Ramadhan kali ini muncul kontroversi yang menyebabkan sebahagian umat Islam tidak sedap duduk walaupun kebanyakannya hanya melihat apa yang tersurat pada sebuah muat turun ringkas mengenai Negara Islam oleh Puan Ainon Mohd, seorang penulis, perunding dan pakar teori terjemahan dan pemilik organisasi penerbitan buku.
Sekitar dua mingga lalu, Puan Ainon Mohd menulis dalam laman sosial ungkapan berikut:
Negara Islam
Dalam demokrasi Barat, mereka tidak amalkan nepotisme dan kronisme. Sebagai ketua negara Islam Madinah, Nabi amalkan nepotisme dan kronisme. Contoh:
· Abu Bakar adalah mertua
· Umar adalah mertua
· Uthman adalah menantu
· Ali adalah menantu dan sepupu
Dalam zaman ini, patutkah kronisme dan nepotisme diamalkan juga.
Petika itu menimbulkan kontroversi apabila muncul netizen mempersoalkan kewajaran rumusan terbabit. Akhirnya, Puan Ainon Mohd bersedia bertemu dengan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberikan pandangan dan menerima nasihat. Setelah itu, satu kenyataan telah dikeluarkan, menerima nasihat pegawai JAKIM dan bersedia memadamkan hantaran tersebut dalam akaun media sosialnya. Tetapi apa yang menjai sumber petikan tersebut tanpa keputusan, tanpa sebut pun (17 Mac 2025) (https://www.facebook.com/share/p/1ABuG3Jsk6/)
Puan Ainon turut berjanji akan lebih berhati-hati pada masa hadapan apabila bercakap mengenai Nabi Muhammad SAW atau memberikan apa-apa lomen terhadap Baginda, yang diberikan kedudukan teratas sebagai manusia yang paling besar pengaruhnya dalam sejarah kehebatan kepimpinan manusia (Micheal H Hart, The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, New York: Hart Publishing Company, 1978).
Michael H Hart bukan seorang muslim, tetapi setelah membuat kajian mendalam beberapa tahun, Nabi Muhammad SAW diletakkan sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah dan peradaban, malah lebih berkali ganda pengaruhnya berbanding Jesus Christ, yang dianggap sebagai pengasas agama Kristian dan Anak Lelaki Tuhan, jurselamat serta pembimbing kasih sayang dalam kehidupan.
Walaupun pemeluk Kristian ketika ini masih merupakan jumlah manusia beragama yang teramai dan Islam menduduki tangga kedua, pengaruh Nabi Muhammad SAW masih belum dapat ditandingi daripada perspektif kerohanian, keharmonian sosial dan kepimpinan. Maka, apa yang dirumuskan oleh Puan Ainon Mohd ialah soal kepimpinan dan amalan budaya politik Nabi Muhammad SAW sepanjang 10 tahun mengasaskan “Negara Islam Madinah”.
Sebenarnya, muatnaik “kenyataan” itu ada kaitan dengan siri promosi dalam talian yang cuba dilakukan oleh Puan Ainon bagi buku-buku tulisannya dan diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn Bhd, yang kini berpengkalan di Batu Caves, Selangor (sebelumnya Janda Baik, Pahang).
Puan Ainon sedang mempromosikan buku Politics Like Muhammad: Panduan Memahami Konsep Kenegaraan dan Strategi Politik Nabi (terbitan 2024, setebal 220 + x halaman, tanpa indeks dan bibliografi). Buku ini ditulis bersama Ahmad Shukri Yusoff, yang pada kulit belakang dikatakan “bacaan wajib bagi sesiapa yang mahu berjaya dalam bidang politik”, maknanya sebagai pembimbing atau panduan kepada mereka yang berminat dengan politik Islam.
Puan Ainon merupakan penulis kedua dan Ahmad Shukri adalah penulis pertama. Secara lazimnya, nama pertama merupakan orang yang paling banyak memainkan peranan dalam penulisan, cetusan idea dan melengkapkan material, manakala penulis kedua, berusaha mencantikkan lagi pendekatan, gaya penulisan dan mencambahkan idea awal penulis pertama.
