Tidak ada manusia percaya bahawa pembinaan negara bangsa dapat dilakukan dengan jayanya tanpa wujudnya perpaduan, sama ada dalam kalangan pemimpin, rakyat mahupun institusi-institusi yang memayungi masyarakat. Apatah lagi dalam situasi sosiopolitik, sosioagama, sosiobudaya, sosioekomi dilaksanakan. Tetapi, perjalanan menuju ‘perpaduan’ tidak boleh berhenti, walaupun telah banyak percubaan telah gagal. Perpaduan dalam kalangan warga Malaysia telah sekian lama terjalin kerana prinsip ini dipelihara dengan perasaan muhibah dan harmoni.
Namun disebabkan perbezaan pegangan politik seringkali menjadi punca kepada perpecahan sedangkan politik sewajarnya menjadi wadah kepada penyatuan. Kepentingan peribadi dan pegangan politik akhirnya mencurahkan bibit-bibit permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran kerukunan negara. Perkara ini merupakan suatu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh para pemimpin bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin. Sekiranya negara berada dalam keadaan tidak stabil, maka akan muncul pihak-pihak luaran mahupun dalaman yang akan mengambil kesempatan dengan niat untuk terus menggugat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Demikian pula halnya al-Quran dan hadis yang memperkenalkan bermacam-macam persaudaraan yang tidak hanya diajarkan untuk sesama muslim saja, tetapi juga kepada antar umat beragama. Persatuan yang dibingkai dengan sebuah persaudaraan merupakan salah satu anjuran yang ada dalam agama Islam. Menjaga persatuan banyak disebutkan dalam al-Quran. Sehingga kita dapat menemukan beberapa ayat yang bermakna persatuan, dan beberapa ayat lain yang bermakna persaudaraan, baik sesama keturunan, keluarga, agama, suku, ras, maupun kepada sesama umat lainnya.
Semua itu dinyatakan dengan bentuk kata “akh” maupun “ukhuwah”, yang menunjuk kepada hubungan keluarga, sesama masyarakat, se-agama, se-bangsa dan se-negara. Persatuan yang diartikan sebagai persaudaraan dalam ruang lingkup masyarakat digambarkan oleh Alquran bahwa, walaupun di dalam suatu masyarakat ada yang berselisih paham atau pendapat, kita harus tetap mampu menjaga persatuan dalam persaudaraan.
Al-Quran ada menyebut bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara dan yang menjadikan mereka bersaudara ialah akidah keimanan. Keutuhan mereka tidak akan terpecah melainkan jika mereka murtad daripada Islam.
Ukhuwah Islamiah merupakan satu istilah yang sudah diterima di kalangan masyarakat iaitu suatu persaudaraan yang berdasarkan iman. Jadi istilah yang lebih tepat sebenarnya adalah ukhuwah imaniyyah kerana di dalam aI-Quran, persaudaraan ini memang dikaitkan Iangsung dengan iman. Renungi maksud firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10)
Dalam usaha memantapkan ukhuwah Islamiah ini, ia bukan sekadar penjelasan dari segi persamaan pandangan agama atau sekadar toleransi mengenai perbezaan pandangan melainkan yang lebih penting lagi adalah langkah-langkah bersama umat Islam sehingga dapat merasakan nikmatnya persaudaraan satu iman itu.
Salah satu hadis yang masyhur, menyentuh aspek ukhuwah adalah sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat Ibnu Umar, yang bermaksud: “Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”
Persaudaraan dalam Islam berlandaskan iman kepada Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah, dan seseorang mukmin yang merupakan saudara bagi mukmin yang lain mempunyai pertalian persaudaraan yang lebih kuat daripada pertalian darah di kalangan adik-beradik kandung.
Pertalian keimanan inilah yang memperkukuh hubungan sesama individu dalam masyarakat, dan yang menjadikan masyarakat satu unit sosial yang tersusun rapi dan utuh. Atas kesedaran itu, keinginan untuk bersama memikirkan masa depan negara dalam konteks perpaduan dan penyatuan hasrat, iltizam dan tindakan, menggerakkan semua kumpulan yang berpecah bergabung tenaga menyemarakan semangat penyatuan ini dengan membina dan menghidupkan ‘jambatan rundingan dan muafakat’ sebagai langkah yang tuntas dan berkesan agar krisis, konflik dan ketegangan dapat dibendung dan tidak menjadi letusan kemarahan atau perbalahan yang besar sehingga menjejaskan kestabilan politik .
