SIR SAYID AHMAD KHAN TOKOH PEMBAHARUAN ISLAM INDIA

SIR SAYID AHMAD KHAN TOKOH PEMBAHARUAN ISLAM INDIA

Sir Sayid Ahmad Khan merupakan seorang tokoh pembaharuan Islam di India yang lahir di Delhi pada 1817. Pada tahun 1857, Sir Sayid Ahamd Khan memperoleh gelaran ‘Sir’ daripada Inggeris yang ketika itu memerintah India. Biarpun ketika itu era pemerintahan Inggeris dilihat sebagai kolonial, Ahmad Khan membawa paradigma besar dengan menganjurkan umat Islam boleh bekerjasama dengan pemerintah Inggeris selagi mereka tidak mengganggu amalan beragama, menjamin agama, menjamin keamanan serta perdamaian dan bersifat adil terhadap umat Islam.

Ahmad Khan terkenal sebagai seorang penulis yang berusaha menyelaraskan ajaran Islam dengan perkembangan zaman. Antara karyanya yang terkenal ialah Asar as-Sanadid pada tahun 1857 tentang bidang arkeologi di Delhi dan biografi Nabi Muhammad s.a.w. Biografi bertajuk Essays on the Life of Muhammad pada 1870-an itu telah diterjemahkan oleh anaknya. Beliau juga telah berhasil menulis sebuah buku tafsir berjudul Tafsir al-Quran sebanyak 6 jilid dan Tabyin al-Kalam tentang kitab Injil. Karyanya Asbab Baghwati-i Hind (1858) banyak mempengaruhi orang ramai sehingga menyebabkan berlakunya revolusi.

Salasilah Ahmad Khan sedikit istimewa kerana dikatakan mempunyai pertalian dengan Nabi Muhammad s.a.w melaui keturunan Fatimah az-Zahrah dan Ali bin Abu Talib. Nenek moyangnya menetap di Afghanistan dan kemudian berpindah ke India pada abad ke-17 sewaktu pemerintahan Dinasti Moghul.

Sepanjang hayatnya, Ahmad Khan banyak menumpukan perhatiannya terhadap isu pendidikan. Beliau berependapat, umat Islam di India ketinggalan disebabkan oleh kekurangan pendidikan dan hanya boleh berubah menerusi bidang ilmu. Justeru, Ahmad Khan telah membina sebuah sekolah di Muradabad dan Ghazipur. Sumbangan berharga dalam bidang pendidikan ini terserlah apabila beliau berjaya menubuhkan Lembaga Penterjemahan Ilmu Moden ke bahasa Urdu atau Scientific Society (1864).

Bersandarkan pengalamannya bekerja dengan pihak Inggeris, Ahmad Khan telah mendirikan Muhammadan Anglo-Oriental College yang akhirnya menjadi sebuah universiti dengan nama Universiti Aligarh (1878). Demi mengubah pemikiran umat Islam di India supaya cenderung terhadap bidang pendidikan, beliau telah menubuhkan All-India Muhammadan Educational Conference. Sir Sayid Ahmad Khan meninggal dunia pada tahun 1898.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040881
Hari ini: 61
Minggu Ini: 318
Bulan Ini: 5,163
Tahun Ini: 40,881
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.