BASRA: KHAZANAH AL-ARAB

BASRA: KHAZANAH AL-ARAB

Basra merupakan sebuah kota di Iraq Tenggara pernah menjadi salah satu pusat peradaban Islam. Pada awalnya Basra dijadikan markas tentera Islam pada masa pemerintahan Khalifah Umar Bin Khattab. Namun pada perkembangan selanjutnya, kota itu menjadi pusat ilmu pengetahuan, kebudayaan, dan perdagangan yang menjadi tumpuan ramai. Hal itu terus berlangsung sampai masa Dinasti Umayyah dan Abbasiyah.

Kota itu memiliki bahagian-bahagian pendidikan, baik umum mahupun agama, dari peringat rendah hingga peringkat tinggi. Basra juga menjadi tempat bertemunya kebudayaan Persia dan Arab. Dari tahun 1534m sampai 1918m, kota itu dikuasai oleh pemerintah Turki Usmani. Basra kemudian menjadi salah satu wilayah Iraq, sejak Negara itu merdeka pada tahun 1932. 

Pada tahun 16 H (636 M), setahun setelah Basra ditaklukkan oleh tentera Islam di bawah pimpinan Sa’d bin Abi Waqqas, kota itu dimajukan oleh Khalifah Umar bin Khattab. Umar melantik Utbah bin Gazwan sebagai arkitektur pembangunan kota itu.Utbah lalu memberi nama kota itu al-basrah (sejenis batu putih), diambil dari nama bahan yang digunakan untuk membangun kota tersebut. Lokasi pembangunan kota Basra sendiri ditentukan sendiri oleh Khalifah Umar, iaitu di daerah Kharibah yang berdekatan dengan kota pelabuhan Ubullah di Teluk Persia.

Penduduk Basra pada mulanya belum mengenal Islam secara baik. Kerana itu, ketika kota tersebut ditaklukkan oleh tentera Islam. Khalifah Umar bin Khattab mengirimkan ke sana ulama-ulama dari Madinah, antara lain Abu Musa al-Asy’ari. Seiring dengan proses pendidikan dan pengajian yang terus dilakukan, Basra lahir sebagai pusat pendidikan yang ramai dikunjungi oleh orang-orang yang ingin mempelajari berbagai ilmu pengetahuan.

Ketika ilmu pengetahuan dan peradaban Islam mencapai puncak kemajuan di Baghdad, Basra menjadi pusat kajian bahasa Arab, sastra dan sains yang penting. Basra dijadikan tempat berkumpulnya para pujangga Arab untuk menyelenggarakan berbagai macam diskusi, sehingga kota itu dikenal dengan sebutan Khazanah al-Arab. Di Basra juga ditemukan banyak perpustakaan besar, salah satunya yang terkenal adalah perpustakaan milik Adud ad-Daulah, seorang penguasaa Dinasti Buwaihi.

Kota Basra tercatat sebagai salah satu peradaban Islam yang penting. Dari kota ini lahir banyak ulama kenamaan seperti Amir al-Ula, Yunus bin Habib, Isa bin Amr, al-Khalil bin Ahmad bin Amr, al-Asma’i, dan Sibawaihi. Tokoh pemikir yang terkenal antara lain Hasan al-Basri dan Wasil bin Ata. Selain itu, kota Basra juga melahirkan sejumlah penyair terkenal seperti Farazdaq, Bisyar bin Bard, Muslim bin Wahid dan Abu Nuwas.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040876
Hari ini: 56
Minggu Ini: 313
Bulan Ini: 5,158
Tahun Ini: 40,876
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.