Oleh itu, sejauh mana sumbangan telah dibuat adalah diukur berdasarkan hasil tamadun yang dibina oleh sesuatu bangsa ke arah tamadun manusia secara umumnya.
Merealisasi Perubahan Yang Diidamkan
Menurut pendekatan al-Quran, Allah S.W.T. tidak akan mengubah nasib sesuatu kelompok manusia sehinggalah mereka sendiri mempunyai inisiatif untuk mengubah nasib mereka. Sesetengah ilmuwan berpendapat bahawa tamadun bergerak seperti matahari, ia akan timbul dengan nyata pada sesuatu kelompok bangsa, kemudiannya ia akan muncul pada satu kelompok bangsa yang lain.
Ilmu Pengetahuan dan Peranannya dalam Tamadun Islam
Pendekatan al-Quran mengenai tamadun menitikberatkan kedudukan ilmu pengetahuan sebagai asas tamadun. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah dikejutkan dengan hakikat ini apabila wahyu pertama menegaskan iqra (bacalah !).
Generasi Muslimin yang awal telah menerima perintah ini dengan sepenuh hati. Lalu mereka melakukan penelitian terhadap kejadian pencipta langit dan bumi. Kedua-dua elemen ini telah membentuk pembacaan mereka terhadap karenah manusia dan tindak tanduknya di samping penelitian terhadap alam semesta sebagaimana yang dapat dilihat dalam zaman Rasulullah s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin. Adalah jelas bahawa dalam pendekatan al-Quran mengenai tamadun terdapat dasar yang melihat pencapaian tamadun umat-umat terdahulu untuk diambil dan iktibar. Ini ditegaskan dalam firman Allah s.w.t bermaksud : Kami telah mengutus kamu kepada satu umat setelah berlalu sebelumnya beberapa umat. (Surah al- Rad 13:30)
Hadis juga menekankan kepentingan ilmu pengetahuan sebagai asas tamadun. Berikut adalah beberapa hadis yang menjelaskan mengenai perkara ini : Dakwat yang digunakan oleh para ilmuwan dalam penulisan mereka lebih tinggi nilainya di sisi Allah S.W.T. daripada darah para syuhada. Malaikat-malaikat akan meletakkan sayapkan ke atas mereka yang menuntut ilmu.
Menuntut ilmu adalah satu kewajipan kepada setiap Muslim. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa ada tiga prinsip utama berkenaan tamadun yang ditekanan dalam Islam. Pertama, manusia semuanya mempunyai asal yang satu. Kedua, perubahan sesuatu kelompok manusia tidak akan terjadi selagi tidak ada usaha yang dilakukan kearah itu. Ketiga, tamadun mesti didasarkan kepada ilmu pengetahuan.
Kenyataan-kenyataan yang dikemukakan oleh al-Quran ini boleh dilihat daripada paparan al-Quran di dalam era Makkah. Iqra adalah perkataan yang mula dipelajari setelah Nabi dikejutkan dengannya dalam wahyu yang pertama. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa permulaan dakwah itu adalah iqra.
Pendekatan Ketamadunan Al-Quran
Membaca bermaksud menyelidiki dan mengambil tahu mengenai semua bidang ilmu. Setiap pendekatan pula mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri. Al-Quran telah menyeru kaum Muslimin supaya menyelidik semula alam sekeliling untuk mengenal pasti fakta, suatu yang kemudiannya dikenali sebagai kaedah ujukaji dalam bidang sains.
Seorang Profesor di Universiti New York telah mencatat dalam bukunya yang bertajuk Konflik antara Sains dan Agama. Antara kenyataannya seperti berikut : Ilmuan Islam telah mendapat bahawa kaedah pemikiran logik yang abstrak tidak membawa kemajuan. Sebaliknya, harapan untuk mengenal pasti sesuatu fakta sepatutunya diletakkan kepada penelitian fenomena yang terjadi itu sendiri. Kerana itulah motto mereka adalah kaedah ujikaji atau kaedah emprikal. Hasil yang diperolehi oleh tamadun Arab melalui kaedah ujikaji ini terpapar dengan jelas pada kemajuan yang dikecapi oleh industri yang wujud di era kegemilangan mereka.
Kita sememangnya terpegun bila mendapati ada beberapa pandangan ilmiah dalam penulisan mereka yang kita sangkakan bahawa ia adalah produk zaman moden ini seperti penggunaan pengetahuan mengenai kimia dalam perubatan. Mereka juga mempunyai pengetahuan mengenai mekanikal dan pergerakan. Mereka telah menolak pandangan ilmuan Greek yang menegaskan bahawa pandangan berlaku kerana pancaran cahaya daripada mata kepada benda yang dilihat. Mereka mempunyai pandangan yang sebaliknya.
Al-Hasan bin al-Haitham- seorang ilmuan Islam dalam kurun keempat Hijrah- mempunyai hamper seratus buah buku mengenai Matematik, Fizik dan lain- lain. Bukunya yang terkenal adalah al- Manazir telah di terjemahkan kepada bahasa Latin dalam kurun ke-16 Masihi. ( Dipetik dari majalah al- Faisal,no 23, April.1979)
Dari sini jelas bahawa tamadun Islam mempunyai dua dimensi :
1. Rasional dan material.
2. Spiritual dan bertonggakkan aqidah.
Namun tamadun moden telah menerima pakai aspek yang pertama dan menolak aspek kedua. Akibatnya manusia yang hidup dalam ruang lingkup tamadun Eropah moden menghadapi keluh kesah dan konflik yang berterusan. Orang-orang Islam pula amat jauh ketinggalan dalam mengejar tamadun yang bersifat material ini. Kerana umat Islam tidak punya pilihan selain daripada mengambil sikap berbaik-baik dan menghargai terhadap mereka yang membina tamadun Eropah moden.
Ini dilakukan dengan harapan agar mereka membuka hati mereka terhadap umat Islam dan mengubah persepsi mereka mengenai Islam. Adalah diharapkan juga mereka menghapuskan gambaran bahawa manusia Islam adalah ganas. Oleh yang demikain, diharapkan mereka memahami makna sebenar kehidupan beragama dan kerohanian yang dapat mengembalikan harga diri, kebahagian, kesejahteraan insan. Dengan ini dapatlah mereka membebaskan diri daripada sebuah tamadun yang tidak dapat membahagiakan manusia bahkan lebih mendedahkan mereka kepada kemusnahan dan kehancuran. Mereka sesungguhnya telah menyimpang jauh daripada hati nurani yang sensitif tentang soal etika.
