BERJIMAT CERMAT TIDAK BERMAKNA KEDEKUT

BERJIMAT CERMAT TIDAK BERMAKNA KEDEKUT

Banyak iktibar dan pengajaran boleh dipetik dari Al Quran surah Yusuf ayat 43 hingga 49. Apa yang dapat kita faham daripada cerita Al Quran ini dan kita sebagai umat Islam dan seluruh rakyat sebuah negara itu perlu sedar  dan sentiasa siap sedia untuk melalui masa gawat dan kesempitan serta sanggup merubah sikap untuk berjimat cermat atau berhemat dalam perbelanjaan setiap masa supaya dapat mereka mengharungi sebarang ujian dan dugaan dalam kehidupan ini dengan penuh keselesaan. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: ‘Sesungguhnya aku mimpi melihat; tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh  tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang-orang yang pandai menta’birkan mimpi’. Mereka menjawab: ‘Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi (yang sedemikian) itu’. Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu teringat (akan pesanan Yusuf) sesudah berlaku sesuatu masa yang lanjut: ‘Aku akan memberitahu kepada kamu ta’birnya. Oleh itu hantarlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui ta’birnya)’. (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia); “Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta’birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujug ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (ta’birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta’birnya’. Yusuf menjawab: ‘Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan  untuk makan’. ‘Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)’. ‘Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).’   (Surah Yusuf ayat 43 hingga 49.

Nabi Yusuf dapat mengetahui apa yang akan berlaku dengan ilham dan wahyu tuhannya tetapi kita sekalipun tidak tahu tetapi kalau kita semua dapat membuat persediaan sepanjang masa, tentulah sesuatu keadaan itu dapat di atasi sebaik-baiknya. Allah menjelaskan bahawa orang yang boros itu adalah saudara syaitan. Tabiat membazir amatlah di benci Allah dan sebaliknya amat disukai syaitan, sedangkan syaitan itu menjanjikan kekafiran. Oleh itu hendaklah kita bersederhana dalam setiap perbelanjaan seharian.

Islam mengeji perbuatan boros sebaliknya menggalakkan sifat berhemat. Dalam Al Quran Allah menyebut dalam firmannya, “Dan orang-orang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebih, dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.”  (Surah Al Furqan ayat 67)

Oleh kerana itu Allah swt memerintahkan hamba-hambanya untuk mengambil sifat di antara kedua sifat tadi iaitu berlaku hemah dalam mengeluarkan harta atau perbelanjaan. Hemat bererti tidak cendurung kepada kekikiran dan tidak pula kepada pemborosan atau pembaziran.

Tegahan dan larangan bersifat boros juga sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, maksudnya: Sesiapa yang berjimat cermat, tentu Allah memberikan kekayaan kepadanya. Dan sesiapa yang boros, tentu Allah menjadikannya miskin. Dan sesiapa yang merendah diri, tentu Allah akan mengangkat (darjatnya) dan sesiapa yang bongkak atau sombong nescaya Allah akan memutuskannya (memusuhinya).

Islam menggalakkan sifat sederhana dalam perbelanjaan dan penggunaan. Menyederhanakan perbelanjaan bermaksud berbelanja ‘minimum’ setakat yang dapat mengawal/ menahan kehendak nafsu dan berlebihan dan tidak pula memudaratkan/ menghalang penerusan kehidupan manusia yang baik.

Kalau kita mahu menjadikan kehidupan  ahli salaf sebagai kayu ukur untuk sifat kesederhanaan ini, munkin kita akan terkejut dan terasa menyusahkan. Ia menyusah kerana kita telah terbiasa menjalani kehidupan secara bermewah-mewah dan jarang mengharungi untuk hidup secara bersusah payah sebagaimana orang miskin hidup.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040874
Hari ini: 54
Minggu Ini: 311
Bulan Ini: 5,156
Tahun Ini: 40,874
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.