Salah satu sifat yang harus dimiliki setiap orang untuk dapat menegakkan kebenaran adalah sifat adil. Kata adil banyak disebut dalam al-Quran dengan pelbagai pengertian dan konteks, seperti seimbang (Q.82: 7), Benar (Q.2: 282) dan tebusan (Q.6: 70). Keadilan memang merupakan doktrin pusat dalam teologi Islam.
Dalam bahasa Arab, pengertian keadilan dibezakan menjadi dua istilah. Iaitu al-adl dan al-idl. Al-adl adalah keadilan yang ukurannya didasarkan pada gerak hati atau rasional, sementara al-idl adalah keadilan yang pada gerak hati atau rasional, sementara al-idl adalah keadilan yang dapat diukur secara jasmani, yang dapat dirasakan dengan pancaindera, seperti timbangan atau hitungan.
Prinsip keadilan perlu diterapkan dalam semua aspek kehidupan termasuklah dalam urusan perbankan. Islam memerintahkan manusia untuk bersikap adil dan perlakukan adil wajib ditegakkan terhadap sesiapa sahaja (Q. 42: 15).
KEWAJIPAN AGAMA
Berbuat atau sikap adil merupakan salah satu perintah wajib dalam agama Islam. Allah s.w.t dalam salah satu firman-Nya menyatakan hal tersebut secara tegas: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan. (Q.16: 90). Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Iman Ahmad bin Hanbal. Rasulullah saw bersabda ;Ilmu itu ada tiga antaranya ialah kewajipan berlaku adil dalam membahagi.
ADIL SEBAGAI SYARAT
Dalam banyak aspek kehidupan beragama, sifat adil seringkali ditetapkan sebagai mutlak dalam sesuatu perkara. Tanpa sifat tersebut, maka perkara itu menjadi batal. Misalnya, seorang perawi hadis haruslah adil, dalam erti berpegang pada kebenaran dan kejujuran. Jika perawi tidak adil, maka hadisnya dianggap tidak sahih. Sifat adil juga menjadi syarat mutlak yang harus dimiliki oleh seorang hakim, pemerintah dan saksi dalam sesuatu perkara. Dalam menjalankan tugas, hakim dituntut untuk bersikap adil.
SUNNATULLAH
Dalam al-Quran, keadilan disebut sebagai bahagian daripada hukum alam semesta, iaitu hukum keseimbangan (al-mizan), yang menjadi hukum alam atau sunatullah. Kerana merupakan sunnatullah, maka menegakkan keadilan merupakan suatu kemestian yang mutlak.
Apabila keadilan dilaksanakan, maka akan tercipta kebaikan; sebaliknya apabila tidak dilaksanakan, maka akan timbul malapetaka.
TAKWA
Al-Quran menjelaskan bahawa bersikap adil itu adalah tidak memilih bulu. Kepada golongan yang kita benci pun kita harus tetap adil. Menerapkan sikap adil dalam keadaan demikian akan mendelkatan kita kepada takwa, seperti firman Allah s.w.t: Dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kamu itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua), kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. (Q.5: 8)
ZALIM
Berlaku adil berkait rapat dengan hak dan kewajipan. Hak yang dimiliki oleh seseorang, termasuk hak asasi harus diperlakukan dengan adil dan tidak boleh dengan zalim semena-mena. Zalim iaitu sifat sewenang- wenang dalam suatu perkara, merupakan kebalikan daripada sifat adil. Orang yang berbuat zalim diancam dengan siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti, kerana berbuat zalim termasuk salah satu dosa besar.
