Pengasas kerajaan Ayyubiyah di Mesir ialah Salehhuddin Yusuf Al-Ayyubi yang juga di kenali sebagai panglima Islam yang memenangi Perang Salib. Beliau bukan sekadar penguasa tetapi juga seorang panglima perang, mujahid, ulama yang faqih, ahli politik dan penempuh jalan zuhud. Perlu diingat bahawa kerajaan Ayubiyyah berdiri di tengah-tengah Perang Salib. Orang Eropah mengenalinya sebagai Saladin. Baik di dunia Islam mahupun barat ia dikenal sebagai seorang pahlawan sejati. Beliau lahir di Tarkit, Iraq.
Waktu kecil lagi Salehhuddin dididik di Madrasah dan dididik dgn ilmu kalam, Fikah, Al-Quran dan Hadis. Sejak usia mudanya beliau dilantik menjadi tentera gabenor Syria, Nuruddin Zangi. Pada 564Hijrah/1169 Masehi atas permintaan pemerintahan Fatimiyah beliau bersama bapa saudaranya Asaduddin Syirkuh berjaya mengusir tentera Kristian dari Mesir dalam perang Salib. Setelah Syirkuh meninggal dunia kerjayanya semakin cemerlang. Tambahan pula kerajaan Fatimiyah di bawah Al-Adid Lidinillah yang ketika itu masih muda, sehingga banyak tugasnya diambil alih oleh Salehuddin.
Meskipun mempunyai peranan penting Salehhuddin tidak mengganggu fahaman syiah yang dianut oleh kerajaan Fatimiyah waktu itu. Setelah Al-Adid meninggal dunia Salehhuddin menjadi Perdana Menteri lalu menggantikan fahaman syiah dengan Ahli Sunnah Waljamaah. Beliau berjaya menawan Baitulmaqdis pada 1187 Hijrah dari pasukan keristian. Ketika menjadi Perdana Menteri beliau membuat pembaharuan dalam bidang agama dgn mengembalikan kemurniaan Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah, mendirikan madrasah mazhab Shafie dan Maliki serta menggantikan kadi syiah dgn kadi Ahli Sunnah Waljamaah.
Dalam perang Hattin antara pasukan Salehhuddin dengan pasukan keristian di bawah pimpinan raja Baitulmaqdis Guy de Lasignan pada tahun 1187 Hijrah. Beliau telah memenangi peperangan ini dengan cukup cemerlang. Dari peperangan inilah juga dikatakan pencetus kepada Perang Salib III. Banyak lagi kawasan-kawasan yg berjaya ditakluki oleh salehhuddin spt Beirut, Tiberias, Nasirah, Samaria, Sidon, Akka, Ramulah, Gaza,dan Hebron. Menurut Salehudin perang hanya sarana pembelaan agama. Beliau bersikap tolerensi terhadap agama keristian. Semasa berdamai dengan pasukan keristian, beliau mengizinkan mereka untuk menziarahi Baitulmuqadis.
Salehhuddin memindahkan pusat pemerintahan ke Damsyik. Tidak lama setelah itu beliau meninggal dunia pada 589Hijrah/1193 Masehi di Damsyik dan mewariskan pemerintahan yang kukuh kepada keturunannya. Beliau meninggal tanpa meninggalkan harta kerana kemegahan bukanlah misi utama hidupnya. Selepas Salehhuddin peminpin yang paling menonjol ialah al-Malik, al-Adli dan Al-kamil. Selepas 636 Hijrah/1238 Masehi kerajaan Ayubiah semakin lemah kerana perebutan kuasa antara mereka.
Akhirnya pemerintahan Ayubiyyah beralih ke tangan kerajaan Mameluk pd 648 Hijrah/1250 Masehi. Kehebatan Salehhuddin diakui oleh musuh-musuh mereka dari dalam atau luar. Gaya kepimpinannya berbeza dengan pemimpin yang terdahulu. Beliau sangat ramah, moderate, cinta damai, diplomasi dan penuh keluhuran. Dalam hidupnya Salehhuddin mempunyai dua misi besar iaitu menggantikan Islam Syiah dengan Sunni dan membebaskan Baitul Muqadis.
Beliau sedaya upaya berusaha mengajak rakyat Mesir untuk beralih akidah dari syiah ke ahli sunnah waljamaah. Beliau menghidupkan kembali elemen-elemen sunni berdasarkan Al-quran dan Al-Hadis. Dengan cara tersebut beliau berhasil menghapus tradisi syiah hingga ke akar-akarnya dan menggantikan dengan tradisi sunni. Ini adalah kejayaannya yang penuh gemilang Dinasti Ayubiyyah dalam bidang ideologi keagamaan. Demikian juga dalam bidang pendidikan, politik, ekonomi, budaya, agama, ketenteraan, falsafah. dan arsitektur.
Hakikatnya kejayaan Salahuddin bukan sekadar pada kekuatan fizikal dan strategik perang tetapi kekuatan spiritualnya lebih terserlah. Kekuatan akidah ahli sunnah waljamaah cukup kuat di samping dikenali sebagai tokoh yang kuat beribadah, zuhud, penyabar, takwa, pemaaf dan murah hatinya tiada tandingnya. Kejayaan Sallehuddin sebenarnya kerana himpunan faktor-faktor spiritual inilah yang membawa kepada kejayaan penaklukan Baitul Muqqadis. Tidak dapat di sangkal juga kerana kehebatan bapa saudaranya dan bapaknya sendiri yang menjadi pembantu kepada Mahmud Zangki.
Apa yang diwarisi di Mesir ialah kekayaan peninggalan Fathimiyyah yg begitu besar. Namun dari sudut catitan sunni ialah kerana misi rabbani (jihad fi sabililLah) yang dipegangnya dan pemimpin-pemimpin dari Bani Zangki sebelumnya yang bersungguh-sungguh mahu menciptakan penyatuan dan kekuatan Islam. Kerana itu daerah-daerah Islam yang dijajah hampir 200 tahun berjaya dimerdekakan dan kekayaannya telah diolah dengan baik untuk kepentingan Islam terutama menyatukan kembali dan memperbaiki semula aqidah ummah.
Kelemahan dan mundurnya Bani Ayubi ini adalah kerana pembahagian kekuasaan daerah Islam di kalangan keluarga seperti mana berlaku apabila meninggalnya tokoh-tokoh hebat yang mengundang kecelakaan rebutan kuasa. Ini berlaku apabila pengganti atau pewaris-pewaris kuasa mulai menikmati kekayaan dan meninggalkan perjuangan jihad memelihara kepentingan dan umat Islam. Ini jelas berbeza dari sosok tokoh mujahid seperit Immanuddin, Mahmud dan Sallehuddin Islam yang tidak tinggal d istana tersergam indah dan tidak hidup seperti maharaja.
Mereka menghuni khemah-khemah mujahiddin dan seluruh jiwa raga dipertaruhkan hanya untuk jihad fi sabilillah walaupun memerintah negara yang luas. Ketika wafatnya Salahuddin dia hanya meninggalkan beberapa dirham sahaja. Salahuddin juga pernah menghantar doktor utk merawat Raja Inggeris Richard the Lion heart musuhnya ketika perang salib. Mengembalikan anak perempuan orang kristian yang diambil tentera Islam apabila sang ibu merayu pada Salahuddin. Salahuddin juga pernah menyatakan jika umurnya panjang dan diizin Allah akan menyeberangi lautan ke Eropah untuk menundukkan musuh islam di tempat mereka sendiri agar Islam akan dianuti oleh masyarakat dunia.