Hati nurani adalah hasil pemikiran yang dimurnikan al-Quran dan bukannya hasil intelektualisme orang-orang Islam. Tamadun Eropah pada hari ini tidak ubah seperti tiram yang indah di luar tetapi tanpa mutiara di dalamnya kerana ia terpisah daripada roh, kesejahteraan jiwa dan keamanan. Dalam keadaan ini, tidak ada alternatif lain selain daripada mengemukakan Islam yang sebenar. Islam yang penuh dengan limpahan kasih sayang, kemanusiaan dan persaudaraan yang setara bagi semua manusia. Tidak ada satu kaum yang lebih mulia daripada kaum yang lain atau seorang individu daripada seorang individu yang lain melainkan dengan takwa.
Kaedah Empirikal dan Uji Kaji Sebagai Penjana Tamadun
Sebelum kita meneliti tentang pendekatan ketamadunan seperti yang dikupas oleh al-Quran, kita sewajarnya memahami terlebih dahulu tentang kedudukan al-Quran itu sendiri. Kitab suci al-Quran bukanlah bersifat seperti buku ilmiah khusus yang membicarakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah tamadun, ilmu- ilmu praktikal atau ilmu-ilmu yang berasaskan ujikaji atau eksperimen.
Sebaliknya al-Quran berperanan membuka jalan kepada kaedah kajian ilmiah seluas-luasnya. Kaedah yang dicadangkan oleh al-Quran itu hendaklah berasaskan kepada pemikiran intelektual, kaedah pemerhatian, eksperimen dan menjawab persoalan- persoalan. Semua kaedah- kaedah kajian ini pula sepatutnya boleh berfungsi sebagai medium untuk berdakwah pada jalan Allah S.W.T.
Al-Quran selalu menggunakan pendekatan (uslub) yang boleh menarik pandangan manusia untuk melihat sistem pentadbiran cakerawala yang serba rapi dan indah.
Malangnya, disebabkan masih ramai orang Islam yang hidup di bawah tekanan, kemunduran dan kemalapan ilmu, mereka keliru dengan fungsi al-Quran. Sejak pertengahan kurun ke-19 lagi, ramai di kalangan mereka yang masih kabur dengan peranan al-Quran. Mereka cuba mencari jawapan terhadap persoalan tentang ciptaan-ciptaan dan penemuan-penemuan manusia secara salah. Mereka tercari-cari rahsia kitaran air daripada air kepada wap dan kepada air semula dalam al-Quran. Mereka cuba mendapat jawapan kepada penemuan-penemuan moden seperti tenaga elektrik, zarah, atom dan sebagainya dalam lembaran-lembaran al-Quran.
Hakikatnya al-Quran adalah sebuah kitab yang membina kehidupan manusia. Manusia pula berperanan menjadi ejen yang membina dan mencipta tamadun. Oleh itu, perlu ditegaskan sekali lagi bahawa kitab suci al-Quran, bukanlah sebuah buku yang membicarakan tentang ilmu-ilmu sains secara terperinci. Sebaliknya al-Quran penting untuk menarik pandangan manusia agar melihat dan mengkaji system alam di sekitar mereka. Al-Quran telah menunjukkan cara-cara untuk mengeksploitasikan sunber- sumber alam ini kepada manusia dalam bentuk yang efektif, selamat dan efisien.
Al-Quran telah menyerahkan kunci membina tamadun kepada umat manusia. Ia berlaku berikutan peristiwa pertemuan antara Nabi Muhammad s.a.w dan Malaikat Jibril a.s. di Gua Hira. Dalam peristiwa itu Allah S.W.T. telah menurunkan surah Iqra (bacalah).
Kita sedia maklum membaca adalah kunci kepada tamadun. Kita juga menyedari kaedah empirical itu adalah jalan terpenting dalam pengembaraan intelektual manusia. Islam sebenarnya telah meletakkan kaedah kajian yang jelas untuk mendapatkan penemuan-penemuan. Islam juga telah mengemukakan contoh-contoh yang jelas. Dalam banyak kes, al-Quran telah memberikan contoh yang nyata dengan pendekatan ilmiah yang begitu mudah. Kita boleh melihat penemuan itu dalam kes kitaran hidrologi air yang sentiasa berlaku di mana-mana.
Pusingan Pertama
Dalam proses kitaran hidrologi, air telah melalui beberapa tahap (wap- perolakan- pindah- turun semula)
Pusingan Kedua
Kita dapati banyak ayat- ayat al- Quran yang membicarakan proses kitaran hidrologi air. Air itu boleh berasal daripada sumber mata air yang dalam perut bumi ataupun tidak.