Pada saya, setelah membaca buku ini, saya beranggapan Ahmad Shukrilah yang bertanggungjawab secara jelasnya dalam proses penulisan buku ini, Puan Ainon berpernanan sebagai “penambah perisa”. Setelah membaca buku ini secara konsisten beberapa hari, tanpa saya lakukan ‘speed reading”, maka dapatlah saya simpulkan keseluruh buku ini ditulis oleh Ahmad Shukri, berdasarkan telahan gaya bahasa.
Saya belum pernah membaca karangan Ahmad Shukri sebelum buku ini, tetapi beberapa buah buku tulisan Puan Ainon secara solo, bersama suaminya, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan.Ahmad Shukri adalah lulusan Diploma Pengajian Islam, Kolej Agama Sultan Zainal Abdidin (KUSZA, kini UniSZA) tahun 1990), Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti al-Azhar (1994); Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Universiti Terbuka Malaysia (2016) dan tahun 2019 menjadi calon pelajar Ijazah Kedoktoran (Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Tadbir Urus Institusi Zakat di Malaysia), Universiti Islam Selangor (UIS).
Selain buku Politics Like Muhammad, turut menghasilkan buku Business Like Muhammad (2022), Motivate Like Muhammad: Teknik Menerapkan Nilai Positif Dalam Diri (2022); dan Motivate Like Muhammad: Teknik Melaksanakan Nilai Positif Dalam Mengurus dan Mentadbir (2022); Kesemua buku itu diterbitkan oleh PTS Sdn Bhd., dan tiga buku sebelum Politics Like Muhammad (PLM), penulis pertama ialah Ainon Mohd. Ia sesuatu yang sesuai kerana tiga buku terawal bersifat motivasi dan psikologi yang menjadi subjek terbanyak garapan Ainon Mohd.
Dr Abdullah Hassan ialah bekas pensyarah saya ketika belajar mata pelajaran linguistik bahasa Melayu akhir tahun 1970-an di USM. Ketika itu beliau adalah Pengarah Pusat Bahasa. Beliau juga muncul beberapa adegan dalam filem yang melakar sejarah kampus USM, lakonan Fauziah Ahmad Daud, Azmil Mustapha (Allahyarham), Shah Reza, Izi Yahya, Sheila Majid dan sebagainya, Ali Setan (1985).
Ali Setan diarahkan oleh Jins Shamsudin (1925-2017) yang ketika ini memegang jawatan Penasihat Filem di USM selepas Jamil Sulong (1926-2014), yang ketika menjawat jawatan tersebut. Jins merupakan tokoh perfileman kedua yang dilantik di USM dalam usaha membina reputasi penciptaan bakat kreatif dalam kalangan mahasiswa yang berminat, mereka yang mengambil kursus penyiaran (komunikasi massa) dan teater.
Jamil Sulong merupakan tokoh filem pertama yang dilantik ke jawatan tersebut. Semasa di USM, Jamil Sulong menggunakan masa tersebut merancang untuk mengarahkan filem Ranjau Sepanjang Jalan, yang kemudiannya berjaya diselesaikan pada tahun 1983. Filem tersebut berdasarkan novel Shahnon Ahmad (1933-2017). Ketika itu, Shahno adalah dekan , Pusat Pengajian Kemanusiaan (1979) dan juga Pengarah Pusat Islam USM sebelum menceburi bidang politik.
Semasa Jins Shamsudin bertugas di USM, Dr Abdullah Hasan adalah Dekan Pusat Pengajian Kemanusiaan, USM. Jins Shamsudin dianugerahkan Doktor Persuratan oleh USM dan 2009, Anugerah Seniman Negara oleh kerajaan Malaysia. Adegan Ali Setan yang membabitkan Prof Dr Abdullah ialah bersemuka dengan Ali (Azmil Mustapha) dan Asmidar (Fauziah Ahmad Daud), di atas kenakalan dilanda gelora cinta di akhir remaja.
Kedua-duanya saling bertoleransi atas ‘emosi cinta’ dan saling memaafkan, tidak membawa kepada konflik yang lebih besar. Filem Ali Setan merupakan komedi romantik yang berjaya sebelumnya, iaitu dua buah filem arahan Othman Hafsham (penerima anugerah Sri Angkasa 2024) seperti Adik Manja (1980) dan Mekanik (1983).
