Usaha bersungguh-sungguh untuk menyingkapkan segala sesuatu secara mendalam sehingga orang yang melakukannya dapat menangkap inti masalah sesuatu tersebut dinamai falsafah. Falsafah berasal daripada dua kata Yunani philosophia. Philo bererti “cinta” dalam erti seluas-luasnya, dan Sophia bererti “kearifan”. Jadi falsafah bererti “cinta kepada kearifan”. Kata “kearifan” sendiri memiliki erti “mengetahui sesuatu secara mendalam”. Dalam makna aslinya, falsafah dalam cabang ilmu Islam disebut ulum al-hikmah atau secara singkat al-hikmah yang bererti ilmu kearifan. Pelaku falsafah disebut ahli falsafah yang diambil daripada kata Yunani philosophos, yang dalam bahasa Arab disebut juga al-hakim atau jamaknya al-hukama’.
HELLENISME
Sumber falsafah Islam adalah ajaran Islam sendiri tetapi dipengaruhi pemikiran Yunani atau Hellenisme. Keberatan ulama ortodoks, misalnya Ibnu Taimiyah (1263-1328), terhadap falsafah disebabkan adanya percampuran dengan unsur Yunani yang dianggap kafir. Masuknya unsur Yunani ke dalam falsafah Islam adalah kerana beberapa sebab. Pertama, penterjemahan teks ilmu dan falsafah Yunani ke dalam bahasa Arab banyak dibantu oleh pemikir orang Yhudi dan Kristian. Kedua, umat Islam berasa perlu belaja falsafah Yunani kerana orang Yhudi dan Kristian menentang dakwah Islam dengan menggunakan hujah falsafah Yunani. Ketiga, umat Islam banyak memperlajari ilmu kedoktoran dan ilmu alam yang tidak dapat lari daripada falsafah Yunani.
AKAL MENURUT AL-QURAN DAN HADIS
Sarana falsafah adalah akal. Dalam al-Quran ada perintah penggunaan akal. Setelah berbicara tentang proses turunnya hujan dan manfaatnya, al-Quran menyatakan dengan tegas, “Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahami-Nya” (Q.30:24). Anjuran ini diiringi kecaman terhadap pengabaian akal : “dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintah-Nya) (Q.10:100). Ilmu agama disebut naqli (al-‘ulum al-naqliyah), sedangkan falsafah disebut ilmu rasional (al-‘ulum al-‘aqliyah). Sebutan rasional menunjukkan sifat dasar falsafah, iaitu bersandar pada akal. Pada abad pertama dank e-2 H,Islam mengecap kebebasan intelektual dan banyak hadis yang mendukung akal. Ada hadis yang berbunyi, “Manusia berbuat baik kebaikan setingkat dengan akalnya.” Hadis lain menyebutkan, “Manusia meningkat darjatnya dengan memperoleh kedekatan dengan Tuhannya Yang Maha Mulia dan Maha Agung setingkat dengan akalnya.”
FALSAFAH DAN AGAMA
Falsafah berlandaskan akal, sementara agama bersumber dan berlandaskan wahyu. Kenyataan ini menimbulkan anggapan bahawa falsafah dan agama bertentangan. Ahli falsafah al-Kindi (801-873) menyatakan bahawa falsafah dan agama bertentangan kerana kedua-duanya menggunakan akal. Falsafah paling tinggi adalah falsafah yang membahas kebenaran pertama (al-haqq al-awwal). Yang dalam bahasa agama disebut Tuhan. Di pihak lain, Islam sangat menganjurkan umatnya untuk mempelajari masalah ketuhanan. Oleh itu, mempelajari falsafah juga dianjurkan oleh agama, paling tidak pun, tidak dilarang.