Antara teks al-Quran yang membicarakan al-Quran tentang pusingan pertama ialah firman Allah S.W.T bermaksud : Dialah Tuhan yang menghantar angin yang membawa berita gembira daripada kuasa rahmat-NYA. Lalu angin itu membawa awan yang berat (kerana mengandungi air), Kami bawa dan arahkannya beredar ke sebuah negeri yang tandus lantas Kami turunkan hujan di sana. Kemudian Kami menumbuhkan berbagai-bagai jenis buah-buahan. (Surah al- Furqan 25:48-49)
Al-Quran menekankan kepentingan penglihatan untuk kajian ilmiah, seperti dalam firman Allah S.W.T bermaksud : Lihatlah lagi, adakah kamu boleh melihat sebarang yang pecah dan cacat ? (Surah al-Mulk 67:4)
Yang jelas, al-Quran telah berbicara tentang pancaindera- penglihatan- sebanyak 150 kali. Al- Quran turut berbicara tentang tanggungjawab pancaindera. Firman Allah S.W.T bermaksud : Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu semuanya akan di soal (oleh Allah S.W.T) (Surah al- Isra 17:36)
Al-Quran menganggap pancaindera itu sebagai kenderaan mendapatkan ilmu seperti firman Allah S.W.T bermaksud : Dan dialah yang mencipta kepada kamu, pendengaran, penglihatan dan hati. ( Surah al-Mumin 23:78)
Al-Quran menyebut pendengaran sebanyak 78 kali, di antaranya firman Allah S.W.T bermaksud : Dia mencipta tujuh langit berlapis-lapis, kamu tidak boleh melihat sebarang cacat cela pada kejadian al-Rahman. Lihatlah lagi, nescaya kamu tidak mampu melihat sebarang rekahan. (Surah al- Mulk 67:3)
Allah S.W.T. berfirman bermaksud : Allahlah yang mengutuskan angin yang membawa awan dan menolak dan menebarkannya di langit, mengikut kemahuan-Nya, lalu dijadikan awan gelap seperti gerhana dan kamu melihat cahaya kilat keluar di celah-celahnya. (Surau al- Nur 24:43)
Kita boleh perhatikan di sini, bagaimana kitab al-Quran telah berbicara tentang angin yang bertiup. Lalu menolak gumpalan awan itu ke sudut bumi yang kontang, lalu menumpahkan hujan di sana. Ayat-ayat yang membicarakan tentang pusingan hidrologi air dalam tahap yang kedua pula biasanya berbicara tentang proses pemeluwapan dan tentang mata air dari dalam bumi atau dari pemukaannya. Ini telah disebut banyak kali oleh al-Quran. Antaranya firman Allah S.W.T bermaksud : Kami turunkan air mengikut kadar yang tertentu dari langit, lalu kami simpannya di perut bumi dan Kami mampu sekali untuk mengeringkan semula air. ( Surah al-Mukminun 23:18)
Allah S.W.T. berfirman bermaksud : Tidakkah kamu telah melihat bagaimana Allah telah menurunkan air daripada langit lalu ia mengalir di jalan-jalan air di dalam perut bumi lalu (hidup subur) tanaman yang pelbagai jenis dengan (bantuan-Nya). (Surah az- Zumar 39:21)
Perkara ini telah disedari oleh Dr. Muraice Bucaille yang mengarang sebuah buku masyhur yang bertajuk Injil, al- Quran dan Sains. Beliau telah menbicarakan tentang kitaran air yang telah dijelaskan oleh al-Quran lalu mengulas seperti berikut: Apabila kita membandingkan huraian kitaran air secara moden dengan penjelasan-penjelasan al-Quran tentangnya, kita dapat perhatikan kitarannya terlalu banyak persamaan antara keduanya.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Imam Ali (r.a) tentang al- Quran seperti berikut : Orang yang bertakwa tidak pernah jemu dengan ayat al-Quran manakala keajaiban matlumatnya tidak pernah habis- habis.
Sesungguhnya pendekatan kajian berasaskan ujikaji telah mampu melahirkan generasi ilmuwan Islam yang hebat dalam tempoh berabad-abad lamanya. Tidak hairanlah apabila ramai intelektual Barat telah belajar daripada mereka dan akhirnya mereka menguasai ilmu eksperimen.
Kita sudah tentu mengetahui bagaimana kaedah pemikiran di kalangan orang-orang Greek sentiasa bergantung kepada kaedah penyimpulan dalam semua kurikulum ilmu dan tamadun mereka. Kita juga sudah tentunya menyedari kaedah sebegini amat berguna dalam ilmu-ilmu berbentuk teori seperti matematik dan logik. Namun kaedah ini tidak pernah memadai untuk penerokaan ilmu yang berbentuk ujikaji dan eksperimen seperti ilmu fizik dan perubatan. Dalam ilmu-ilmu seperti ini kita mesti menggunakan pembuktian berasaskan ujikaji yang boleh berinteraksi dengan deria-deria dengar, pandang, rasa, hidu dan sentuh.
Oreintasi pemikiran Greek telah menolak sama sekali pembuktian berasaskan eksperimen dalam meneroka dunia ilmiah. Ini berpunca daripada keyakinan mereka bahawa deria pancaindera mungkin tersilap dan tertipu. Maka tidak hairanlah apabila mereka secara berterusan menolak kaedah ilmiah ini dalam sebarang penerokaan ilmiah mereka. Mereka juga telah menganggap proses congak matematik hanya seumpama permainan kanak-kanak sahaja. Orang Greek mementingkan teori angka tetapi tidak pernah peduli bagaimana angka- angka ini melalui proses-proses tambah, darab, bahagi dan punca ganda. Aliran-aliran tamadun Eropah amat terpengaruh dengan aliran Greek. Mereka telah menolak kaedah ujikaji selama berabad-abad lamanya. Bahkan ada yang menganggap penolakan ini umpama ibadat kepada Tuhan.
Walau bagaimanapun orang-orang Islam tetap menerima kedua-dua kaedah tersebut. Mereka telah menerima dalil-dalil ilmiah yang berasaskan kepada kaedah kesimpulan yang dipelopori pemikiran Greek. Orang-orang Islam lebih mengutamakan ilmu-ilmu kaedah Greek ini daripada ilmu yang bersumber dari benua India yang tidak menitikberatkan ilmu dalil.
Penyelidikan ilmiah yang berdasarkan ujikaji adalah kaedah yang dipelopori oleh orang Islam sendiri. Bagi mereka, kedua-dua bentuk dalil ilmiah ini tetap penting memandangkan dalil berbentuk kesimpulan yang dipuka oleh orang-orang Greek itu hanya sesuai dengan ilmu-ilmu yang berbentuk teori. Dalil-dalil ilmiah yang berdasarkan ujikaji pula penting kepada ilmu-ilmu berkenan biologi dan perubatan.
Walaupun kaedah berdasarkan ujikaji boleh tersasar dalam beberapa kes, ia sudah tentu tidak menyeleweng dalam semua kes. Orang Islam sentiasa percaya kepada satu pernyataan yang menyatakan : Sudah tentu ada pihak lain yang lebih mengetahui daripada anda.
Kesedaran tentang kebarangkalian berlakunya kesalahan alat pancaindera dalam menghasilkan penemuan telah menggalakkan orang-orang Islam lebih berhati-hati dalam melakukan eksperimen. Kewaspadaan ini telah menggalakkan mereka melakukan lebih banyak ujikaji bagi mendapatkan keputusan yang lebih menyakinkan.
Ketika Roger Bacon muncul pada kurun ke-13M (1210-1290M), beliau menjadi pelopor kaedah ujikaji di Eropah. Meskipun tidak pernah belajar di sekolah-sekolah Islam di Andalus, beliau sebenarnya sempat belajar secara tidak langsung daripada corak pemikiran Islam. Beliau sebenarnya pernah berkomunikasi dengan komuniti Islam, bahkan boleh memahami cara hidup, pemikiran dan bahasa mereka. Inilah yang menjadikan beliau muncul dengan gagasan yang menganggap orang yang mempunyai ilmu yang berasaskan kajian eksperimen telah mengikut kemajuan ilmu yang terpenting.
Profesor Fuad Sazkin ada menegaskan bahawa Roger Bacon pernah mengambil keputusan ujikaji ilmiah daripada buku-buku Islam yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.
