AS-SAYUTI BERJASA DALAM PENYALINAN KITAB LAMA

AS-SAYUTI BERJASA DALAM PENYALINAN KITAB LAMA

Abu Al-Fadi Abdur Rahman bin Abu Bakar bin Muhammad Jalaluddin As-Sayuti atau lebih dikenali dengan nama As-Sayuti adalah seorang ulama besar dan penulis yang aktif dalam pelbagai bidang disiplin. Beliau berasal daripada keturunan Parsi pada zaman Dinasti Mamluk pada abad ke-15. Beliau lahir dari kalangan keluarga yang terhormat kerana ayahnya adalah seorang guru fikih di salah satu madrasah di Cairo.

As-Sayuti memulakan pendidikan al-Qurannya dan pendidikan agama sewaktu berusia enam tahun sekitar tahun 855 Hijrah. Beliau menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun 864 Hijrah dan mengambil peluang untuk mempelajari pelbagai cabang ilmu daripada guru-guru yang terkenal. Di atas kecemerlangan beliau dalam pelajaran, As-Sayuti telah dilantik menjadi seorang ustaz di Sekolah Asy-Syaukiniyah melalui cadangan gurunya, al-Buqani. Beliau mengabdikan diri di sekolah berkenaan selama hampir 12 tahun.

As-Sayuti kemudiannya berpindah di madrasah al-Baybarsiyah pada tahun 846 Hijrah dan meninggal di Pulai Raudah berhampiran Sungai Nil pada tahun 906 Hijrah. As-Sayuti giat menulis buku-buku agama dalam pelbagai cabang ilmu. Ia bermula sejak beliau berusia 17 tahun lagi. Para sejarawan mencatatkan, jumlah buku karangan As-Sayuti ialah sebanyak 571 buah dan sangat berjasa dalam menyalin semula kitab-kitab lama yang telah hilang.

Antara karangan terkenal beliau yang dianggap penting dalam bidang tafsir dan ilmu tafsir adalah kitab Tarjuman al-Quran fi tafsir al-Musnad, iaitu kumpulan hadis yang berhubung dengan pentafsiran ayat-ayat al-Quran, ad-Durr al-Mansur fi tafsir bi al-Masur (Mutiara yang bertebaran dalam Penafsiran Al-Quran berdasarkan Al-Quran dan Hadis). Sementara itu kitab yang ditulis oleh gurunya Jalaluddin al-Mahalli yang bertajuk Majma wa Matla al-Bardain yang memaparkan segala permasalahan furuk dalam Al-Quran telah diperluaskan oleh As-Sayuti. Sementara itu dalam bidang hadis, kitab terkenalnya ialah Jami’ al-Masanid.

Dalam bidang bahasa dan sastera Arab, As-sayuti juga menulis beberapa buah buku antaranya Al-Mazhar fi Ulum al-Lughah dan Al-Asybah wa an Nazair fi an-Nahw. Beliau juga secara jelas menggambarkan dan memberi penjelasan kandungan Al-Qawaid al-Khamsah yang berlaku dalam mazhab Syafie.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040872
Hari ini: 52
Minggu Ini: 309
Bulan Ini: 5,154
Tahun Ini: 40,872
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.