Salah seorang sahabat Nabi s.a.w yang terkenal dalam bidang keilmuan dan amal. Beliau adalah anak kepada Umar al-Khattab dan beliau adalah ipar kepada Rasulullah s.a.w kerana saudara kandungnya, Hafsah binti Umar diperisterikan oleh Baginda s.a.w. Abdullah bin Umar bin Al-Khattab telah belajar secara mendalam tentang intipati ajaran-ajaran Islam. Situasi perkembangan Islam di Madinah yang rancak, memberikan inspirasi kepada beliau untuk mendengar, mencatat segala perkara tentang Rasulullah s.a.w. Beliau adalah perintis kepada bidang ilmu hadis selepas Abu Hurairah r.a.
Abdullah bin Umar bin Al-Khattab, telah meriwayatkan hadis sebanyak 2630 yang diterima daripada Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda seperti Umar (ayahnya), Zaid (bapa saudaranya), Saidina Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi. Beliau mencatatkan hadis-hadis tersebut dalam tempoh yang lama dan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, beliau turut memberikan fatwa terhadap bebrapa permasalahan ummah pada ketika itu. Oleh kerana kesungguhan beliau dalam ilmu hadis, beliau dikatakan sebagai perintis kepada golongan Sunni bersama Abdullah bin Abbas.
Selama 60 tahun setelah kewafatan Nabi s.a.w wafat, ia memberi fatwa dan meriwayatkan hadis, menghafal semua hadis yang didengarnya dari Nabi s.a.w dan bertanya kepada orang-orang yang menghadiri majlis Nabi s.a.w perihal tutur dan perbuatannya. Dengan begitu, ia dan Abdullah bin Abbas sering kali dipandang sebagai pemula bagi golongan yang kemudian disebut golongan “Suni”.
Beliau pernah berdepan dengan fitnah semasa di era Khulafa Ar-Rasyidin. Namun begitu, beliau sebenarnya mengambil jalan tengah dengan tidak berpihak kepada mana-mana pihak, bersifat sederhana dan toleransi dalam berpolitik.
Hal ini terbukti semasa pergolakan dalam pemerintahan Bani Umayyah. Beliau bersetuju mengikut pandangan majoriti supaya menyatakan taat setia kepada Khalifah Yazid demi keamanan negara. Oleh hal yang demikian, prinsip Abdullah bin Umar bi Al-Khattab itu amat disegani oleh para khalifah Bani Umayyah seperti Abdul Malik bin Marwan.
Kerana sikap politiknya, khalifah Bani Umayyah dan yang lainnya, yakni khalifah Abdul Malik bin Marwan, menunjukkan rasa hormat terhadapnya dan menghargai kegiatan kajian-kajian keagamaannya selaku tokoh terpelajar dan disegani di Madinah. Orang lain juga menghormati dan menyeganinya kerana ia terkenal sebagai orang yang berusaha sebaik mungkin meneladani segala gerak dan perilaku Nabi s.a.w.
