KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

SERUAN KEMBALI KE MEJA RUNDINGAN DAN PERPADUAN UMMAH TANGANI KONFLIK DAN KRISIS KEMANUSIAAN DI SUDAN
 
Saya berasa amat dukacita mendapat laporan terkini berkaitan konflik perperangan saudara yang bertambah bergolak di Sudan. Konflik terbaru ini menjadikan krisis kemanusian yang sedang dihadapi rakyat Sudan tambah membarah. 
 
Menurut laporan media, konflik perperangan saudara terbaru ini telah mengorbankan nyawa lebih 1,500 orang awam termasuk wanita, kanak-kanak dan petugas kesihatan di bandar El-Fasher, Sudan.
 
Sehubungan itu, saya mengutuk keras pembunuhan ini dan menyeru pihak-pihak yang terlibat dengan peperangan di Sudan agar kembali ke meja rundingan dan mencapai pendamaian.
 
Saya juga ingin menyeru perpaduan dan solidariti ummah untuk mendesak peperangan dihentikan dan bersama-sama membantu meringankan krisis kemanusiaan yang sedang dihadapi rakyat Sudan.
 
Marilah kita mendoakan rakyat Sudan terus tabah menghadapi krisis yang terjadi dan Sudan kembali aman dan makmur dalam masa terdekat.
 
YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
30 Oktober 2025 / 27 Rabiulakhir 1447H

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

040877
Hari ini: 57
Minggu Ini: 314
Bulan Ini: 5,159
Tahun Ini: 40,877
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.