Bagi merealisasikan hasrat itu, kita perlu mengajak seluruh ummah melaksanakan keinginan bersatu padu, dan bukannya membesar-besarkan perbezaan. Kita tidak mahu rakyat negara ini sentiasa berada dalam situasi “unity in tension’ atau ‘dedalu’ yang bertenggek di pokok, pokok mati kekeringan dan akhirnya dedalu juga mati setelah pokok itu tumbang.
Maka sebelum terlanjur menjadi “Negara Jenazah Malaysia” kepada orang-orang politik khususnya kita berharap agar utamakanlah kewajipan untuk menyelamatkan negara bukan berkepentingan untuk mencapai mimpi peribadi yang akan membuat negara Malaysia sebagai bangsa yang hanya tinggal kenangan dengan linangan air mata.
Kita ‘satukan kepelbagaian, elakkan perpecahan’ dengan wawasan baharu dan iktikad yang jelas. Kita berkongsi secara saksama bukan hanya atas nama ‘kebersamaan’ yang bertunjangkan “apa yang ada pada saya adalah milik saya dan apa yang ada pada anda [orang lain] adalah milik saya juga”. Memang tidak dinafikan, tidak mungkin untuk manusia berpendapat dan berfikiran sama, tetapi untuk bersatu pasti tiada halangan, asalkan semua pihak bersikap jujur pada diri sendiri dan menghormati orang lain.
Besar harapan saya untuk membawa usaha murni ini ke arah menyatupadukan umat Islam khasnya di Malaysia tanpa sekatan ideologi politik, aliran keagamaan dan mazhab. Impian untuk menyaksikan perpaduan ummah yang kukuh sesungguhnya menjadi ‘kerja rumah’ semua pihak yang malangnya sampai hari ini tidak dapat direalisasikan sepenuhnya.
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.
(An-Nisaa' 4:59)
Persatuan, persamaan dan persaudaraan merupakan nilai-nilai fundamental yang menjadi pemangkin bagi perkembangan, kemajuan dan kemakmuran suatu negara. Maknanya persatuan di antara sesama Muslim sangat dititikberatkan oleh Nabi SAW.Semangat al-Quran yang secara keseluruhan sebenarnya adalah semangat persatuan. Kerana itu jumlah ayat yang menganjurkan semangat persatuan atau perpaduan lebih banyak daripada ayat yang menjelaskan perihal perpecahan.
Antaranya ialah Surah al-Hujurat ayat 10, al-Syura ayat 13, al-Mukminun ayat 32 dan ayat yang paling popular ialah surah Ali-Imran ayat 103.
Al-Quran dan hadis yang memperkenalkan bermacam-macam persaudaraan yang tidak hanya diajarkan untuk sesama muslim saja, tetapi juga kepada antar umat beragama. Persatuan yang dibingkai dengan sebuah persaudaraan merupakan salah satu anjuran yang ada dalam agama Islam. Menjaga persatuan banyak disebutkan dalam al-Quran. Sehingga kita dapat menemukan beberapa ayat yang bermakna persatuan, dan beberapa ayat lain yang bermakna persaudaraan, baik sesama keturunan, keluarga, agama, suku, ras, maupun kepada sesama umat lainnya.
Atas kesedaran itu, keinginan untuk bersama memikirkan masa depan negara dalam konteks perpaduan dan penyatuan hasrat, iltizam dan tindakan, menggerakkan semua kumpulan yang berpecah bergabung tenaga menyemarakan semangat penyatuan ini dengan membina dan menghidupkan ‘jambatan rundingan dan muafakat’ sebagai langkah yang tuntas dan berkesan agar krisis, konflik dan ketegangan dapat dibendung dan tidak menjadi letusan kemarahan atau perbalahan yang besar sehingga menjejaskan kestabilan politik dan politik kebencian.