Sambungan Ali Setan, Ali Setan II (1986) kurang berjaya. Kedua-dua skrip dihasilkan oleh Osman Abadi, Ali Setan II diarahkan oleh Yassin Salleh, dengan mengekalkan beberapa orang pelakon utama Ali Setan, kecuali Fauziah Ahamd Daud. Ia digantikan oleh Shasha. Ia adalah kisah mahasiswa USM yang telah tamat pengajian, semakin berubah minda dan realiti kehidupan. Cinta Ali dan Asmidar terhalang. Asmidah dan Jeff (Izi Yahya, antagonis), berkahwin setelah ayah Jeff memaksa Asmidar. Beberapa bulan kemudian, Jeff dan Asmidar bercerai, perkahwinan tanpa kebahagiaan. Ali dan Asmidar kembali bertemu, mereka kemudiannya berkahwin.
Seperti diungkapkan oleh Ainon Mohd, petika itu bukanlah sesuatu yang baharu, yakni muncul ketika memuatnaik ke media sosial, petikan itu merupakan salah satu ungkapan ang terdapat dalam PLM, pada halaman 26. Ia sebagai jawapan daripada “Persoalan 18”: Amalan Nepotisme, di mana pengarang tergeliat lidah dalam memperkatakan “orang muda keliru tentang macam apa sepatutnya bentuk pemerintahan negara Islam (hal,17). Saya tidak perlu menyalin kembali kerana 100 peratus sama dengan apa yang dimuatnaik di laman sosial, yang saya kutip pada awal rencana ini. Cuma berbeza ialah tajuk kecil yang digunakan, iaitu dari Nepotisme ke Negara Islam, isi dan kenyataannya sama, kecuali susunan letak atur hurufnya, dalam satu perenggan.
Secara keseluruhan, bagi saya, kontroversi mengenai PLM muncul di tiga seksyen, iaitu Daripada Pengarang, Bab 1 dan Bab 2. Bab-bab lainnya, Bab 3 hingga ke Bab 19 merupakan hujah dan bukti yang cuba diungkapkan oleh kedua pengarang terhadap bentuk politik Islam yang seharusnya ada dalam bingkai Islam dan kerangka pemerintahan yang sudah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang 10 tahun di Madinah.
Tiada ada kontroversi, walaupun di awal penulisannya (PLM) lebih banyak menggunakan kaedah ‘membangkitkan persoalan’, seterusnya, persoalan-persoalan itu dijawab dengan baik oleh pengarang. Barangkali, kerana buku ini lebih berbentuk buku motivasi (psikologi sahsiah), maka ia merupakan suatu kelaziman untuk menulis berdasar isu atau persoalan, sama ada persoalan itu benar-benar wujud atau bersifat hipotetikal.
Bagi saya, dakwaan ‘nepotisme’ dan ‘kronisme’ yang muncul dalam perenggan tersebut (media sosial dan dalam buku PLM) hanyalah satu bentuk pemesongan yang jelas tidak berasas, yakni jika diukur daripada perkaitannya dengan legasi Nabi Muhammad SAW yang dijelaskan oleh Mohamad Jebara sebagai “the world changer”. Saya anggap, ketika menulis buku ini, Ahmad Shukri dan Ainon Mohd ‘belum membaca’ karya menarik daripada seorang pensyarah dan tokoh spiritual Islam yang juga seorang ahli kaligrafi, Muhammad: The World Changer (MWC)yang pertama kali diterbitkan pada tahun 2021 (New York: St Martin Publishing Group).. Mohamad Jebara menulis menggunakan sudut pandangan dirinya yang cuba memahami Nabi Muhammad sebagai ‘agen perubahan’ yang membawa kepada sebuah kepercayaan yang berbeza dengan apa yang ada pada zamannya (dikenali sebagai zaman Jahiliyah) dan seterunya bagaimana menterjemahkan semangat dan motivasi keteladanan (rohani, fizikal dan pemikiran) dalam kehidupan seharian.
