AL-MASIH AL-HUDA

AL-MASIH AL-HUDA

Menurut riwayat-riwayat dari Rasulullah SAW, kemuncak akhir zaman sebelum Kiamat adalah pertempuran antara dua Al-Masih. Siapakah yang dimaksudkan dengan dua “Al-Masih” ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah Al-Masih itu adalah Isa bin Maryam dan Al-Masih Ad-Dajjal. Isa adalah Al-Masih Al-Huda (Al-Masih yang memberi petunjuk), dan Dajjal adalah Al-Masih Adh-Dhalalah (Al-Masih yang menyesatkan). Jadi apakah perbezaan antara dua Al-Masih ini?

Maksud Al-Masih Ad-Dajjal
Dajjal dikatakan oleh Nabi SAW sebagai cubaan terberat dan terbesar bagi seluruh umat manusia. Dajjal lahir dari keturunan manusia. Mereka yang tertarik dengan penipuan dan penawaran Dajjal, telah jauh dengan Allah. Manakala bagi orang yang menjauhi dan menolak Dajjal, orang itu kelak akan beruntung.

Perkataan ‘Dajjal’ mengikut pola fa’al, terbentuk dari kata ‘Dajjala’ yang bererti menutupi. Perkataan Al-Masih pada Dajjal pula adalah berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang menyebut berkenaan bacaan untuk berlindung daripada empat perkara ketika bertasyahud akhir. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu bertasyahud, hendaklah dia meminta perlindungan kepada Allah daripada empat perkara dengan membaca:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksa neraka Jahannam, daripada seksa kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal.” [Riwayat Muslim (1352)]

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Dajjal itu sebelah matanya terhapus (seolah-olah tidak bermata), tertulis di antara kedua matanya kafir… [Riwayat Muslim (7550)]

Maksud Al-Masih pada Nabi Isa AS
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Maksudnya: (Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibn Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). [Surah Ali Imran: 45]

Ibn Kathir dalam mentafsirkan firman Allah SWT: َ
(nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibn Maryam), menjelaskan maksudnya nama tersebut masyhur di dunia dan dikenali oleh orang-orang yang beriman. Dinamakan al-Masih, menurut sebahagian ulama salaf kerana Baginda AS banyak melakukan perjalanan. Ada juga yang berkata, kerana Baginda mempunyai tapak kaki yang rata tidak berlekuk. Dikatakan juga, kerana jika Baginda mengusap seseorang yang menghidapi penyakit kronik, maka dengan izin Allah orang tersebut akan sembuh. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/60)

Ibn Manzur dalam kitabnya Lisan al-‘Arab berkata:
“Dinamakan Nabi Isa AS dengan al-Masih kerana Baginda banyak mengembara di atas muka bumi serta Baginda tidak menetap pada satu tempat.” (Lihat Lisan al-‘Arab, 2/593)

Dalam pendapat lain disebut:
Nabi Isa AS disebut dengan al-Masih kerana Baginda mengusap dengan tangannya pada orang yang sakit, orang yang buta sejak lahir, orang yang menderita sakit kusta, kemudian mereka sembuh dengan izin Allah SWT. (Lihat Lisan al-‘Arab, 2/593)

Pertempuran Akhir Zaman
Dari Abi Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda;
“Demi Yang jiwaku di tangan-Nya, Nyaris akan turun kepada kalian putera Maryam (Nabi Isa AS) menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib dan membunuh babi dan memungut jizyah dan memenuhi harta…” (HR Muslim dalam kitab Iman bab turunnya Isa.)

Hadis ini merujuk kepada matlamat Nabi Isa AS kelak, untuk memusnahkan mereka yang percaya kepada kebatilan terhadap dirinya, serta memerangi mereka yang bersifat tamak dan rakus seperti babi.

Ibnu Katsir juga menjelaskan bahwa, Nabi Isa akan turun di Menara Putih, bahagian timur Masjid al-Umawi, Kota Damsyik, Syria. Ketika Nabi Isa telah datang, tentara mukmin turut bergabung untuk mengalahkan Dajjal, yang saat itu sedang melaju ke arah Baitul Maqdis. Perlu kita ketahui bahawa kemunculan dajjal itu benar dan nyata. Ini merupakan keyakinan mazhab Ahlus sunnah waljamaah. Ketika mana fitnah Dajjal bermaharajalela dan keadaan orang-orang mukmin sedang nazak, Nabi Isa AS akan turun ke Bumi.

Sesungguhnya, kedua-dua al-Masih akan muncul di akhir zaman. Al-Masih Isa dengan kemuliaannya yang dikurniakan Allah, bersifat turun dari langit seperti nas hadis sahih. Sedangkan al-Masih al-Dajjal pula akan muncul dengan sifat kebumian, yang membawa pelbagai sihir dan kesesatan. Akhirnya, al-Masih membunuh al-Masih, Isa AS akan menghancurkan Dajjal. Itulah tanda kebesaran Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan.

“Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahanam, dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati dan fitnah kejahatan al-Masih dajjal.” [HR. Muslim]

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

017895
Hari ini: 147
Minggu Ini: 490
Bulan Ini: 3,036
Tahun Ini: 17,895
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.