Selepas itu lahir pula Raymundus Lullus (1315M) yang telah memusuhi sumber ilmu-ilmu Islam dan Arab. Beliau telah menulis beberapa karya tentang ilmu kimia berdasarkan kononnya kepada pandangannya sendiri, tetapi yang jelas kebanyakannya diambil daripada karya-karya berbahasa Arab.
Begitulah, Al-Quran sentiasa menjadikan penglihatan sebagai saksi . Al-Quran ada bersumpah dengan perkara yang boleh dilihat dan yang tidak boleh melihat sesuatu hakikat seperti mereka yang berada dalam kegelapan. Allah s.w.t berfirman bermaksud :Perbandingan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya, Allah S.W.T telah menghilangkan cahaya daripada mata mereka dan telah meninggalkan mereka dalam kegelapan dan mereka tidak mampu melihat apa-apa. (Surah al-Baqarah 2:17)
Alat Pembentukan Tamadun Islam
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan terdahulu, perlulah dilihat proses pembentukan tamadun Islam berasaskan kepada alat- alatnya. Sebelum kita mengikuti perbincangan tentang pendekatan tamadun di dalam al- Quran, al-Sunah dan sejarah warisan intelektual orang-orang Islam, wajarlah terlebih dahulu kita bercakap tentang alat-alat pembentukan tamadun.
Sesungguhnya alat-alat tamadun merupakan siri cahaya yang berterusan hasil daripada usaha insan, tetapi setiap tamadun itu ada sifat-sifatnya tersendiri. Dengan itu dapat kita nyatakan bahawa tamadun Greek terletak pada falsafahnya; tamadun Firaun terletak pada kedudukan selepas mati; dan tamadun Islam terletak pada teks (teks al- Quran dan hadis).
Atas dasar inilah maka dalil al-Quran dan hadis telah menyumbang ke arah menjadikan tamadun Islam mempunyai sifat-sifat keistimewaannya yang tersendiri. Dunia keseluruhannya didiami oleh penganut Kristian, Islam dan penganut agama lain sebenarnya boleh dianggap tahu akan sifat-sifat tamadun Islam ini tetapi gerakan keganasan Islam yang timbul dewasa ini telah menconteng arang kepada sifat utama tamadun yang berasaskan teks (teks al- Quran dan hadis). Sesungguhnya al-Quran, al-Sunnah dan warisan Intelektuel Islam memberitahu kita alat-alat berikut sebagai pembentuk kepada tamadun Islam:
Manusia - Bahan yang wujud di sekitar manusia, dibawah dan di atas - Masa.
Apabila kita melakukan kira-kira berikut : Manusia + Bahan + Masa, kita akan dapat memperolehi hasil ketamadunannya. Dan proses merealisasikan kira-kira inilah yang kita namakan jalan ke arah ketamadunan atau pendekatan ketamadunan yang hasilnya adalah tamadun itu sendiri. Jika kita bercakap tentang manusia, maka bahan yang Allah S.W.T. wujudkan di sekitar manusia seperti alam sekitar, air dan langit, kesemuanya mendorong manusia supaya berfkir ke arah pembentukan tamadun untuk memberi khidmat kepada manusia.
Sejak awal- awal lagiu, para mujtahid telah mentafsir al-Quran dengan tafsiran sanitifik yang membentuk istilah- istilah sains dalam ayat-ayat al-Quran dan berusaha mengeluarkan bermacam-macam ilmu dan pandangan- pandangan falsafah daripadanya. Sesungguhnya banyak pendapat yang mengatakan bahawa al-Quran mengandungi semua bidang ilmu termasuk apa yang telah wujud dan akan wujud. Maka al-Quran bagi pandangan mereka ini, di samping mengandungi aspaek ilmu agama, akidah dan paraktikal, ia juga mengandungi semua ilmu- ilmu duniawi yang bermacam-macam jenis dan bilangan.
Dan dalam kitab Jawahir al-Quran bahagian kelima, al-Ghazali menerangkan cara klasifikasi Ilmu dalam al-Quran. Beliau menyebut ilmu kedoktoran, falak, bentuk dan paras rupa binatang serta bahagian anggota-anggotanya, ilmu sihir dan sebagainya.
Selepas itu muncul al-Sayuti yang sependapat dengan Imam al-Ghazali tentang pentafsiran saintifik. Malah beliau telah membuat kenyataan dengan begitu jelas sekali mengenai perkara ini dalam bukunya Al-Itqan fi Ulum al- Quran ketika mentafsirkan ayat ke-38 daripada surah al-Anam bermaksud: Kami tidak tertinggal sesuatu pun dalam al-Kitab (al-Quran). (Surah al-Anam 6:38)
Dan ayat ke-89 dari surah al-Nahl bermaksud :..dan Kami turunkan kepada mu (wahai Muhammad) al Quran untuk menjelaskan segala pekara (Surah al-Nahlu 16:89)
Dan beliau memperkukuhkan pandangan ini dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud : Sesungguhnya Allah jikalaulah Dia lupakan sesuatu, nescaya Dia akan lupa biji jagung, biji sawi dan nyamuk.
Kemudian muncul pula Abu Al-Fadl al-Mursi dalam tafsirnya dengan kenyataan bahawa al-Quran telah menghimpunkan ilmu-ilmu yang telah terdahulu dan terkini. Seterusnya apabila beliau membicarakan sesetengah ayat al-Quran yang berkaitan dengn kedoktoran contohnya, beliau mentafsirkannya secara berlebihan. Contohnya beliau berkata : Ilmu kedoktoran itu, skopnya menjaga sistem kesihatan dan kekuatan. Kesihatan dan kekuatan berlaku apabila ada keseimbangan campuran dengan tindak balas antara benda-benda yang mempunyai sifat-sifat berlainan.
Hakikat ini terkumpul dalam satu ayat iaitu ayat ke-67 dari surah al-Furqan bermaksud : dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Surah al- Furqan 25:67)
Dan Firman Allah S.W.T. bermaksud: ..dari perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, dalamnya terdapat ubat yang dapat menyembuhkan manusia. (Surah al-Nahl 16:69)
Itulah yang dilakukan oleh al-Mursi; menjejaki ilmu satu demi satu, hinggakan mengenai kejuruteraan contohnya, beliau mendakwa ada kaedah kejuruteraan mengenai segi tiga tanpa baying berdasarkan firman Allah S.W.T bermaksud : Pergilah kamu kepada bayang yang bercabang tiga, bayang yang tidak menahan kepanasan dan tidak pula menahan sambaran api neraka. (Surah al- Musalat 77:30-31)
Begitulah juga yang dilakukannya berkenaan algebra, prinsip-prinsip asas industri seperti menjahit, pembinaan, perladangan, pertukangan dan sebagainya. Kemudian beliau berkata : Segala apa yang telah berlaku dan yang akan berlaku dalam alam ini adalah manifestasi.