Amat menyedihkan umat Islam di Malaysia semakin hari semakin terjerumus dalam perbalahan-perbalahan yang seperti tiada penghujungnya. Perbalahan dan perbezaan ini pula dikuatkan oleh pempengaruh dan pembesar-pembesar suara media sosial.
Dua perbalahan major yang wujud di kalangan umat Islam dalam negara hari ini ialah perbezaan pegangan antara manhaj, dan perbezaan pegangan politik. Kedua-dua perbezaan pegangan dan pendapat ini telah menyebabkan kekeliruan, kebingungan dan perpecahan dalam masyarakat, apabila mendominasi perbincangan di arena media sosial.
Kekeliruan dan kebingungan adalah ujian yang sangat berat untuk orang awam. Apabila seseorang itu bingung, maka kepercayaannya kepada agamawan dan pemimpin Islam akan menipis, lalu menyebabkannya untuk terus hilang minat terhadap agama Islam untuk perbaiki diri.
Kebingungan juga mungkin menyebabkan seseorang itu lebih mudah terdedah dengan ajaran-ajaran yang terus terkeluar daripada landasan agama. Perlu ingat dengan adanya media sosial, ajaran sesat lebih mudah untuk diakses oleh masyarakat awam, dan mereka ini ibarat mulut buaya yang sentiasa menunggu mangsa seterusnya.
Dalam konteks politik pula, umum mengetahui bahawa setiap umat Islam mempunyai hak tersendiri, untuk menyokong mana-mana parti yang ada dalam negara. Perbezaan politik itu adalah sesuatu yang tidak akan lenyap dalam mana-mana negara demokratik, kerana ia sememangnya sifat asal sebuah demokrasi.
Namun perbezaan pegangan politik hari ini seperti telah meresap ke dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia. Kita boleh lihat bahawa pandangan masyarakat hari ini adalah melalui lensa ideologi politik dahulu, sebelum beralih dan fokus kepada isu yang sebenar.
Para agamawan dan pemimpin Islam memegang tanggungjawab besar dalam membimbing masyarakat Islam. Apabila ulama, agamawan dan pemimpin berselisih, ia sudah tentu akan mempengaruhi jemaah atau pengikut yang bersama.
Perbezaan harus dijadikan sebagai kelebihan berbanding kelemahan, manakala sebarang persamaan harus digunakan sebagai sumber kekuatan. Sesungguhnya kemuliaan umat Islam, jatuh bangun sesebuah masyarakat, bangsa atau negara terletak pada perpaduannya.
Kita perlu menghulurkan tangan untuk membuka lembaran baru persaudaraan tersebut, malah turut berdoa agar kemelut yang melanda orang Melayu-Islam ini akan berakhir suatu hari nanti. Dasar umat Islam adalah jelas, jalan menyelamatkan semua pihak yang dilihat bersengketa masih boleh diselesaikan, sebagaimana Allah SWT mengingatkan kita: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). Surah Al-Qasas: 56
Lembaran baharu ini adalah berasaskan adab dan akhlak yang harus diperbaiki oleh mana-mana pihak yang berpengaruh. Marilah kita mulakan dengan bersama-sama meninggalkan tahdzir atau cela-mencela sesama muslim. Perbezaan pegangan dan pendapat tidak semestinya disuarakan menerusi kutukan, celaan dan kata-kata yang tidak baik. Ia hanya akan membawa kepada reaksi yang lebih buruk.
Persaudaraan Islam merupakan idea sosial yang teragung. Sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh merosakkan nilai murni itu dianggap merosakkan agama. Umat Islam umpama satu jasad atau satu bangunan saling memelihara dan mengukuhkan antara satu sama lain.
Oleh yang demikian, perbuatan memecah belah dan permusuhan adalah haram dan patut dihindarkan sekiranya kita benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Justeru, Allah SWT mengingatkan umat Islam supaya menggunakan fikiran yang waras, meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi kepentingan puak, diri dan hawa nafsu sendiri.
Menyatukan ummah dan mengelak perpecahan merupakan tugas-tugas kemasyarakatan (muamalat) yang mempunyai kedudukan penting, sehingga dihargai lebih tinggi daripada ibadah-ibadah ritual. Nabi SAW menegaskan menerusi sabda baginda yang bermaksud: Perumpamaan kaum mukmin dalam hal jalinan kasih sayang, kecintaan dan kesetiakawanan, sama seperti satu tubuh, yang apabila salah satu anggotanya mengeluh kerana sakit, maka seluruh anggota lainnya menunjukkan simpatinya dengan berjaga semalaman dan menanggung panas kerana demam.
