AL-MA'MUN KHALIFAH MUDA ABASIYYAH

AL-MA'MUN KHALIFAH MUDA ABASIYYAH

Al-Ma’mun merupakan gelaran Abdullah Abu Abbas bin ar-Rasyid al-Ma’mun. Kekhalifahannya yang bererti hamba Allah yang dipercayai. Gelaran itu diberikan kerana para khalifah Abasiyyah menganggap diri mereka sebagai khalifah pengganti Nabi s.a.w dan sekaligus juga khalifah di bumi. Al-Ma’munah lahir pada pertengahan bulan Rabiulawal pada malam jumaat tahun 170 H/785 M. Bapanya bernama Harun ar-Rasyid (Khalifah Abasiyyah kelima, 170-194 H/786-809m.

Semasa kecilnya, al-Ma’mun sudah mempelajari berbagai ilmu pengetahuan. Dia banyak belajar hadis daripada bapanya dan guru-gurunya seperti Hahim, Abid bin Awwam, Yusuf bin Atiah dan lain-lain. Ia juga mempelajari sastera, fikih, tatabahasa, dan falsafah. Beliau termasuk dalam keturunan Bani Abbas yang pintar, berpendirian kukuh, berpengetahuan, berfikiran logic dan dermawan.

Al-Ma’mun diangkat menjadi khalifah ketujuh sewaktu berumur 28 tahun dan memerintah selama 20 tahun. Masa pemerintahannya (198-218H/813-833 M) dipandang sebagai puncak keemasan dan kebesaran Daulah Abasiyyah. Pengangkatannya sebagai khalifah dilatarbelakangi oleh perang saudara dengan pasukan al-Amin.

Sewaktu al-Amin menjabat sebagai khalifah di Baghdad, al-Ma’mun menjadi gabenor di Kota Khurasan. Al-Amin dipengaruhi oleh perdana menterinya (wazir) untuk membatalkan pewarisan kekhalifan kepada al-Ma’mun dan mengangkat anak kandungnya sendiri, Musa al-Amin. Al-Amin mencium adanya rencana ini dan kemarahannya mula meledak. Di pihak lain Al-Amin sedar akan perasaan saudaranya, maka ia mengutus utusan ke Khurasan untuk membawa Al-Ma’mun ke Baghdad. Perutusan itu ditolak oleh al-Ma’mun. Atas penolakan ini al-Amin mengirim pasukan ke Khurasan dan perkara ini lantas diketahui oleh al-Ma’mun yang segera mempersiapkan pasukan ke Kota Rayy (Tehran)

Peperangan dan pertempuran terjadi dengan kekalahan di pihak al-Amin. Serangan al-Amin kedua kalinya juga gagal kerana terjadi perselisihan pendapat antara para panglimanya. Akhirnya al-Ma’mun mengepung Baghdad selama hampir satu tahun yang mengakibatkan al-Amin meninggal dunia. Setelah itu naiklah al-Ma’mun sebagai khalifah ke tujuh Abasiyyah.

Selama 6 tahun berikutnya ia tetap berkedudukan di Khurasan dan setelah itu memindahkan kedudukannya ke Baghdad. Maka selama waktu tersebut, ia lebih dipandang sebagai tokoh di Iran dan Khurasan daripada tokoh bangsa Arab.

Kebijaksaan ini diambil al-Ma’mun dengan tujuan ia ingin meleraikan perasaan dan reaksi penduduk ibu kota atas wafatnya saudaranya al-Amin. Kedua, ia ingin menjejaki kekuatan pendukung saudaranya itu dalam lingkungan keluarga Abasiyyah malah ingin menyelami pendirian yang sebenar keluarga Abasiyyah mengenai dirinya. Ini adalah kerana semenjak kecilnya ia lebih cenderung kepada keluarga ibunya yang berketurunan Parsi daripada keluarga bapanya yang berketurunan Arab.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040877
Hari ini: 57
Minggu Ini: 314
Bulan Ini: 5,159
Tahun Ini: 40,877
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.