MAHMUD SYALTUT PEMIKIR ISLAM MODEN

MAHMUD SYALTUT PEMIKIR ISLAM MODEN

Ulama dan pemikir Islam terkemuka dan berkaliber di peringkat antarabangsa daripada Universiti Al-Azhar, Cairo, adalah Mahmud Syaltut. Beliau lahir di desa Maniyah Bani Mansur pada 23 April 1983. Mahmud Syaltut meyakini dan berijtihad secara konsisten dan terbuka serta memperjuangkan cita-cita pembaharuan Islam termasuk usaha-usaha pembangunan Universiti al-Azhar.

Sewaktu masih kecil lagi, Mahmud Syaltut telah menunjukkan minat untuk mendalami ilmu al-Quran. Beliau berjaya menghafaz al-Quran ketika berusia 13 tahun dan pada usia 25 tahun, beliau sudah tamat pengajian di universiti tersebut serta muncul pelajar terbaik dalam bidang ilmu keislaman. Beliau juga banyak menghasilkan karya dalam bidang syariat, tafsir, hadis, dan bahasa Arab.

Pada tahun 1927, beliau telah dilantik menjadi tenaga pengajar pakar (takahssus) di Al-Azhar. Syeikh Mustafa Al-Maraghi, adalah rektor Universiti Al-Azhar pada masa itu. Mahmud Syaltut, banyak menulis risalah yang mendukung program-program al-Maraghi dalam memajukan universiti itu. Pada tahun 1937, beliau telah mewakili al-Azhar dalam Kongres Antarabangsa mengenai perundangan di The Hague, Belanda. Pembabitan Mahmud Syaltut dalam kongres berkenaan, mencambahkan satu senario terbaik – kongres bersetuju dan membuat kesimpulan bahawa syariat Islam adalah hukum yang boleh berdiri sendiri serta layak dijadikan sumber perundangan sepanjang zaman.

Oleh kerana bakat dan kesungguhan Mahmud dalam bidang keislaman, ulama-ulama besar di Mesir telah melantiknya untuk menganggotai Majlis Ulama Besar (Hai’ah Kibar al-Ulama). Karier Mahmud Syaltut terus berkembang luas, apabila beliau sekali lagi mendapat kepercayaan orang ramai memegang jawatan sebagai rektor ke-41 Universiti al-Azhar pada tahun 1958.

Dan pada tahun 1961, Mahmud Syaltut telah mengeluarkan undang-undang berkaitan pembaharuan di al-Azhar. Undang-undang tersebut dikenali sebagai undang-undang Nombor 103 berkaitan cadangan menubuhkan fakulti-fakulti baru dalam bidang pertanian, kedoktoran dan bidang teknik.

Sebagai ulama dan pemikir Islam yang berpandangan terbuka, Mahmud Syaltut menyeru orang ramai untuk bebas daripada kejumudan fikiran dan fanatisme mazhab yang boleh membawa perpecahan di kalangan umat. Beliau lantang menyelar pendapat yang menyatakan bahawa pintu ijtihad sudah tertutup. Mahmud Syaltut  menekankan agar umat Islam terutama golongan ulama, bersedia melakukan ijtihad berdasarkan al-Quran. Beliau berpendapat, keragaman penafsiran di kalangan umat Islam adalah sesuatu yang wajar. Hal ini kerana banyak ayat al-Quran yang dinyatakan oleh Allah tentang pintu ijtihad selalu terbuka.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040859
Hari ini: 39
Minggu Ini: 296
Bulan Ini: 5,141
Tahun Ini: 40,859
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.