Firman Allah S.W.T bermaksud : Kami tidak tertinggal sesuatu pun dalam kitab (al-Quran). (Surah al- Anam 6:38)
Itulah juga yang didakwa oleh Abu Bakr Ibn al-Arabi dalam kitab Qanun al-Tawil Jikalau kita amati siri tafsiran saintifik dalam al-Quran, kita akan dapati bahawa kecenderungan ini telah bermula sejak zaman Abbasiyyah lagi. Namun ada ramai juga ilmuwan yang menolak pentafsiran saintifik ini. Antara yang terkenal di kalangan mereka adalah al-Shatibi (meninggal 790H).
Malangnya kecenderungan ini menular kembali pada zaman moden ini, kesan dari kecenderungan yang telah mengikat hati para pendokongnya ini adalah lahirnya banyak penulisan yang cuba meletakkan al-Quran kepada segala ilmu di bumi dan langit. Mereka mendakwa bahawa al-Quran telah memberikan petunjuk-petunjuk kepada ilmu-ilmu itu samada secara jelas atau simbolik.
Antara buku-buku terpenting yang begitu menitikberatkan pentafsiran ini ialh Kashf al-Asrar al-Nuriah al- Quraniyyah yang membincangkan tentang planet, bumi, bintang, tumbuhan-tumbuhan, batu permata dan logam. Ia ditulis oleh seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai al-Imam Muhammad bin Ahmad Al-Iskandarani, seorang ilmuwan kurun ke 13H.
Buku ini mempunyai tiga jilid dan telah dicetak di Mesir pada tahun 1297 (kurun ke 19M). Ia membicarakan tentang rahsia-rahsia ilmu dan tamadun moden yang ditemui sains moden sepertimana yang terdapat dalam al-Quran. Buku yang lebih besar daripada itu adalah buku yang bertajuk al-Jawahir fi Tafsir al-Quran al-Karim yang dikarang oleh Shaikh Tantawi Jauhari (meninggal 1940 M). Beliau mengarang tafsir ini semasa menjadi pensyarah di Fakulti Dar al-Ulum di Kaherah.
Sheikh Tantawi dalam tafsir ini telah membicarakan tentang banyak maklumat yang diperlukan oleh orang Islam seperti persoalan huku hakam, akhlak dan keajaiban alam. Beliau banyak membuat kajian tentang keajaiban ilmu dan makhluk. Pekara ini menurutnya telah menarik perhatian pembaca untuk membaca dan menkaji al-Quran yang membicarakan tentang dunia haiwan, tumbuhan, bumi dan langit.
Shaikh Tantawi telah menerangkan dalam tafsir ini bahawa terdapat lebih daripada 750 ayat al-Quran yang membicarakan tentang ilmu sains, sedangkan ayat yang membincangkan ilmu fiqh secara lansung tidak lebih daripada 150 ayat sahaja.
Walau bagaimanapun ramai cendikiawan Islam menolak penafsiran seperti ini secara total Shaikh Mustafa al- Maraghi contohnya menyatakan: Al- Quran ada menyebut asas-asas umum tentang ilmu sains. Ia amat perlu diketahui oleh manusia untuk kesempurnaan fizikal dan spiritual mereka. Tetapi al-Quran membuka ruang yang luas kepada penyelidik-penyelidik sains untuk menghuraikan pemasalahan sains secara terperinci dan khusus sekadar apa yang dapat dicapai dalam zaman mereka.
Beliau juga pernah menulis:
Kita tidak boleh mengambil ayat-ayat al-Quran untuk disesuaikan dengan ilmu sains. Cuma apa yang diperlukan ialah kita mentafsirkan fenomena sains yang ada persamaan hakiki dengan ayat-ayat al- Quran yang tertentu.
Walaupun pendapat Shaikh al-Maraghi ini bernas, ia masih tidak memadai. Kita perlu menegaskan bahawa al-Quran bukanlah buku ilmu sains; buku penemuan atau ciptaan-ciptaan. Ia adalah Kitab Allah S.W.T, tidak lebih daripada itu. Ia adalah sebuah kitab khusus dalam membina manusia yang ideal. Manusia pula adalah elemen utama dalam membina tamadun. Al-Quran yang menjadikan manusia sebagai fokusnya, menggunakan berbagai- bagai pendekatan dan kaedah dalawm mendidik insan yang sempurna.
Manusia yang benar-benar beriman dengan Allah S.W.T. hatinya sentiasa sihat dan subur. Mereka hendaklah terjebak dengan unsur-unsur Asabiyyah dan kedegilan. Bahkan mereka hendaklah mengangkat diri mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, demi menegakkan peranan sebagai elemen utama dalam pembentukan tamadun. Selepas itu mereka berperanan pula dalam membuat penerokaan untuk mengenal pasti unsur tamadun yang kedua iaitu unsur bahan. Mereka hendaklah mencari jalan untuk berinteraksi dengan unsur ini dan memahami firman Allah S.W.T. bermaksud Dan telah menundukkan untuk kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semua sekali. (Surah al-Jathiyah 45:13)
Ketika ini kitab al-Quran telah menerangkan system membina tamadun kepada umat manusia. Al-Quran melalui sistemnya berusaha membina insan yang proaktif dan boleh berinteraksi dengan peluang- peluang membina tamadun yang terhidang di hadapan mereka. Al-Quran meletakkan peranan yang cukup besar di atas bahu manusia seperti yang di sebutkan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: Ingatlah ketika Tuhan kamu telah berkata kepada Malaikat; sesungguhnya aku telah menjadikan manusia khalifah di bumi ini. (Surah al- Baqarah 2;30)
Iradat dan kemahuan Allah S.W.T. telah menetapkan bahawa perubahan-perubahan dalam membina tamadun adalh bersifat zahir dan jelas. Manusia tidak perlu merangkaka bersusah-payah mencari tongkat sakti/ misteri untuk membina tamadun. Iradat Ilahi juga telah menjelaskan sejelas- jelasnya dalam kitab suci al-Quran bahawa manusia sendirilah yang menjadi unsur pertama yang boleh membina tamadun dan memakmurkan dunia ini.
Hasil produktiviti hanya berlaku apabila manusia memberikan segala upayanya kepada kerjaya. Produktiviti itu berada dalam genggaman upaya manusia selagi mereka boleh berinteraksi dengan dua pekara secara baik iaitu faktor bahan dan faktor eksploitasi masa.