AHLI FALSAFAH TERSINGKIR
Abad ke-1 dan ke-2 H merupakan masa kaya kaum rasionalis atau liberal, namun kebelakangan ini kaum ortodoks berhasil membangun pandangan Islam bahawa hadis yang menjunjung tinggi akal adalah hadis lemah. Akibatnya, hadis itu tidak dimuatkan lagi ke dalam kitab hadis selepasnya. Kaum rasionalis atau ahli falsafah pada masa awal sejarah Islam perlahan-lahan disingkirkan. Kerasionalan Islam dibendung dan pemikiran keagamaan didominasi oleh pemikiran fikah. Sepanjang abad ke-7 hingga 10H, kalangan agamawan sepakat menyingkirkan falsafah daripada agama. Falsafah dinilai menyesatkan manusia dan menyalahi doktrin Islam. Kerana itu, ahli falsafah adalah musuh Allah S.W.T. dan rasul-Nya. Keputusan itu masih berpengaruh hingga ke hari ini. Dengan kata lain, dalam dunia Islam, falsafah telah kehilangan pencintanya, sejalan dengan tumbuhnya semangat taklid. Namun baru-baru ini apresiasi falsafah mulai tumbuh lagi.
SERANGAN AL-GHAZALI
AL-Ghazali (1058-1111) dinilai paling bertanggungjawab atas kemunduran tradisi falsafah Islam. Penilaian itu didasarkan pada serangannya terhadap falsafah dan ahli falsafah Islam, terutama al-Farabi dan Ibnu Sina, dua ahli falsafah Islam yang mewarisi tradisi falsafah Yunani, khususnya Aristotles. Ia menulis sanggahannya terhadap falsafah itu dalam Tahafut al-Falasifah (Kecelaruan Ahli Falsafah). Al-Ghazali menyerang 20 masalah pemikiran falsafah, antara lain bahawa alam tidak bermula; Tuhan hanya tahu yang universal (kulliyyat) tanpa tahu yang khusus (juz’iyyat); dan tidak ada kebangkitan jasmani yang menjadikan pada ahli falsafah kafir. Al-Ghazali menuduh para ahli falsafah menyimpang daripada agama kerana ketiga-tiga keyakinan ini. Di luar masalah metafizik, al-Ghazali menerima unsur falsafah lain, khususnya logic (silogisme Aritotles). Ini terlihat dalam karyanya seperti Mihakk al-Nazar, Mi’yar al-‘IIm dan Qistas al-Mustaqim.
JAWAPAN IBNU RUSHD
Serangan al-Ghazali terhadap ahli falsafah dijawab oleh Ibnu Rushd (1126-1197), ahli falsafah Islam kelahiran Cordova, yang menulis sanggahannya dalam karyanya Tahafut al-Tahafut (Kecelaruan dalam Kecelaruan). Beliau menjawab secara tuntas tuduhan al-Ghazali. Pembelaannya terhadap ahli falsafah bukan hanya jawapan atas serangan al-Ghazali, malah mengharmonikan falsafah dengan agama. Usaha Ibnu Rushd gagal, kerana beliau tidak memiliki murid penerus. Tetapi, pengaruhnya masuk ke Barat dan menjadi kunci penghubung dunia Eropah dengan pemikiran Yunani, sehingga eropah mampu bangkit daripada kegelapan (zaman Pembaharuan Renaissance) dan membangun peradaban ilmu. Ibnu Rushd adalah seorang rasionalis, terkenal sebagai penafsir fikiran Aristotles, guru pertama (al-mu’allim al-awwal). Polemiknya dengan al-Ghazali bererti polemic antara pendekatan rasional dengan intuisi.
FALSAFAH ISLAM DAN BARAT
Falsafah Islam berkembang pesat di Barat berkat jasa Ibnu Rushd. Di Barat, Ibnu Rushd dikenal sebagai penafsir fikiran Aristotles. Bertrand Russell, ahli falsafah Barat terkemuka abad ke-20, mengatakan bahawa kalau tidak ada Ibnu Rushd maka dunia Barat tidak akan keluar daripada kegelapannya. Di tangan ahli falsafah Islam, falsafah berkembang menjadi ilmu dan menyebar ke Barat. Jadi, ahli falsafah Islamlah yang melengkapi falsafah Yunani dengan ilmu sehingga lebih bermanfaat. Itulah yang menyebabkan kebangkitan dunia Barat (zaman Pembaharuan Renaissance) dan zaman moden seperti kini. Sebaliknya, falsafah Islam di dalam Islam mengalami kebekuan, walaupun masih terpelihara dengan baik dalam tradisi hikmah (tasawuf-falsafah).
