Abdu Latif Al-Baghdadi adalah seorang doktor yang amat tersohor, berbangsa Arab yang berjaya menemui pelbagai karya dalam dunia kedoktoran. Disamping sebagai seorang pemikir dan pemerhati suasana kehidupan sosial dan fenomena alam. Selain itu, dia juga dikenali sebagai seorang pengembara, sejarawan, sasterawan, ahli nahu, dan pakar botani.
Nama sebenar beliau ialah Muwafiuddin Abdullathif bin Yusuf bin Ali bin Abu Said. Dia biasa dipanggil dengan Ibnul Lubad dan Al-Baghdadi.
Al-Baghdadi dilahirkan pada tahun 557 H/ 1162 M di Darbul Faludzaj, Baghdad (Ini berdasarkan keterangan bahawa keluarganya bermukim di Mosul).Pada awal masa remajanya dia berangkat menuju Mosul untuk melanjutkan pelajarannya. Kemudian dia menuju ke kota Damaskus. Kerana kepiawaiannya, dia diangkat oleh Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi mengisi pengajian di masjid besar yang terdapat di kota itu. Anak-anak shalahuddin juga melantiknyanya sebagai guru tetap di masjid tersebut serta menambah gaji bulanannya.
Pada tahun 586 H/ 1190 M dia berangkat menuju ke kota kaherah. Sewaktu berada di kota tersebut, pada waktu pagi dia mengajar ilmu-ilmu agama dan bahasa. Manakala di waktu siang dia mengajar ilmu kedoktoran. Pada ketika Al-Baghdadi berada di Mesir untuk kali kedua telah berlaku satu bencana kelaparan disebabkan sungai Nil yang tidak mengalami pasang surut. Peristiwa ini berlaku pada tahun 597 H/ 1201 M. Pada tahun yang sama bencana lain datang menyusul, iaitu bencana gempa bumi. Kedua peristiwa ini diabadikan oleh Al-Baghdadi di dalam bukunya Al-Ifadah Wa Al-Itibar.
Pada tahun 604 H/ 1207 M Al-Baghdadi pindah ke Palestina untuk mengajar di masjid Al-Aqsha. Setelah tugasnya berakhir, ia pulang ke Damaskus untuk mengajar di sekolah Al-Aziziah. Disinilah namanya menjadi popular dalam dunia kedoktoran dan muridnya semakin banyak. Setelah itu, dia menuju ke Halb (Aleppo), kemudian dia ke Armenia dan Turki.
Abdullatif Al-Baghdadi wafat di Baghdad pada tahun 629 H/ 1232 M dalam usia 69 tahun, dalam perjalanan menuju tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Empat puluh lima tahun dari usianya telah dia manfaatkan untuk melakukan penjelajahan ke berbagai negeri Arab dan Islam.
Pada masa kanak-kanak, Al-Baghdadi sudah mempelajari hadits, nahwu, bahasa dan ilmu kalam. Dia adalah seorang anak yang giat belajar dan gemar terhadap ilmu dan tidak suka menghabiskan waktunya hanya dengan bermain dan bersenda gurau. Dia belajar dengan Syaikh kamaluddin Al-Anbari dan muridnya, Al-Wasithi. Di kota Mosul, di belajar ilmu matematik dan fikih kepada Syaikh Al-Kamal bin Yunus. Kemudian di Mesir, dia menjalin hubungan baik dengan seorang filsuf Yahudi terkenal yang bernama Musa Ibnu Maimun dan juga dengan Abu Al Qasim Asy Syarii. Sedangkan ketika berada di kota Marukus, dia mengambil kesempatan untuk mempelajari buku-buku Yunani tentang kedoktoran dan filsafat.
Dalam ilmu Anatomi: Al-Baghdadi berhasil menyimpulkan bahawa tulang rahang bawah hanya terdiri dari satu tulang. Dengan demikian dia telah membantah pendapat Galenus dan para doktor yang sependapat dengannya. Al-Baghdadi berkata, semua ilmuwan telah berkesimpulan bahawa tulang rahang bawah terdiri dari dua tulang dengan persendian yang kuat di langit-langit mulut. Sedangkan yang kita saksikan dari bentuk organ tubuh, ia hanya mempunyai satu tulang dan tidak memiliki persendian.
Al-Baghdadi berhasilkan membedakan semua bahagian tempurung kepala secara detil, mulai dari bahagian terkecil hingga bahagian yang paling menonjol. Hasil karya Al-Baghdadi tentang bahagian tengkorak merupakan suatu bukti kuat akan adanya praktik operasi tempurung kepala pada masa Islam dan sekaligus membantah apa yang pernah dikatakan oleh para orintalis Barat bahawa para doktor Arab hanya menukil cara operasi tersebut di atas kertas tanpa terlibat secara langsung.
Ibnu Abu Ushaibiah di dalam Uyun Al-Anba mengatakan bahawa Al-baghdadi mempunyai karya tulisan dalam ilmu bahasa, fikih, sastera, tauhid, sejarah, pendidikn, kedoktoran, matematik, filsafat, mantiq dan politik. Diantara sebahagian karyanya adalah seperti berikut:
- Al Ifadah Wa Al-Itibar Fi Al-Umur Al-Musyahadah Wa Al-Hawadits Al-Muayinah BI Ardhi Misr.
- Ath Thib Min Al-Kitab Wa As-Sunnah
- Maqalah Fi Al-Hawas
- Maqalah Fi Badh Al-Masa il Ath Thabiyyah.
Sebagaimana dia juga memiliki pengetahuan yang penting tentang sebahagian peristiwa yang terjadi di Mesir dimana dalam dalam buku ini, Al-Baghdadi menulis tentang rakyat Mesir, keadaan tanahnya, sungai Nil, tumbuhannya, pertaniannya, haiwan-haiwan yang ada di dalamnya, berbagai macam peninggalan sejarahnya, pola hidup masyarakatnya, cara makan, tempat tinggal dan lain-lainnya. Dia menceritakan tentang dua peristiwa yang menimpa Mesir pada tahun 597 H (1201 M). Kedua peristiwa ini adalah kelaparan yang di akibatkan oleh kemarau dan gempa bumi. Selain itu, buku ini juga menbicarakan tentang catatan-catatan ilmu kedoktoran penting dari berbagai pemikiran Al-Baghdadi yang unggul itu.