Manusia bertanggung jawab sepenuhnya dalam mengubah realiti mereka. Walaupun perubahan itu berada di bawah kekuasaan Allah S.W.T, tetapi ia boleh berlaku apabila terdapat iradat kemahuan yang secukupnya daripada manusia. Allah S.W.T telah mengurniakan peluang untuk mencipta sistem tamadun kepada umat manusia. Apabila Allah S.W.T. mengurniakan kepada umat manusia satu ruang yang cukup luas dan positif untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan.
Inilah pernyataan daripada firman Allah S.W.T. bermaksud ; Allah S.W.T. tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi mereka tidak berusaha mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Raad 13:11)
Allah S.W.T. tidak mengubah nasib sesuatu masyarakat itu, bahkan umat mnusia bertanggung jawab sepenuhnya dalam mengubah nasib mereka sendiri, iaitu; mengubahnya daripada keadaan lemah kepada kesenagan; daripada menjadi masyarakat pengguna dan pembeli kepada masyarakat yang menghasilkan tamadun.
Manusia sewajarnya mengubah sikap, perasaan, realiti hidup dan usaha kerja mereka sendiri. Mereka hendaklah bertukar daripada sikap malas berkerja kepada tekun berusaha, daripada kemunduran dan ketinggalan kepada kemanusiaan dan kemodenan.
Allah S.W.T. memang mengetahui tentang apa yang berlaku kepada mereka sejak awal lagi. Walau bagaimanapun Allah S.W.T. telah menetapkan sistem, sebab dan musabab. Apa yang berlaku kepada umat manusia boleh ditentukan oleh mereka sendiri. Iradat dan kemahuan Ilahi terhadap Bani Insan tetap berlaku dalam ruang sistem tamadun. Telah menjadi sunnatullah, bahawa Allah S.W.T. sanggup memberi respon positif kepada manusia sekiranya kelakuan manusia membawa tanda- tanda mereka mahukan perubahan yang lebih baik. Oleh itu, usaha dan kerja manusia boleh dianggap sebagai satu alat atau mesin yang merealisasikan kemahuan daripada Ilahi.
Ketika ini kita perlu membicarakan konsep alat-alat tamadun sekali lagi, supaya dapat melihat keberkesanan hasilnya mengikut system tamadun yang direncanakan oleh Tuhan Pencipta. Kita sememangnya mengetahui bagaimana al-Quran memberi fokus yang terbesar dalam proses membina seorang manusia. Al-Quran mengesa mereka mengeksploitasikan ciptaan Allah S.W.T yang terdapat di sekeliling mereka. Semua ciptaan ini sememangnya tersedia untuk diolah sebaik-bauknya sekiranya manusia telah memililki rahsia kuncinya. Semua ini boleh memberi kesan kepada tanadun sekiranya manusia melengkapkannya dengan dua aduan utama yang lain iaitu ruang masa yang mencukupi dan wujudnya iradat manusia yang mahukan perubahan.
Unsur tamadun yang pertama iaitu unsur pembinaan sahsiah positif seorang insan telah meningkat mendadak pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Manusia berbangsa Arab yang hidup secara ringkas telah meningkat menjadi manusia serba tahu. Tahap asas yang prtama ini memerlukan tempoh masa panjang.
Tinjauan terhadap kegiatan ilmiah dari ambang kedatangan Islam sehingga senja kerajaan Umaiyah, memberikan gambaran masyarakat telah mengalami tiga tahap aliran:
1. Aspek diniyah (keagamaan) yang merangkumi ilmu tafsir, hadis, perundangan dan seumpamanya.
2. Kegiatan yang berkaitan dengan sejarah, hikayat, sirah dan seumpamanya.
3. Kegiatan yang bersangkutan dengan ilmu falsafah, kimia, perubatan dan seumpamanya.
Walaupun begitu kita perlu mengakui di sini, bagaimana kegiatan-kegiatan ilmu ini masih belum mencapai tahap ilmu yang mempunyai disiplin yang cukup sistematik. Yang ada hanya apa yang kita disitilahkan sebagai benih- benih nukelus ilmu.
Kegiatan ilmiah itu masih lagi berada di tahap nukelus lantaran faktor pembinaan tamadun ketiga iaitu : Faktor masa yang masih belum cukup matang. Ia mengambil masa dua abad lamanya sehingga sikap manusia boleh berubah bermula daripada konsep membaca sehinggalah kepada kemasukan umat Islam secara berduyun-duyun ke dalam agama ini. Dalam tempoh dua abad itu, manusia boleh mencipta pusat-pusat kegiatan ilmiah. Ia mungkin bermula daripada kegiatan terjemahan dan berkesudahan dengan proses intergrasi umat manusia dalam sesuatu kehidupan bermasyarakat. Masyarakat madani baru itu sudah tentu menghadapi banyak cabaran dalam suasana serba susah pula. Ketika ini mereka pula berusaha keras melakukan aktiviti-aktiviti (kajian ilmiah) dan intelektual dalam ruang lingkup yang mencukupi untuk mencari penawar-penawar kepada permasalahan yang timbul.
Ketika ini faktor Pembina tamadun mula berintereksi dengan alat-alat menbina tamadun secara positif. Dalam masa yang sama unsur-unsur geologi, geografi dan iktisad turut berperanan besar. Masa yang panjang dan wilayah- wilayah Negara Islam yang terbentang luas mula menampakkan impak positifnya. Ia bermula daripada wilayah- wilayah Hijaz dan terus berkembang ke Bandar-Bandar wilayah yang lebih baru seperti Damsyik, Baghdad. Samarkand, Ar-Rai, Khusaran, Bukhara dan lain- lain.
Faktor keamanan dan kestabilan yang tidak tidak dinikmati pada kurun pertama mula berbuah. Kestabilan dan ketenangan ini menyumbang kepada keunggulan budi pekerti manusia. Keadaan ini menyumbang pula kepada tahap keseimbangan dan seterusnya kepada tahap keikhlasan. Ini tentunya membawa kepada tahap kelahiran bibit- bibit tamadun.
Pelbagai fenomena tamadun mula menyinar dalam masyarakat Islam. Ia mungkin bermula daripada kewujudan konsep pemerintahan khlafah yang diakui sebagai tahap pencapaian yang tertinggi. Selepas itu perkembangan ekonomi, sosial, intelektual, kesenian dan keagamaan mula menampakkan wajahnya dalam kerangka tamadun Islam yang bermula pada tahap:
Bermula daripada peristiwa wahyu (bacalah- iqra)
Wujudnya system tulisan yang mengiringi bacaan.
