Dari segi bahasa, haid bermakna “mengalir”. Dalam istilag fikah, haid ialah darah yang keluar dari Rahim wanita sihat selama beberapa waktu tertentu, bukan kerana bersalin ataupun penyakit dalam Rahim. Haid merupakan ketentuan Allah S.W.T. yang berlaku kepada wanita ketika meningkat dewasa. Dengan kata lain, haid merupakan salah satu tanda bahawa seorang wanita telah baligh dan dianggap telah cukup umur (mukallaf), sehinggalah segala tindakannya mempunyai akibat. Ada empat akibat apabila datangnya haid. Pertama, dengan haid seorang wanita dianggap telah baligh. Kedua, haid merupakan petanda bahawa wanita yang ditalak suaminya tidak hamil. Ketiga, haid menyebabkan wanita wajb mandi, setelah haidnya berenti keempat, wanita yang sedang haid tidak boleh melakukan hubungan jenis.
TEMPOH HAID
Para ulama berbeza pendapat tentang tempoh datangnya haid. Ulama Mazhab Hanafi berpebdapat bahawa had minimum tempoh haid ialah 3 hari dan had maksimumnya 10 hari. Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Aisyah: “Tempoh haid minimum bagi gadis atau wanita yang sudah berkahwin ialah tiga hari dan tempoh maksimumnya sepuluh hari” (H.R. al-Tabari dan Dar al-Qutni). Menurut ulama Mazhab Maliki, had maksimum tempoh haid ialah 15 hari. Ulama Mazhab Syafi’e dan Hambali berpendapat bahawa had tempoh haid minimum adalah sehari semalam dan had maksimum ialah 15 hari. Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Saya melihat ada wanita yang datang haid hanya sehari da nada yang sampai lima belas hari” (H.R. Abu Daud).
ISTIHADAH
Istihadah ialah darah yang keluar dari pangkal Rahim wanita di luar pusingan biasa haidnya. Menurut majority ulama, had tempoh maksimum haid ialah 15 hari. Jadi, lebih daripada itu dinamakan darah istihadah. Cara bersuci dari istihadah cukup dengan berwuduk sahaja. Untuk mengerjakan solat, tawaf atau memasuki masjid, para wanita yang beristihadah dinasihatkan untuk menyumbat kemaluan mereka dengan kapas atau alat lain yang dapat menyerap darah.
LARANGAN
Ada beberapa perbuatan yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid.
Solat – sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Apabila datang haidmu, maka tinggalkanlah solat”. (H.R. Bukhari –Muslim)
Tawaf – sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Jika engkau haid, maka lakukanlah amalan haji, tetapi jangan engkau tawaf di Baitullah atau (Kaabah) hinggalah engkau suci: (H.R. Bukhari-Muslim).
Berpuasa – sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Dahulu pada zaman Rasulullah s.a.w. jika kami haid, diperintahkan untuk mengqada puasa, tetapi tidak diperintahkan mengqada solat” (H.R. Jamaah berdasarkan hadis daripada Aisyah).
Membaca al-Quran - sesuai dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Orang haid dan orang junub tidak boleh membaca al-Quran” (H.R. al-Tirmizi).
Memasuki masjid - sesuai dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w.: “Tidak saya halalkan masjid bagi wanita dalam haid dan orang junub” (H.R. Abu Daud).
Bersetubuh – (Q.2:222)
MELEWATKAN KEDATANGAN HAID
Dunia perubatan masa kini telah memperkenalkan ubat untuk menahan keluarnya haid supaya wanita dapat mengerjakan ibadat haji atau puasa dengan sempurna dan penuh, tanpa perlu mengqadanya. Sebahagian besar ulama membolehkan penggunaan ubat-ubatan (hormon) untuk melewatkan datangnya haid dengan syarat tundakan itu dari sudut perubatan tidak berbahaya kepada kesihatan. Mereka berpendapat bahawa penggunaan pil anti-haid adalah untuk tujuan kesempurnaan dan kekhusyukan wanita dalam mengerjakan ibadat haji dan puasa.
- Wanita sedang bersolat. Seorang wanita yang sedang haid dilarang mengerjakan solat, baik solat wajib mahupun solat sunat.
- Usia mula datangnya haid seseorang wanita adalah berbeza-beza. Namun ulama menetapkan bahawa usia minimum ialah 9 tahun, walaupun ada juga wanita yang sudah datang haid sebelum usia tersebut.
Para ulama menyatakan bahawa wanita yang sedang istihadah boleh mengerjakan solat, puasa, tawaf (haji), menyentuh dan membaca al-Quran serta memasuki masjid.
 
				 
		