Hanya 'tali Allah' sahaja yang dapat memberi pegangan yang kukuh kepada semua orang dan dengan nikmat itu mereka dapat hidup sebagai saudara. Tiada yang dapat menyatukan hati melainkan persaudaraan yang menjurus semata-mata kerana Allah, iaitu persaudaraan yang membuang segala macam dendam kesumat, sikap mementingkan diri serta kelompok sendiri sahaja.
Peri pentingnya kesatuan ummah itu dapat diselaraskan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya.” (Ali-Imran: 103)
Nikmat yang dimaksudkan menerusi ayat tersebut ialah Islam – yang menyebut Islam itu sebagai nikmat (yang membuat manusia bersaudara) bukan ahli tafsir atau ulama, tetapi Allah SWT sendiri. Tidak ada yang menyatukan perbezaan di antara selain Islam dan tidak ada yang menciptakan persaudaraan, juga selain Islam. Ingatlah, bahawa Islam bukan hanya milik umat tertentu sahaja.
Justeru, tiada alasan bagi sesama umat Islam untuk berpecah belah kerana al-Quran mengajar kita agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain yang mungkin kebetulan berbeza dari segi fahaman. Kita seharusnya membetulkan fahaman yang salah atau meragukan itu dengan penuh hikmah dalam suasana persaudaraan. Itulah yang diajarkan atau disarankan oleh al-Quran.
Sikap tidak mahu bertolak ansur dengan mengatakan diri sendiri yang benar belaka sedangkan orang lain tidak betul merupakan antara sifat yang akan melonggarkan ukhuwah sesama ummah. Inilah yang disebut di dalam al-Quran sebagai tanda-tanda musyrik kerana ‘memutlakkan’ pendapatnya sendiri dan tidak menghiraukan pendapat orang lain.
Justeru kita mengakui al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup, seharusnya kita berusaha mencipta kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam dan mencipta perdamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan. Amat malang apabila seseorang yang telah dianugerah Islam serta menjadi pengikut Nabi SAW yang pengasih dan penyayang sentiasa berada di jalan perpecahan.
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”
(A-li'Imran 3:103)
Apakah nikmat lain yang paling besar daripada persaudaraan sesudah permusuhan? Itulah nikmat yang paling besar dan amat mahal harganya daripada emas dan perak. Justeru, hikmat persaudaraan adalah nikmat dalam dapat dirasakan oleh jiwa yang tulus dan suci, semata-mata mengharap keredaan Allah SWT. Dengan persaudaraan, yang berat dapat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.
Pemimpin dan agamawan harus menjadi barisan hadapan dalam usaha ini, termasuk diri saya. Kita gantikan budaya toksik dengan kata-kata baik dalam berkomunikasi, sama ada di pentas ceramah dan juga di media sosial. Kita ‘satukan kepelbagaian, elakkan perpecahan’ dengan wawasan baharu dan iktikad yang jelas. Kita berkongsi secara saksama bukan hanya atas nama ‘kebersamaan’ yang bertunjangkan “apa yang ada pada saya adalah milik saya dan apa yang ada pada anda [orang lain] adalah milik saya juga”. Memang tidak dinafikan, tidak mungkin untuk manusia berpendapat dan berfikiran sama, tetapi untuk bersatu pasti tiada halangan, asalkan semua pihak bersikap jujur pada diri sendiri dan menghormati orang lain.
Kita adalah umat yang 'satu' tanpa mengira batas, negeri, bangsa atau warna kulit. Apabila seseorang itu telah membuat pengakuan dan bersyahadah serta meyakini dan menerima ajaran agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW maka dia dianggap sebagai orang Islam yang beriman. Dia juga dikenali sebagai ahli al-Qiblah iaitu mereka yang bersyahadah, bersembahyang menghadap kiblat yang satu dan membaca al-Quran yang satu.