Buku ini (MWC) dilihat sebagai sebuah autobiografi Mohamad Jebara dalam pencarian sebuah teladan, dan menghidupan teladan itu dalam diri sendiri, sebelum menerangkan penemuan-penemuan itu kepada orang lain. Menjadi lengkap sekiranya, buku terbaharu Mohamad Jebara dibaca difahami bersama. Buku baharunya ialah The Life of the Qu’ran: From Eternal Roots to Enduring Legacy (New York: St Martin Publishing Group, 2024).
Begitu juga dalam beberapa buku sejarah kajian politik pada zaman Nabi Muhammad SAW yang dianggap oleh kedua pengarang sebagai penulis tradisional (sayangnya pengarang tidak menamakan siapakah tokoh pengarang tradisional tersebut) tidak muncul dakwaan bahawa ‘kronisme’ dan ‘nepotisme’ berlaku dalam pemerintahan Nabi Muhammad SAW sebagaimana kita memahami dua konsep yang hadir dalam corak dan ciri sistem politik ciptaan barat, yakni non-Muslim.
Menurut istilah, nepotisme (nepotism) bermaksud: amalan di kalangan orang yang berkuasa atau berpengaruh memihak kepada saudara mara sendiri, terutama sekali dalam memberi pekerjaan kepada mereka”. (AS Hornby, Oxford English-Malay Compact Advanced Learner’s Dictionary, penterjemah Asmah Haji Omar, Petaling Jaya: Oxford-Fajar Sdn Bhd., cetakan pertama, 2007, hal. 954).
Istilah kronisme (istilah asal crony) “kawan atau teman yang rapat (biasanya digunakan dalam situasi negative atau yang melibatkan kepentingan peribadi” (Kamus Dewan, Kuala Lumpur: DBP, 2007, edisi keempat, cetakan kedua hal.831).
Jadi, apabila dua istilah itu digunakan secara tanpa penjelasan yang memadai, maka ramailah yang berpandangan kedua pengarang PLM melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, sehingga ada pula yang berpendirian, seseorang Muslim yang menghina Nabi Muhammad SAW ‘wajib bertaubat’. Ertinya, permohonan maaf oleh Puan Ainon Mohd terhadap ‘penghinaan’ tersebut dianggap belum memadai, walaupun telah menurunkan ungkapan tersebut dalam laman media sosialnya, sebabnya, ia membawa ‘parah’ yang besar terhadap keyakinan umat Islam terhadap Nabi Muhammad SAW.
Kita perlu sedar, nama Nabi Muhammad SAW bukan sahaja merupakan nama yang paling banyak sekali disebut oleh seluruh umat manusia termasuk umat Islam. Setakat ini belum ada kajian mengenai purata setiap orang Mukmin menyebut nama Nabi Muhammad berulang kali setiap hari. Namun setiap nafas yang kita tarik dan lepaskan, setiap detik kita mengingati Baginda, selepas Allah SWT. Nabi Muhammad SAW, ada yang meletakkan baginda sebagai ‘kekasih Allah’, manusia paling mulia, suci lahir dan batin, daripada saat kelahiran hinggalah selepas kewafatannya.
Banyak juga orang menulis mengenai Nabi Muhammad SAW, baik oleh Muslim, bukan Muslim dan mereka yang was-was tentang agama (agnostik), yang berfikiran bebas hingga tidak mempercayai tuhan, kerana Baginda ada sosok paling sempurna pernah hadir dalam sejarah kehidupan manusia. Antaranya: Dr Yasir Qadhi, The Sirah of the Prophet SAW: A Contemporary and Original Analysis, adaptation and edited by Dr Salah Sharief, (Leicestershire, United Kingdom: Kube Publishing, 2023); Martin Lings, Muhammad: His Life Based on the Earliest Source, (Glasgow, United Kingdom: The Islamic Texts Society, 1991); John Adair, The Leadership of Muhammad, (London, United Kingdom: Kogan Page Ltd., 2010); Dr Walled Fekry Faris and Dr Akram M Zeki, (editors), Muhammad SAW: Dimesnion of Excellent Leadership, (Petaling Jaya, Selangor: Dakwah Corner Bookstore, 2023); William Montgomery Watt, Muhammad: Prophet and Statement, (London: Oxford University Press, 1974); dan Karen Armstrong, Muhammad: Prophet for Our Time, (London: HarperCollins Publishers, 2006).
