IBNU QUDAMAH AHLI MAZHAB HANBALI

IBNU QUDAMAH AHLI MAZHAB HANBALI

Muwaffahquddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah adalah seorang ulama besar yang terkenal dengan aliran mazhab Hanbali. Beliau lahir di Damascus pada bulan Sya’ban tahun 541 di Jeruselam dan wafat pada 6 Jamadilakhir di Damascus. Para sejarawan berpendapat, ulama yang juga dikenali sebagai Ibnu Qudamah ini adalah dari jalur keturunan Umar bin Khattab. Semasa peperangan Salib berlaku, Ibnu Qudamah dan keluarganya terpaksa mengasingkan diri ke Jeruselam pada tahun 551 Hijrah dan bermukim di sana selama dua tahun. Beliau kemudiannya berpindah ke Jabal Qasiyun, sebuah perkampunga di Lebanon. Di sini beliau mula giat mempelajari Al-Quran daripada ayahnya sendiri dan beberapa syiekh yang lain.

Sewaktu berusia 20 tahun , Ibnu Qudamah mula mengembara untuk menimba ilmu secara khusus dalam bidang fiqih. Bertemankan seorang bapa saudara, beliau telah pergi ke Iraq untuk belajar dengan Syiekh Abdul Kadir al-Jalani selama empat tahun. Selepas itu, beliau kembali meneruskan pengajian di Damascus. Ibnu Qudamah kemudiannya berguru denga Syeikh al-Mubarak bin Ali bin Husain bin Abdillah bin Muhammad at-Tabbakh al-Baghdadi, seorang ulama besar dalam mazhab Hanbali di Mekah dalam bidang usul fiqih dan fiqih. Beliau kembali ke Baghdad selepas itu untuk berguru dengan Ibnu Manni juga dalam bidang yang sama.

Ibnu Qudamah kembali ke Damascus untuk mencurahkan ilmu yang diperolehinya melalui menulis buku–buku dan mengajarkannya kepada beberapa anak muridnya. Antara anak-anak muridnya yang agak menonjol ialah dua orang anak saudaranya iaitu Abu al-Fajr Abdurrahman bin Muhammad bin Qudamah (ketua Mahkamah Agung Damascus) dan al-Imad Ibrahim bin Abdul Wahid bin Ali bin Surur al-Maqdisi ad-Dimasyqi.

Beliau seorang yang amat tegas dan lantang berpidato ketika era peperangan Salib dengan membakar semangat orang-orang Islam. Oleh hal yang demikian itu, Ibnu Qudamah dikenali sebagai ulama besar yang mampu menguasai pelbagai cabang ilmu. Ibnu Manni, guru Ibnu Qudamah sendiri mengakui kecerdasan Ibnu Qudamah. Beliau pernah berkata, “Tinggallah kamu di Iraq. Jika engkau berangkat tidak akan ada lagi yang sebanding dengan engkau di Iraq.” Hal ini diakui oleh Ibnu Tamiyah.

Antara karya terkenal Ibnu Qudamah yang menjadi standard dalam Mazhab Hanbali, menurut penelitian Abdul Aziz Abdurrahman as-Sidiq, seorang tokoh fiqh Arab Saudi dalam bukunya Ibnu Qudamah wa Asaruh al-Usuliyah (Ibnu Qudamah dan Pengaruh Usulnya) berkata, karya Ibnu Qudamah kesemuanya berjumlah 31 buah dalam ukuran dan kecil. Karya-karya besar beliau antaranya al-Mugni (10 jilid: permasalahan fikih daripada aspek ibadah, muamalat, sehingga kepada masalah perang.

Karya ini diulang cetak beberapa kali, al-Kafi (3 jilid besar- ringkasan bab fikih), Al-Umdah fi al-Fiqh (kitab fikih kecil), Raudah an-Nazir fi Usul al-Fiqh (membahaskan persoalan fikih dan merupakan kitab usul tertua dalam Mazhab Hanbali), Mukhtasar fi Garib al-Hadis (kitab yang membicarakan hadis-hadis Garib), dan beberapa karya-karya besar yang lain. Kitab al-Mugni dan Raudah an-Nazir telah dijadikan rujukan oleh para ulama kerana Ibnu Qudamah jelas terikat dengan teks ayat atau hadis yang bersesuaian dengan mazhab Hanabli.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040873
Hari ini: 53
Minggu Ini: 310
Bulan Ini: 5,155
Tahun Ini: 40,873
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.