Samarra sebuah kota di utara Baghdad pernah dijadikan oleh kerajaan Abbasiyah sebagai pusat pemerintahan. Kota itu bernama Samarra yang berasal daripada kata Surur Man Raa, seperti yang tertulis pada matawang Abbasiyah. Samarra didirikan di atas runtuhan kota bekas kekuasaan Byzantium yang hancur kerana peperangan. Di bawah kekuasaan Islam, Samarra dibina kembali oleh khalifah pertama Abbasiyah, Abu Abbas Al-Saffah, dan usaha itu diteruskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Namun pembangunan besar- besaran dilakukan oleh Khalifah al-Mutasim pada 221H/ 836M. Samarra kemudian menjadi pusat pemerintahan ketujuh khalifah Abbasiyah dan kota kebanggaan dengan istananya yang indah. Namun setelah para khalifah kembali ke ibu kota lama, Baghdad, Samarra mulai jatuh.
Disebut SAMARAA, keindahannya, Samarra diberi nama Surur Man Raaatau Surra Man Ra, (menyenangkan orang melihatnya). Namun setelah ditinggalkan dan tidak lagi menjadi ibu kota Abbasiyah, kota itu mengalami kejatuhan sehinngga diberi gelaran Sa Man Raa dibaca Samarra (tidak menyenangkan orang yang melihatnya). Sehingga sekarang nama Samarra itulah yang dikenal orang.
IBU KOTA ABBASIYAH
Pemindahan ibu kota Abbasiyah dari Baghdad ke Samarra berpunca daripada perselisihan antara penduduk Baghdad dengan wargaTurki yang dibawa masuk oleh Khalifah al-Mutasim, seorang keturunan Turki sebelah ibunya. Untuk mengelakkan perselisihan itu, Khalifah al-Mutasim akhirnya memindahkan pusat pemerintahan ke Samarra dan membangunkan pasarana yang lengkap di sana. Setelah al-Mutasim meninggal dunia, Samarra tetap dijadikan ibu kota oleh enam khalifah berikutnya. Bahkan, Khalifah al-Mutawakkildan al- Muntasir mengindahkan lagi Samarra dengan membina taman tasik buatan dan padang. Mata wang peninggalan Khalifah al Muutasim dan Khalifah al-Mutawakkil menunjukkan ketinggian peradaban Kerajaan Abbasiyah. Samarra berada kira-kira 100km di sebelah utara kota Baghdad, terletak di tepi timur Sungai Tigris, diantara Baghdad dengan Tikrit.
MASJID BESAR SAMARRA
Pada 889, ibu kota Abbasiyah kembali ke Baghdad. Keagungank ota Samarra mulai pudar sejak abad ke-10. Kini kemegahan kota yang sering disebut oleh para penjelajah Islam zaman silam sudah tidak kelihatan lagi. Tidak ada bangunan yang berdiri teguh kecuali Masjid Besar Samarra. Namun kemasyhuran Samarra menarik minat ahli kaji purba untuk mengkajinya. Masjid Besar Samarra yang dibina oleh Khalifah al-Mutawakkil memiliki ciri khas seni bina Timur Tengah. Ketika semua bangunan lain di Samarra telah runtuh, masjid ini tetap berdiri kukuh. Dalam gambar kelihatan Menara Malwiya yang mempunyai bentuk berpilin, sebahagian daripada Masjid Besar Samarra.
KOTA ISTANA
Setelah dikuasai Islam, kota Samarra semakin indah dengan terbinanya istana oleh tujuh khalifah Abbasiyah. Para khalifah tersebut seakan-akan berlumba-lumba membina istana yang indah dan mengagumkan. Khalifah al-Mutasim membina istana al-Jawasaq dan Khalifah al-Wasiq membina istana al-Haruni. Khalifah al-Mutawakkil sempat membina 24 istana. Antaranya Balkawari, al-Arus, al-Mukhtardan al- Wahid. Sementara al- Mutamid, khalifah terakhir yang memerintah di Samarra, membina istana al-Masyuq.
ABU DULAF
Daripada hasil penyelidikan ahli kaji purba di dapati bahawa seni bina Islam bermutu tinggi pernah berkembang di Samarra. Pelbagai unsur dan gaya seni bangunan berpadu dengan perancangan kota Samarra. Contohnya ialah gerbang utama kota yang dinamai Abu Dulaf. Gaya seni bina gerbang ini berbentuk melengkung, tidak membulat seperti yang biasa (gayaGothik) tetapi meruncing dan tertumpu pada satu titik. Gaya seni bina ini merupakan salah satu ciri khas dalam IIslam.