PENDEKATAN BURHANI
Burhani adalah cara pendekatan asas kebenaran. Sementara itu, pendekatan dialektik selalu mengikuti argumentasi, premis, dan konklusi. Pendekatan retorik tergantung pada hal lahiriah, misalnya apakah penyampainya simpatik atau tidak, suaranya bagus atau tidak. Pemakaian istilah burhani (bukti yang tidak terbantah) dimaksudkan Ibnu Rushd sebagai kaedah pendekatan kebenaran. Satu kebenaran dapat didekati melalui tiga cara: retorik, dialektik, dan falsafah. Inilah tafsiran Ibnu Rushd ke atas firman Allah: “Dan serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.” (Q.16:125). Tiga cara itu berbentuk kerucut (kon), semakin ke atas, jumlahnya semakin kecil.
NABI AHLI FALSAFAH
Menurut pandangan umum ahli falsafah, semua nabi adalah ahli falsafah, tetapi berbeza daripada ahli falsafah seperti Socrates, Plato, dan Aristotles. Selain dapat menangkap kebenaran secara khawas, nabi juda dapat menyatakannya secara retorik. Ertinya, semua nabi adalah ahli falsafah dalam erti mengetahui kebenaran burhani. Nabi mempunyai tugas menciptakan masyarakat yang baik, mereka menyatakan kebenaran dalam bahasa retorik dengan harapan mudah difahami oleh orang awam.
AHLI FALSAFAH ISLAM
Banyak ahli falsafah Islam terkenal dan disebut-sebut ketika orang berbicara mengenai falsafah. Berikut adalah beberapa ahli falsafah terkenal zaman klasik Islam:
Al-Kindi – (801-873)
Al-Farabi – (870-950)
Al-Razi – (865-925)
Al-‘Amiri – (m.d. 934)
Ibnu Sina – (980-1037)
Ibnu Maskawaih – (941-1030)
Al-Ghazali – (1058-1111)
Ibnu Masarrah – (1. 883)
Ibnu Bajjah – (m.d. 1138)
Ibnu Tufail – (1100-1185)
Ibnu Rushd – (1126-1198)
Ibnu Sab’in – (1217-1271)
Ibnu Khaldun – (1332-1406)
- Al-Farabi (870-950) sedang mengajar. Menurutnya, falsafah adalah ilmu tentang alam maujud (nyata) yang bertujuan mencari kebenaran. Falsafah berasal dari Yunani. Ketika Islam mengambilgunanya muncul persoalan, apakah belajar falsafah dilarang, dianjurkan, atau diharuskan oleh syariat.
- Aristotles adalah ahli falsafah dan ahli biologi Yunani. Penterjemahan karyanya ke dalam bahasa Arab sudah pun dimulai sejak abad ke-8. Gambar Aristotles ini diambil daripada buku Description of Animals, karya Ibnu Bakhtishu dari abad ke-13.
- Ibnu Rushd (1126-1198) mewajibkan falsafah, kerana bermanfaat untuk mengetahui Maha Pencipta. Meskipun selalu menjadi kontroversi di kalangan ulama, falsafah di dunia Islam berkembang menjadi sebuah system falsafah tersendiri, dengan agenda seperti keesaanTuhan, penciptaan alam semesta, roh, dan hidup selepas mati. Ada pula ulama (misalnya al-Ghazali) yang mengharamkan falsafah kerana menganggapnya berbahaya bagi akidah Islam.
- Ibnu Sina (980-1037) adalah seorang ahli falsafah besar Islam yang mewarisi tradisi falsafah Yunani, khususnya Aristotles. Al-Ghazali menentang falsafah Ibnu sina sebagai pemikiran sesat.
- Pemikiran Ibnu Rushd banyak disalin ke dalam bahasa Latin. Orang Barat menyimpulkan bahawa Ibnu Rushd membela dua kebenaran (ahli falsafah dan agamawan). Mereka memisahkan ilmu daripada agama. Sebenarnya Ibnu Rushd menyebut bahawa kebenaran itu satu tetapi dapat diekspresikan menerusi dua cara, yakni falsafah dan agama.
- Perbincangan ulama. Kebenaran burhani (falsafah) hanya dapat difahami oleh sebahagian kecil orang, misalnya ulama.
