ABDUL QADIR JAILANI PENGASAS TAREKAT KADIRIAH

ABDUL QADIR JAILANI PENGASAS TAREKAT KADIRIAH

Seorang ulama yang terkenal dalam bidang usul Fiqh dalam mazhab Hanbali ialah Abdul Qadir Jalani. Ulama ini juga dikenali sebagai pengasas kepada tarekat Kadiriah. Nama sebenarnya ialah Muhiddin Abu Muhammad Abdul Qadir bin Abi salih Zangi Dost Al-Jailani. Namun begitu, terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa Abdul Qadir  Jailani termasuk dalam jalur keturunan Rasulullah s.a.w.

Syeikh Abdul Qadir Jailani dididik dengan penuh nilai kesufian iaitu ibunya, Fatimah binti Abdullah as-Sumai’I, adalah seorang wali. Sejak dari kecil lagi, beliau amat berbeza dengan kanak-kanak yang lain kerana amat suka belajar dan mengaji biar pun ketika itu umurnya baru mencecah 10 tahun. Semangat keilmuan dalam diri beliau amat tinggi. Sewaktu berusia 18 tahun, beliau telah ke Baghdad untuk menuntut ilmu kerana tidak dapat belajar di Madrasah Nizamiyah yang diketuai oleh seorang ulama sufi, Ahmad al-Ghazali. Beliau belajar fikih Mazhab Hanbali dari Abu Sa’d Mubarak al-Mukharrimi sehingga ditauliahkan.

Pada tahun 521 Hijrah, Abdul qadir Jailani telah mengajar mazhab berkenaan dan mendapat ijazah daripada gurunya itu. Pada tahun 528 Hijrah, beliau telah membina sebuah madrasah di Baghdad yang dijadikan tempat tinggal bersama keluarga dan tempat untuk mengajar anak-anak muridnya. Madrasah ini juga dikenali sebagai ribat iaitu tempat untuk melakukan suluk dan latihan bagi para sufi.

Antara karya terkenal Abdul Qadir Jailani ialah tasawuf yang berkisar tentang ajaran agama dan al-Gunya li Taribi Tariq al-Haqq (Bekal yang cukup bagi Pencari jalan Sebenar) diterbitkan di Kaherah pada tahun 1288 Masihi. Kitab-kitab lain yang terbit di Kaherah ialah al-Fath al-Rabbani dan Sittin Majalis (Kitab Enam Puluh Majlis) pada tahun 1302 Masihi. Sementara itu, kitab yang membicarakan tentang alam ghaib iaitu futuh al-Ghaibi mengandungi 78 khutbah dalam pelbagai masalah yang telah dikumpulkan oleh anaknya Abdur Razak dan terbit pada tahun 1304 Masihi.

Abdul Qadir amat berpegang teguh kepada kebenaran dan prinsip perjuangan. Beliau tidak berasa takut untuk menegur dan memberi nasihat kepada para penguasa termasuk khalifah sendiri. Dalam suatu peristiwa, beliau pernah menegur Khalifah al-Muktafi kerana tidak bersetuju dengan pelantikan seorang hakim. Keperibadian Abdul Qadir Jailani cukup dikenali dan disanjung oleh banyak pihak. Ibnu Arabi misalnya, menganggap Abdul Qadir Jailani sebagai seorang wali qutub (pemimpin para wali) pada zamannya. Sementara itu, Abu Hassan an-Nadwi, seorang   ahli sejarah menyatakan, Abdul Qadir Jailani telah menyaksikan apa yang telah menimpa umat Islam pada masanya. Abdul Qadir Jailani hidup di tengah-tengah mereka memberikan nasihat, bimbingan dan pendidikan untuk memperbaiki jiwa kaum muslimin.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040877
Hari ini: 57
Minggu Ini: 314
Bulan Ini: 5,159
Tahun Ini: 40,877
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.