SIAPAKAH SAHABAT TERAKHIR MELIHAT NABI SAW?

SIAPAKAH SAHABAT TERAKHIR MELIHAT NABI SAW?

Ketika Rasulullah SAW wafat, para sahabat mengalami kedukaan yang amat mendalam. Pemakaman baginda dilaksanakan beberapa hari kemudian. Salah seorang sahabat yang terlibat dalam proses pemakaman ialah Mughirah. 

Ketika jasad Rasulullah SAW diletakkan di liang lahad, al-Mughirah berkata: 

"Di kaki Nabi ada sesuatu yang belum diperkemaskan". 

Sahabat lain berkata: "Masuklah kamu ke liang lahat, lalu perbaiki".

Mughirah lalu masuk ke liang lahad, memasukkan tangannya dan memegang kedua kaki Nabi SAW

Mughirah berkata: "Ambilkan tanah". 

Para sahabat mengambilkan tanah hingga sampai setengah betisnya. 

Kemudian Mughirah keluar dan berkata: " Akulah yang baru saja (terakhir) berjumpa dengan Rasulullah SAW"

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

020578
Hari ini: 242
Minggu Ini: 617
Bulan Ini: 5,720
Tahun Ini: 20,578
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.