EKONOMI ISLAM ELAK KEHANCURAN SOSIAL

EKONOMI ISLAM ELAK KEHANCURAN SOSIAL

Dalam agama Islam, ekonomi berkaitan dengan ajaran tauhid. Ketika pertama kali agama Islam diturunkan, ada tiga seruan utama Islam, iaitu percaya kepada Allah s.w.t., menegakkan keadilan sosial dan menyedari tanggungjawab peribadi di akhirat. Ketiga-tiganya saling berkaitan. Tanpa ketiga-tiga seruan itu, ajaran ekonomi Islam tidak akan berjalan baik. Dalam agama Islam, bekerja bukan saja dipandang sebagai sesuatu yang penting, malah dianggap perkara utama dalam kesejahteraan manusia dan sebahagian daripada ibadat yang akan dibawanya ke akhirat. Oleh sebab bekerja merupakan sesuatu yang penting, maka Islam menghormati hak milik peribadi. Namun Islam juga menegaskan bahawa ada fungsi sosial dalam harta dan kemewahan yang berlebihan ditentang keras sebagai punca kehancuran sosial.

SUQ DAN BAZAAR
Selain masjid dan istana, tempat awam bagi umat Islam bertemu dan berkomunikasi ialah pasar. Itu sebabnya, suq (Arab) dan bazaar (Parsi), yang ertinya pasar, selalu menjadi bahagian penting dalam sejarah dan antropologi tentang orang Islam.

EKONOMI ISLAM
Pada pertengahan abad XXX, ahli ekonomi Islam mengembangkan apa yang mereka sebut sebagai ekonomi Islam. Ekonomi Islam ialah suatu doktrin yang dimaksudkan sebagai alternative terhadap ekonomi neoklasik, ekonomi Marxian dan ajaran ekonomi lain yang berakar daripada pemikiran sosial Barat. Sejak itu pendukungnya menubuhkan beberapa institusi antarabangsa, antaranya Internasional Center for Islamic Economics (Pusat Antarabangsa untuk Ekonomi Islam) di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi. Mereka juga telah menerbitkan banyak buku. Jurnalnya yang terpenting ialah Journal of Islamic Banking dan Finance.

HAK MILIK
Menurut al-Quran, setiap orang berhak mendapatkan bahagian daripada apa yang diusahaknnya (Q.4:32). Oleh itu, Islam menghormati hak milik peribadi dan memandangnya sebagai sesuatu yang suci dan harus dilindungi. Dalam Islam, barang siapa meninggal dunia kerana membela hartanya yang sah, maka dia mati syahid. Islam sangat menghormati hak milik peribadi. Oleh itu, jika seseorang tidak diizinkan memasuki rumah orang lain, dia hendaklah berundur dan tidak boleh memaksa masuk (Q.24:28).

JALAN YANG BENAR
Sekalipun Islam melindungi hak milik peribadi, namun pemiliknya tidak dibolehkan berbuat sesuka hati dengan hartanya itu. Pemiliknya harus menggunakannya sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Allah s.w.t. (Q.28:78), misalnya mengeluarkan sebahagian harta untuk orang miskin (Q.70:24-25). Dalam al-Quran diungkapkan hukuman bagi orang yang mengumpulkan harta tetapi tidak menggunakannya dengan cara yang menyelamatkan mereka di akhirat (Q.28:77; 104:2).

TIGA CIRI
Ekonomi Islam menurut pendukungnya memiliki tiga ciri. Ekonomi Islam berpandukan al-Quran dan sunnah. Di samping itu, ekonomi Islam selalu memandang peradaban Islam sebagai sumber yang amat kaya dengan pelbagai perspektif dan pandangan yang kadangkala tidak dapat diperoleh daripada tradisi falsafah moden. Selain itu ekonomi Islam bertujuan menghidupkan kembali nilai dan tingkah laku ekonomi masyarakat Islam generasi pertama.

Pentingnya ekonomi dalam dunia Islam dicirikan, antaranya peranan utama dalam kehidupan umat Islam. Salah satu contoh perbuatan yang tidak menggunakan harta di jalan yang benar ialah hidup bermewah-mewah. Dalam fiman Allah S.W.T. diungkapkan tentang orang yang hidup mewah namun fasiq (tidak peduli pada aturan masyarakat dan nilai yang lebih luhur): Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (Q.17:16).

Seorang Islam harus bekerja keras (Q.73:20). Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, Seseorang antara kamu yang mengambil tali dan pergi ke gunung untuk mengambil kayu api dan seterusnya dijual kayu itu, dan dengan cara itu dia menyara dirinya, adalah lebih baik daripada dia meminta-minta (H.R. Ahmad Bukhari dan Ibnu Majah).

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040877
Hari ini: 57
Minggu Ini: 314
Bulan Ini: 5,159
Tahun Ini: 40,877
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.