2025 TAHUN PERDAMAIAN

2025 TAHUN PERDAMAIAN

Jika gabungan Pas dan Bersatu boleh bekerjasama dengan kerajaan perpaduan tentunya kekuatan Melayu akan dilihat sebagai sesuatu yang utuh dan mapan. Dengan menganggap mereka yang menolak penyatuan Melayu-Islam sebagai pengkhianat, mungkin akan menyebabkan pihak tertentu membuat andaian, bahawa Melayu sebenarnya sedang berada dalam zon yang parah. Sebenarnya, zon Melayu masih belum lagi parah. Kekuatan Melayu masih besar, cuma mengalami sedikit hakisan. 

Ada yang menyifatkan mereka yang menghalang penyatuan Melayu dan Islam sebagai pengkhianat, maka itu ramai pula yang tampil memberikan pendapat. Mentadbir negara bukanlah semudah mengeluarkan pendapat peribadi. Ia memerlukan kecekapan dan ketangkasan bertindak menyelesaikan masalah kerana kehidupan masa kini tidaklah semudah dahulu. Kehidupan masa kini memerlukan kecekapan dan kecekalan menterjemahkan prinsip perjuangan menjadi sesuatu yang baku, dan bukannya bersifat retorik.

Akibat sesama Melayu dan Islam terlalu banyak politiking, maka rasa hormat ke atas prinsip pemuafakatan yang terikat sejak 1955 semakin longlai dan jika tidak dikemaskan dengan baik, ia akan terlerai. Terlerai ikatan itu memberikan makna sedih yang berpanjangan kerana Melayu akan kehilangan kuasanya. Dalam keadaan kuasa yang masih ada, maka penyatuan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh.

Dalam konteks Islam, perpecahan adalah sesuatu yang dianggap sebagai dosa dan malapetaka umat. Perpecahan antara Islam bukan sahaja boleh menghancurkan ummah malah bakal menyebabkan pupusnya sesuatu budaya.  Islam telah hadir sebagai cara hidup yang mementingkan perpaduan dan penyatuan setiap individu dalam satu dasar yang kuat. Islam tidak menjadikan etnik atau kaum sebagai asas, namun hakikat kepelbagaian bangsa dan keturunan juga harus diakui sebagai ciptaan Allah SWT bagi membolehkan antaranya berkenal-kenalan dan hidup dalam kemesraan.

Hakikat wujudnya orang Melayu memang sudah ditakdirkan dan fitrah kehidupan. Begitu juga dengan ikatan erat dengan wilayah, maka itulah melahirkan konsep "ketuanan Melayu." Usaha menyingkirkan "ketuanan Melayu" dan digantikan dengan lain-lain slogan sudah membawa maksud menolak ciptaan Allah SWT. Cuma yang berbeza ialah terlalu membanggakan kaum atau bangsa sebagai sesuatu yang salah, tetapi tidak menghargai asal-usul adalah satu penghinaan.

Tidak mahu mengakui dirinya sebagai Melayu merupakan penghinaan. Tidak mengakui dirinya berada dalam keranjang budaya Melayu juga satu sifat terkutuk, kerana tidak menghargai asal muasal yang dijadikan oleh Allah SWT.  Islam ditegakkan sebagai agama yang menyanjung tinggi prinsip bantu membantu kerana itu akan melahirkan kesejahteraan kehidupan. Hakikat ini sebenarnya difahami oleh banyak orang, tetapi sesetengahnya cuba memasang lukah ketika hujan melimpah dan air di kuala menjadi keruh. Hakikat ini tidak difahami oleh segelintir pemimpin politik yang memikirkan kedudukan dan kelebihan partinya sendiri, sehingga lebih banyak menaburkan retorik.

Demi menyahut seruan suci keamanan dan perpaduan, kita perlu berpegang kepada firman Allah swt yang bermaksud: Sekiranya mereka (musuh bukan Islam) cenderung untuk perdamaian, maka hendaklah kamu juga bersedia menerimanya dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Maksud Al-Quran Surah al-Anfal ayat 61)

Oleh itu, tidak ada sebab untuk kita cuba menolak seruan dan peluang yang terbuka luas demi merintis jalan ke jalan perpaduan dan perdamaian menjelang 2025.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

017949
Hari ini: 201
Minggu Ini: 544
Bulan Ini: 3,090
Tahun Ini: 17,949
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.