Buku-buku tersebut bukan merupakan buku yang ditulis secara tanpa melihat kepada realiti kehidupan Nabi Muhammad SAW berdasarkan kajian yang teliti, tidak ditemukan amalan nepotisme dan kronisme dalam kepimpinan Baginda selama 10 tahun di Madinah. Malah, lebih memualkan pada halaman berikutnya, cuba melihat kewajaran pelantikan para pegawai atau wakil dalam pelbagai misi secara adhoc, yang menampakkan tidak bersifat ‘nepotis’ dan ‘kroni’. Lantikan itu benar-benar membawa maksud bersandarkan kebolehan, pengamatan yang rapi tentang keimanan dan ketaqwaan, ketokohan dan kekentalan diri berhadapan dengan pelbagai kemungkinan rintangan. Ertinya, buku ini bermula dengan dakwaan, yang kemudiannya vuba dibuktikan dakwaan itu ‘salah’ atau ‘tidak benar’, juga tidak relevan.
Saya kutip apa yang ditulis asasnya (Bab 4: Nabi Meninggalkan Model Perlembagaan Tetapi Tidak Meninggalkan Model Pemerintahan dan Model Kabinet), yang dilihat tema “Negara Islam dengan pendekatan filisofikal, yang menyeluruh dan umum sifatnya’ (hal.55). Sebabnya, tiga fungsi kuasa dalam doktrin pengasingan kuasa sistem politik Demokrasi, --legislatif (perundangan), judisiari (kehakiman) dan eksekutif (pentadbiran negara). Dalam model Madinah, semuanya berada dalam diri Nabi Muhammad SAW, dan Nabi Muhammad SAW telah melantik dirinya sebagai Ketua atau Pemimpin Umat Islam, yang menyamai sistem autokrasi.
Perlu kita faham, Nabi Muhammad SAW secara moralnya tidak melantik dirinya sebagai pemimpin, tetapi dipilih oleh Allah SWT sebagai pemimpin. Hakikat sedemikian harus diperbetulkan, kerana Allah SWT sejak sebelum Nabi Muhammad SAW lahir sudah digambarkan dalam kaum beragama (bukan Islam) akan lahir seorang yang bernama Muhammad, yang akan memandu seluruh umat Islam menuju ‘jalan yang benar’.
Ia bukan sebatas pemikiran sekular yang menolak agama dan praktisnya, seseorang pemimpin bukan dilahirkan, tetapi diasuh dan dididik. Dalam hal ini, pendapat sebegitu tidak benar dan menjadi kenyataan, kerana Allah SWT menentukan apa sahaja, termasuk siapa yang layak memimpin umat dan siapa yang seumur hidupnya perlu dipimpin.
Sebagaimana kita sedar, semasa Islam dimulai sekitar awal Abad ke-7, sebaik sahaja Muhammad bin Abdullah menerima watikah kenabian daripada Allah SWT, Muhammad sangat gementar apa yang terjadi, sehinggalah isterinya Khadijah bertanya kepada seseorang apa yang suaminya alami itu. Sejak itu, kita sedar, Muhammad sudah dibersihkan hati dan ditetapkan pendirian menjadi seorang nabi dan rasul untuk memimpin umat. Itulah kehadiran Muhammad sebagai pemimpin diungkapkan sebagai rahmatal lil alamin, sedangkan dalam kepimpinan demokrasi barat, ungkapan sebegitu tidak pernah muncul.
Kita ambil sahaja contoh pemimpin besar yang memenangi pilihan raya sebuah negara pengamal demokrasi terbesar dunia (Amerika Syarikat), Donald Trump sebagai kenyataan yang sedang kita hadapi sekarang. Kenapa Trump memilih ramai penasihatnya yang berketurunan Yahudi (Yahudi Agama dan Yahudi Etnik) dan pengamal Zionis. Trump seang membentuk dan menterjemahkan semula semula white supremacy yang berteraskan zionisme.
