Sarjana dan pemikir Islam dari Malaysia ini memiliki banyak kepakaran dan peranan kemasyarakatan. Selain ahli sejarah dan ahli falsafah, beliau juga seniman. Syed Muhammad Naquib al-Attas juga amat berjasa dalam memperjuangkan peranan bahasa Melayu di Malaysia. Bersama-sama murid yang pernah belajar di bawah bimbingannya, yang kemudian tampil sebagai tokoh kebangsaaan, beliau juga amat banyak mempengaruhi kehidupan sosial dan politik di Malaysia. Reputasi tokoh ini juga diakui di dunia antarabangsa. Setelah menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), beliau menubuhkan dan memimpin ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization).
PENDIDIKAN
Al-Attas memperoleh pendidikan rendah di Johor, Malaysia, kemudian melanjutkan pelajaran ke Madrasah al-‘Urwah al-Wutsqa di Sukabumi, Jawa Barat. Setelah tamat sekolah menengah, beliau mengikuti pendidikan tentera di Britain (1952-1955). Setelah menjalani kerjaya tentera beberapa tahun, beliau belajar di Universiti Malaya (1957-1959) di Singapura. Beliau mendapat biasiswa semasa belajar di Universiti McGill, Kanada (1960), dan memperoleh ijazah MA (1962) dengan tesis tentang Nuruddin al-Raniri. Setahun kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti London, Britain dan memperoleh gelaran doctor pada 1965 dengan disertai tentang Hamzah Fansuri.
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
Al-Attas juga memainkan peranan penting dalam kehidupan sosial dan politik Malaysia, yang juga berkaitan dengan kebangkitan kembali Islam di negara ini. Beliau menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang kemudian berjaya melahirkan ramai tokoh negara.
JURUKHAT DAN ARKITEK
Al-Attas juga dikenal sebagai jurukhat dan arkitek. Karya seni khatnya pernah dipemerkan di Muzium Tropen di Amsterdam pada 1954. Dalam beberapa bukunya, beliau juga memuatkan karya seni khatnya berupa bacaan “Bismilah” dalam pelbagai bentuk. Bangunan mesyuarat, landskap dan bahagian dalam bangunan ISTAC di Kuala Lumpur juga merupakan hasil seni binanya.
KERJAYA AKADEMIK
Sekembalinya ke Malaysia, al-Attas menjadi Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1968-1970). Kemudian beliau menjadi Dekan Fakulti Bahasa dan Sastera Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (1970-1984). Beliau juga pernah menjadi professor tamu di Universiti Temple (1976-1977) dan Universiti Ohio (1980-1982) di A.S. Pada 1987, beliau mengasaskan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur.
BAHASA MELAYU
Salah satu jasa al-Attas ialah perjuangannya untuk bahasa Melayu melalui polemic pada akhir 1960an di mana bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Beliau juga berkeras agar bahasa pengantar dunia pendidikan. Untuk itu, beliau menubuhkan Institut Bahasa, Sastera dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) pada 1973. Karyanya menjadi sumber pelbagai pengajian sastera Melayu.
KARYA ILMIAH
Al-Attas menulis kira-kira 25 buah buku, antaranya termasuklah Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among The Malays (1963); Raniri and the Wujudiyyah of 17th. Century Acheh (1966); The Mysticism of Hamzah Fansuri (1970); Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1972); Islam and Secularism (1978); Commentary on the Hujjat as-Siddiq of Nur ad-Din ar-Raniri (1986); dan Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An-Exposition of the Fundamental Element of the Worldview of Islam (1995). Beberapa bua bukunya telah diterjemahkan dalam bahasa Arab, Parsi, Turki, Urdu, Indonesia, Perancis, Jerman, Rusia, Bosnia, Jepun, Hindi, Korea dan Albania.
1931 - Lahir (5 September 1931) di Bogor
1952-1955 – Pendidikan ketenteraan di Britain
1954 – Pameran seni khat di Amsterdam
1957-1959 – Belajar di Universiti Malaya
1960 – Belajar di Universiti McGill, Kanada
1962 – Memperoleh ijazah MA
1963 – Kuliah di Universiti London
1965 – Memperoleh gelaran doctor
1968-1970 – Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya
1970-1984 – Dekan Faulti Bahasa dan Kesusateraan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
1973 – Menubuhkan IBKKM
1976-1977 – Profesor tamu Universiti Temple
1980-1982 – Profesor tamu Universiti Ohio
1987 – Menubuhkan dan memimpin ISTAC