Kalau para Rasul terdahulu mengumpul ummah agar menjadi satu bangsa, kehadiran Muhammad SAW pula adalah mengumpulkan bangsa-bangsa tersebut menjadi satu ikatan yang kuat dan kukuh tanpa adanya perbezaan suku dan warna kulit. Kita semua adalah sama iaitu satu persaudaraan seagama. Kerana Islam mengajar bahawa salah satu perilaku akhlak mulia ialah kesediaan seseorang itu untuk menyambung persaudaraan yang telah putus sesama kita.
Perpaduan adalah satu-satunya benteng kekuatan yang masih ada untuk mempertahankan maruah dan nasib umat Islam di dunia ini kerana kekuatan-kekuatan yang lain seperti kekuatan ilmu pengetahuan, kekuatan ketenteraan, ekonomi, politik dan lain-lain sudah roboh dan runtuh.
Kekuatan ukhwah Islamiah dan perpaduan inilah yang masih tinggal yang perlu dipertahankan oleh seluruh umat Islam. Sekiranya ikatan ukhwah Islamiah dan kekuatan perpaduan ini turut roboh maka tunggulah kehancuran dan malapetaka yang akan menimpa umat Islam.
Pemimpin Islam sepatutnya menjadi tauladan kepada pengikutnya, dan tauladan yang paling baik adalah dengan menerapkan penggunaan bahasa yang tidak mencela pihak lain. Di sini juga kita mengharapkan para pemimpin dan agamawan Islam yang berpengaruh untuk sama-sama kita mulakan satu budaya perbincangan yang sihat apabila timbulnya perbezaan pendapat. Perbincangan ilmiah seperti ini boleh dilakukan secara tertutup atau dalam bentuk forum, dengan niat untuk memahami dan bukan hanya untuk menang di mata awam.
Sebagai pemimpin Islam, kita perlu ada rasa kasihan kepada masyarakat awam yang akan bingung dengan perbalahan, apabila perbalahan itu berlaku di media sosial. Justeru sebaiknya diskusi untuk mencari persefahaman adalah jalan yang lebih baik, dan memberi contoh kepada masyarakat bahawa perselisihan pendapat boleh diatasi dengan kata-kata yang baik.
Peringatan daripada Allah itu amatlah wajar dijadikan renungan setiap umat Islam, termasuk dalam kalangan yang berkepentingan dan berasa angkuh dengan kekuatan sendiri. Ini kerana, kehidupan kita di Malaysia adalah kehidupan yang diasaskan secara bermasyarakat. Ini bermakna, tidak ada satu kumpulan pun yang boleh mendabik dada mengaku secara sombongnya bahawa kekuatan diri dan kumpulannya sahajalah yang mampu bertahan, tanpa memerlukan bantuan orang lain.
Peringatan itu memberikan kita teladan untuk mengenali dan menyedari kedudukan dan kekuatan kita sebenarnya. Masa inilah kita harus berusaha untuk memperbetulkan kesilapan, kerana mereka yang kenal dirinya akan berusaha menerima seruan Allah dan Rasul-Nya demi kemajuan dan kerukunan hidup.
Amat malang sekali kerana perbezaan fahaman politik peluang kemasan yang terbuka untuk mengukuhkan perpaduan dan kekuatan ummah ditolak begitu sahaja. Kerana sikap kita sendiri yang tidak berharmoni bertimbang rasa ,malah dipenuhi dendam kesumat yang tak kunjung padam. Ini sangatlah bertentangan dengan ajaran Islam dan sifat (rahmat) dan rahim, rahman Allah dan RasulNya sebagai mana firmanNya bermaksud: "Tuhan kamu telah mewajibkan atasNya rahmat (Al-Quran Surah Al-An’am ayat 12) dan dalam satu firman-Nya yang lain yang bermaksud Dan tiada Aku utuskan kamu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk alam semasta." (Al-Quran surah Al-Anbia ayat 107).
Jangan akhirnya rahmat Tuhan pun akan kian menjauh dari haribaan kita. Dalam masa yang sama, kita sentiasa berdoa dan memohon Allah memberikan kita kebaikan kemajuan. Kita amat menginginkan kesejahteraan dan kekuatan, tetapi apabila Allah membuka peluang, tanpa kita sedar, kita sendiri telah menolaknya.