Siapa Elon Musk? Elon Musk (elon Reese Musk) lahir di Pretoria, Afrika Selatan pada tahun 1971. Afrika Selatan menjadi lokasi yang cukup parah dasar apartheid kulit putih, setelah diskriminasi kaum secara politiknya sudah dihapuskan di Amerika Syarikat sejak pentadbiran Abraham Lincoln (1809-1865). Ia mendapat sokongan Amerika Syarikat dan kapitalis Yahudi. Tetapi keluarga Elon Musk berhijrah ke Kanada dan Amerika Syarikat (2002).
Kini, perilaku itu sedang ditarik kembali dengan menamakan Israel sebagai pelaksana apartheid dan Amerika Syarikat sebagai penggerak utama. Jika tidak, tentunya Trump tidak akan minat untuk mengambil alih Gaza, dijadikan Reviera Timur Tengah dengan ‘mengusir penduduk’, dan secara jelasnya, penduduk asal tidak dibenarkan pulang ke Gaza.
Inilah yang dilakukan oleh Israel sejak tahun 1948, rakyat Palestin yang diusir, dirampas tanahnya, dibakar kebun dan rumah, tinggal sebagai pelarian di kem-kem sama ada di Gaza, Jordan. Lubnan, Syria, Turkiye dan lain-lainnya dinafikan hak mereka untuk pulang ke leluhurnya. Demokrasi Barat yang cukup sarat ; beban luka sejarah serta kekejaman, manipulasi atau eksploitasi (propaganda, kebohongan, penipuan serta penyiksaan). Inikah bentuk sistem politik terbaik?
Beliau kini bukan sahaja dilihat sebagai orang yang terkaya, bahkan ikut menambahkan luka politik kepada Donald Trump, setelah melakukan beberapa perkara – reformasi – dalam pentadbiran kerajaan, yakni memberikan cadangan kepada presiden. Terbaharu ialah memansuhkan Jabatan Pendidikan dan tanggungjawab pengurusan sistem pendidikan diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.
Beberapa idea Elon Musk menerima reaksi menentang daripada rakyat Amerika Syarikat. Kesannya cukup dapat dilihat di mana rakyat Amerika Syarikat mula menyerang apa sahaja yang dikaitkan dengannya, termasuk menjadikan usahawa automobil elektrik mengalami kerugian besar, dan juga menegatifkan imejnya dengan pendedahan anak ke-13 hasil hubungan sulit dengan seorang wanota dan penulis. Dua minggu selepas pendedahan itu, Musk dikatakan dianugerahkan anak ke-14 hasil hubungannya dengan seorang pekerja Tesla.
Apa yang kita tahu, Musk berkahwin sebanyak tiga kali, iaitu dengan Justine Wilson (2000 dan bercerai 2008), dan dua kali dengan Telulah Riley (2010-2012 dan 2013-2016), Kekasih gelap antaranya, Amber Heard (janda Johny Deep), Grimes (sebagai pasangan domestik alias bersekedudukan selama 3 tahun (2018-2021), Ashley St Clair dan Shivon Zilis (Pengarah Projek Khas Neuralink, yang dimilik oleh Musk). Musk berazam mahu memilik lebih ramai lagi anak, mungkin seramai 40 orang.
Katanya, tidak ada masalah membiayai kehidupan anak-anak yang ramai, dengan kekayaan yang dimiliki. Akibatnya, hampir sejuta wanita menyatakan kesanggupan untuk bersenggama dengan Elon Musk, sama ada sebagai wanita simpanan (gundek) , teman serumah ataupun pasangan sosial ketika diperlukan.
Ertinya, atas sebab Elon Musk adalah seorang bilionier, ramai wanita sedang mencari ruang untuk mendampinginya, kerana boleh lakukan macam-macam dakwaan setelah berpisah. Untung nasib dapat pembelaan undang-undang dan penyelesaian kewangan yang cukup lumayan.
Salah seorang anak Elon Musk, Vivian Jenna Wilson (daripada Justine Wilson) adalah salah seorang anak tertua mereka yang hidup, adalah pengamal transgender. Vivian lahir melalui kaedah in-vitro fertilization pada tahun 2004, sebagai kembar kepada Griffin. Setelah berumur 16 tahun, Vivian menjadi transgender, daripada seorang perempuan kepada seorang lelaki.
