52 KES HIWALAH DIDAFTAR, 26 KES SELESAI

52 KES HIWALAH DIDAFTAR, 26 KES SELESAI

PUTRAJAYA — Setakat September lalu, sebanyak 152 kes hiwalah didaftarkan di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), bagi membantu isteri atau bekas isteri dan anak-anak yang teraniaya akibat kegagalan pemberian nafkah.

Daripada jumlah itu, sebanyak 26 kes diselesaikan melalui pembekuan akaun bank milik penghutang penghakiman dengan nilai keseluruhan simpanan yang dipindah kepada pemiutang penghakiman daripada akaun tersebut sebanyak RM79,820.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, nilai keseluruhan simpanan yang dipindahkan kepada pemiutang penghakiman daripada akaun tersebut adalah sebanyak RM79,820.00.

Katanya, perintah hiwalah (pemindahan tanggungan hutang daripada orang yang berhutang kepada orang lain) ini memberikan sinar baharu kepada isteri atau bekas isteri dan anak-anak yang teraniaya akibat kegagalan pemberian nafkah.

“Usaha keras telah dilaksanakan bagi membolehkan tindakan sekatan akaun bank diambil terhadap bekas suami atau bapa yang culas memberi nafkah, satu cadangan yang dimulakan semasa saya menjadi Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

​Pindaan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758], Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759], dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618] telah diwartakan.

Pindaan ini mengiktiraf dan membolehkan perintah hiwalah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dilaksanakan oleh institusi perbankan berlesen ke atas simpanan penghutang penghakiman,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tindakan tegas lain, termasuk memenjarakan pihak yang cuai dalam melaksanakan tanggungjawab nafkah, juga telah diambil disamping promosi dan kempen kesedaran sentiasa dipergiatkan di seluruh negara agar masyarakat mengambil cakna terhadap perintah Mahkamah Syariah.

​“Oleh itu, sebarang dakwaan bahawa kerajaan bersikap lepas tangan adalah tidak benar. Sebaliknya, kerajaan menyeru semua pihak agar menyampaikan mesej yang tepat dan membantu memberikan maklumat berkaitan dasar dan langkah yang telah dilaksanakan,” katanya.

Sumber: bebasnews.my

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040877
Hari ini: 57
Minggu Ini: 314
Bulan Ini: 5,159
Tahun Ini: 40,877
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.