Munculnya bahasa yang bertulis sebagai medium ketamadunan.
Suatu keadan yang jelas ialah apabila orang-orang Islam mengambil sejumlah ilmu daripada tamadun purba. Mereka tidak menirunya bulat-bulat. Ia sudah melalui proses pengislaman mengikut system ketamadunan Islam. Seorang pengkaji Barat yang bernama Rama Lando telah mengambil teks daripada (Bravo) melalui karyaanya yang bertajuk Pembentukan Manusia seperti berikut :
Sistem ilmu yang dicipta oleh tamadun Islam adalah untuk dihadiahkan kepada alam maya imi. Walaupun banyak teori-teori ilmu Greek telah diambil oleh orang-orang Islam, mereka mempunyai budaya mengkaji, menghalusi dan memastikan yang baik. Ini membolehkan mereka menghasilkan ilmu yang diyakini, sesungguh kaedah ilmu yang lengkap dan kaedah pemerhatian yang mantap adalah sumbangan bangsa Arab dan Islam. Kelebihan orang-orang Islam di sini ialah mereka memperkenalkan sistem ilmu ini kepada dunia Barat. Lantaran itu orang-orang Eropah sepatutnya berasa terhutang budi kepada orang-orang Islam ini.
Dalam buku yang bertajuk Matahari Arab Bersinar di Eropah, seorang orientalis Jerman yang bernama Zighred ada mengatakan: Islam telah menguasai dunia dengan segala aspek kekuatan , keilmuan dan ketamadunannya selama lima abad. Sebagai pemegang pusaka Greek pula, orang Islam telah mampu memindah pusaka ini kepada generasi baru Eropah setelah mereka memperkayakannya dengan daya intelektual Eropah pada abad pertengahan, di samping meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan dan pemikirqn orang Eropah.
Fenomena tamadun Islam telah bersinar dalam pelbagai aspek. Yang paling utama ialah sistem perundangan yang dibawa oleh al-Quran dan sistem pemerintahan bercorak khilafah. Terdapat juga sistem hisbah, kehakiman, pentadbiran, keselamatan, baitulmal, keekonomian, sosial intelektual, seni ilmiyah dan lain-lain.
Sebelum perbicaraan menarik tentang sistem ketamadunan Islam, perlu diwar-warkan kaedah ujikaji yang dibanggakan oleh tamadun Islam. Kalaulah kita mengimbaskan kembali tentang Roger Bacon, beliau telah dianggap sebagai pelopor kajian Eropah berasaskan ujikaji dan alam semulajadi. Walaupun begitu, ahli sejarah ilmu-ilmu logik dunia (C.Brantl) yang tidak begitu mendalami ilmu-ilmu Islam telah menyanggah anggapan umum itu dalam bukunya Sejarah Ilmu Logika. Beliau berkata: Roger Bacon telah mengambil semua keputusan ilmiah yang dianggap orang sebagai inovatif daripada orang-orang Arab.
Pakar-pakar seperti E.Wiedemann dan M. Schranm pula telah berjaya menjelaskan kedudukan ilmuwan-ilmuwan Islam dalam mencipta hukum-hukum eksperimen dan teori secara lebih jelas. Bagi pakar ini, kesan orang-orang Islam dalam kerja intelektual Roger Bacon dan Leonado Da Vinci dan lain-lain begitu jelas sekali.
Suatu perkara yang tidak boleh didebatkan lagi ialah ketika ilmuwan-ilmuwan Islam mementingkan konsep eksperimen, mereka terlebih dahulu memastikan eksperimen itu didahului oleh teori-teori tertentu. Di samping itu, kaedah mengkaji melalui pendekatan elsperimen itu dijalankan secara menyeluruh dan tetap. Ini jelas dipersetujui oleh E. Wiedemann yang menyebut dengan terus-terang bahawa ilmuwan Islam telah menerajui kaedah ini. Manakala penemuan-penemuan yang dipopularkan oleh Roger Bacon adalah terlalu sedikit nisbahnya kalau dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang masyhur di kalangan ilmuwan Islam ketika itu.
Orang-orang Islam telah begitu berjaya dalam ilmu astronomi sejak dahulu lagi. Ini disebutkan oleh Fuad Sazkin dalam ensaiklopedianya dan dalam kajiannya tentang sejarah ilmu-ilmu Arab. Beliau telah berkata: Saya tidak mampu menghitung banyak pekara yang saya sudah kenal pasti sebagai penemuan orang-orang Islam.
Walau bagaimanapun kita boleh memberikan sebab kepada kejayaan agung mereka pada peringkat kreatif seperti berikut: Para ilmuwan Islam telah mampu menggunakan ilmu matematik dalam menghitung masalah-masalah astronomi. Pendekatan matematik mereka jauh lebih maju daripada yang dgunakan oleh tamadun Greek.
Mereka telah mampu menggunakan system peninjauan yang lebih maju daripada yang dimiliki Greek. Beberapa penemuan mereka tidak pernah dikenali langsung oleh orang-orang Greek. Mereka telah mampu menggunakan alat alat peninjau yang lebih cekap berbanding dengan Greek. Ahli- ahli Astronomi Islam menyumbang terlalu banyak jika dibandingkan dengan semua tamadun sebelum mereka.
Sempena dengan tema ini, kita tidak boleh melupakan tentang sumbangan ahli astronomi Islam yang terkemuka bernama Ibn Baladi Muhammad bin Jabir al-Batani yang masih lagi dianggap sebagai salah seorang daripada 20 ahli astronomi dunia terpenting oleh pakar astronomi Eropah yang bernama Lalend, di mana ciptaan segitiga al- Batani masih lagi dipraktiskan dalam sistem penerbangan awam dunia.
Sumbangan tamadun Islam dalam bidang kajan angkasa ataupun bidang meteorologi yang mengkaji perubahan- peubahan cuaca di atas muka bumi, juga cukup besar. Walau bagaimanapun ia tidak boleh diketahui dengan jelas, disebabkan kebanyakan karya-karya mereka sudah hilang, seperti karya al-Kindi, iIbnu Haitham dan al-Biruni yang telah mengkaji subjek-subjek ini secara komfrehensif.
Risalah-risalah al-Kindi boleh diangap sebagai antara dokumen-dokumen Islam terpenting dalam kajian perubahan cuaca angkasa raya. Doktrin Pengembangan Saiz telah menjadikan al-Kindi sebagai ilmuwan pertama yang menggunakan teori tersebut.