Apakah itu merupakan nilai demokrasi terbaik? Sebenarnya kita tahu, demokrasi pada awalnya bukan sekadar sistem politik, ia juga merupakan norma kehidupan dalam rumah tangga, keluarga dan kemasyarakatan. Tunduk atau bersedia bertoleransi, setiapnya diberikan kebebasan yang akhirnya atas amalan mempertuhankan kebebasan, kemasyarakatan menjadi semakin kecil dan terancam. Hal ini tidak diterima secara totoknya oleh Islam. terutama dalam bab-bab yang berkaitan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan juga bernegara. Akibat tunduk dengan demokrasi, menyebabkan keyakinan bergama menjadi semakin tidak terarah dan nilai kekeluargaan hanya sebatas hubungan seks, tanggungjawab kewangan dan sebahagiannya, menswastakan peranan mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak.
Dunia kehidupan menjadi semakin tamak, penuh persaingan tanpa rasa gentar kehilang norma sosial dan agama, dihubungkan dengan kekayaan material dan status. Inilah keburukan amalan dmeokrasi barat, yang pada pengarang cukup menarik jika dipertimbangkan acuannya dalam membanyun Negara Islam.
Bagi saya, secara keseluruhan buku ini cukup baik sebagai permulaan memahami strategi politik dan sekaligus dakwah Rasulullah SAW sepanjang bergelar pemimpin dan ketua umat Islam. Tuduhan nepotisme dan kronisme yang dikatakan berlaku itu hanya sekadar membangun ‘proses mengetahui’ yang lebih besar, yang kedua penulis cuba gunakan secara problem-solving dalam Politic Like Muhammad.
Bagaimanapun, kita tidak seharusnya mendesak agar buku itu diharamkan sebagaimana buku Golongan Muslim Pertama : Sejarah an Memori (Asfa Kamarudin) dan buku tulisan Ahmed T Kuru (terjemahan bahasa Melayu dan Indonesia) Perikatan Ulama-Negara Punca Autoritanisme dan Kemunduran Dunia Muslim. Asfa melihat bagaimana persoalan-persoalan yang mengikat (membelenggui pemikiran, perilaku atau kosmos) yang membingkai normatif, perilaku seharian umat Islam telah berjaya diselesaikan oleh para ulama sezaman manakala Ahmed T Kuru mempersoalkan mengenai autorianisme dalam masyarakat Islam muncul kerana ulama terlalu kuat mencengkam pemikiran dan sesetengahnya bertindak untuk mengawal.
Sebahagiannya semacam kemunculan semula pemikiran reformis Islam sejak mereka melihat punca terpuruknya umat Islam, semasa empayar-empayar Islam berkuasa (menguasai) , tatkala memikirkan nasib umat Islam setelah bertukar kuasa (penjajahan atau kolonialisme), berkembang pula imperialism tunjungan Amerika Syarikat (Pascakolonialisme) atau persaingan membentuk, mengekal serta membangunkan hegemoni baharu antarabangsa.
Itulah yang membawa kepada kemunduran, dan bukanlah sesuatu yang bersifat akidah kerana ulama juga ada ketikanya merasakan dirinyalah yang paling betul dan benar, sedangkan kebenaran yang dicanangnkan bukan kebenaran mutlak, subjektif dan relatif.
Apa yang perlu dilakukan oleh Ainon Mohd dan Ahmad Shukri Yusof terhadap tiga ruangan awal (Daripada Pengarang, Bab 1 dan Bab 2) diolah semula agar tidak lagi dilihat sebagai ruang kontroversi sehingga boleh dituduh ‘menghina Rasulullah SAW’, yang akibatnya cukup fatal sekali. Ada reaksi yang radikal daripada masyarakat, dan tentunya, radikalisme itu sangat tidak kita inginkan kerana Islam mengajar kita toleransi, hormat menghormati dan sentiasa berkasih sayang, juga nasihat menasihati selain meneruskan kewajiban kita sebagai hamba Yang Maha Esa, bukan hamba mana-mana sistem politik.