Adapun ilmu-ilmu kesan angkasa yang dipelopori oleh Aristottle dan tokoh-tokoh intelektual yang seangkatan dan selepasnya, ia diasaskan mengikut konsep perpisahan dua wap iaitu wap lembap terdiri daripada bahan-bahan seperti hujan, salji, rintik- rintik salji dan seumpamanya. Manakala wap kering berbentuk daripada unsur angin.
Al-Kindi telah menjadikan doktrin pengembangan saiz sebagai prinsip asas yang mempengaruhi perkembangan di angkasa. Beliau telah memperkenalkan doktrin baru ini dengan gaya bahasanya yang tersendiri. Semua jisim yang sejuk akan mengecut dan hanya memerlukan ruang saiz yang lebih kecil daripada saiz asalnya. Manakala jisim yang panas akan mengembang dan memerlukan ruang yang lebih besar daripada ruang asalnya.
Dengan ini al-Kindi memberikan sebab yang berbeza kepada berlakunya hujan daripada apa yang dihuraikan oleh Aristotle. Aristotel hanya menerangkan pertemuan dua wap sejuk dan panas menyebabkan hujan. Teori walaupun betul pada prinsipnya, ia tidak mampu menjelaskan kesan pada bahan sejuk ketika bertemu dengan wap sejuk.
Al-Kindi pula mampu memberi sebab sebenar dalam peristiwa hujan, iaitu pengecutan saiz wap yang berlaku akibat kesan perbezaan darjah kepanasan. Sebab yang diberikan tepat sekali dengan sebab yang diberikan oleh astronomi moden.
Al-Kindi ialah orang pertama berpendapat :
Udara yang mengelilingi bumi menyinarkan suatu cahaya yang malap yang dipantul oleh cahaya dari bumi. Oleh itu kita melihat suatu cahaya gelap yang bersumber daripada cahaya di bumi dan di planet yang mempunyai satu cahaya khas antara gelap dan cerah, inilah warna biru laut.
Kajian ilmu sejarah telah menyebut bahawa Leonardo Da Vinci berbangsa Itali dan Geothe penyair Jerman ialah dua orang penyair yang menyebut teori ini. Walaupun begitu apabila kita membandingkan penjelasan al-Kindi dan alasan-alasannya dengan pendapat yang lain, kita boleh melihat dengan jelas bahawa beliau adalah seorang ilmuwan ilmu alam tabii yang memberikan penjelasan yang lebih terperinci dan jelas, manakala pihak lain menghuraikannya secara abstrak.
Antara mereka bertiga yang menjelaskan sebab kepada fenomena warna langit itu, kita dapati al-Kindi seorang sahaja yang menganalisis secara jumlah kuantiti. Beliau berpendapat kadar taburan udara secara pertengahan boleh mempengaruhi kadar warna biru laut. Pengamatan jumlah kuantiti ini hanya diketahui buat pertama kali oleh cendikiawan Brucke pada abad ke- 19.
Akhirnya kita menyebut terntang teori pasang surut air yang dibicarakan oleh al-Kindi secara berasingan dalam satu risalah. Beliau telah mampu menggambarkan peristiwa pasang surut secara lebih jelas dan sempurna daripada kajian abad ke-19.
Dunia Islam seharusnya berbangga dengan mukjizat kurun ke-17M. Disebaliknya runtuhan kota Baghdad yang diserang oleh Hulagu, telah muncul satu istitusi ilmiah yang sisebut dengan istilah akademik pada era moden. Disitu juga terbina pusat pencerapan cahaya terbesar di Timur tengah dan terbinanya institusi pendidikan sebenar yang dikenali sebagai university.
Pekara ini disebut oleh seorang sarjana yang bernama Dr. Mustapha Jawwad tentang falsafah Nasiruddin al-Tusi (meninggal 672H) yang berbaik-baik denga Hulagu semata-mata untuk menyelamatkan dirinya, ulama lain dan koleksi ilmu daripada musnah. Di sinilah bermulanya mukjizat abad ke- 17 itu.
Dr Jaafar Khasbak menggambarkan keadaan orang Islam pada ambang perang Monghul seperti berikut:
Kebanyakan orang Islam ketika itu menghadapi masalah nilai rohani ataupun nilai idelogi yang menolong mereka untuk menyokong sesama sendiri. Walaupun begitu agama Islam tetap menjadi tali pengikat yang telah menyatukan antara penduduk wilayah perang itu. Namun begitu Islam telah bertukar menjadi hanya satu budaya hidup sahaja. Kebanyakan mereka hanya memyerah nasib kepada kadak dan qadar semata-mata.
Pekara ini telah disedari oleh Nasiruddin al-Tusi. Lalu beliau merancang untuk mengubah keadaan mereka kepada suatu keadaan yang lebih baik dan perancangan itu akhirnya menjadi kenyataan.
Ketika kita asyik membicarakan tema tamadun dalam al-Quran, sunah dan ilmu-ilmu warisan Islam,perlu ditegaskan sekali lagi bahawa kitab suci al-Quran itu adalah kitab agama. Ia bukannya usaha al-Quran dalam membina seorang manusia itu adalah penyumbang utama dalam membina sesuatu tamadun.
Al-Quran menyeru manusia agar membaca dan menggunakan fikiran mereka dalam memikirkan fenomena- fenomena di sekeliling mereka. Al-Quran menyeru ke arah membina satu masyarakat madani yang menerima ilmu berasaskan kaedah kesimpulan, pengumpulan dan eksperimen sabagai media ke arah merealisasikan tamadun manusia secara Islam.
Al-Quran telah meningkat tinggi martabat ilmu dan ulama. Lihatlah ayat yang bermaksud : Sudah tentu tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. (Surah al- Zumar 39:9)
Begitu juga ayat yang bermaksud : Orang yang mendapat peringatan ialah orang yang betul-betul berakal. (Surah al- Zumar 39:9)
Kita seharusnya memiliki kembali paradigma pemikiran intelektual, supaya ia sejajar dengan al-Quran dan tidak menyeleweng daripada matlamat yang merealisasikan pemikiran intelektual kemanusiaan yang tidak suka membeza-bezakan warna kulit, bangsa dan budaya sesama manusia. Ini adalah kerana manusia yang paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah mereka yang paling bertakwa kepada Allah S.W.T. Dengan gagasan yang jelas ini Islam berpeluang sekali lagi dalam mengurus peradaban dan ketamadunan dunia moden sebagaimana ia telah berjaya sebelumnya.
