AL-ANTAKI PAKAR RAMUAN UBAT

AL-ANTAKI PAKAR RAMUAN UBAT

Al-Antaki atau nama lengkapnya adalah Daud bin Umar al-Darir al-Antaki.

Beliau lahir di Antiokia sebagai putera Kais (ketua) dari Karyat Sidi Habib al-Najjar.

Sebagai seorang ilmuan beliau dikenali sebagai tabib ahli fisioterapi, pakar ramuan ubat, dan ahli ilmu jiwa. Beliau diberi gelaran “Thabib Hazhiq al-Wahid.

Walaupun kedua-dua matanya buta, namun itu semua tidak menjadi penghalang kepadanya yang kemudiannya dibawa serta belayar mengharungi samudera dan memasuki ke Asia kecil.

Di sana beliau mendalami bahasa dan kebudayaan Yunani kuno atas saranan seorang doktor yang berbangsa Parsi, malah beliau berjaya menyembuhkan penyakit yang amat lama telah dihidapinya agar beliau lebih konsisten dalam ilmu ketabiban.

Karya utama al-Antaki yang dinilai sebagai buku pegangan (hand book) kedoktoran / perubatan, lengkap dengan kupasan mendalam, berjudul Tadhkirat Ulil al-Bab Wal Jami’lil ajab al-Ujab, diterbitkan di Kaherah pada 1308-1309 / 1890-1891.

Buku ini dianggap sejajar dan amat berkualiti setanding dengan karya-karya ilmuwan Ibnu al-Baytar.

Malah, buku tersebut juga merupakan petunjuk atau rujukan  mengenai sains di Eropah yang mula bergerak ke arah dimensi baru.

Selain itu terdapat juga karyanya yang berjudul “Seni Bercinta” yang dianggap sebagai “penyokong” ilmu kedoktoran / perubatan. Beliau juga pernah mengolah karangan Muhammad al-Sanay mengenai “cinta” dengan judul Tanzyim al-Aswak bi Tafsil Ashwak al-Ushshak.

Setelah beberapa lama menetap di sana, beliau kemudiaannya ke Mekah dan telah menyelesaikan sejumlah monograf yang ringkas. Malah beliau juga telah menulis sebuah karya mengenai kecaman hebat para ahli falsafah yang berjudul Risalah fi Tair Wal Ukab dan karangan lain mengenai penggunaan astrologi dalam ilmu kedoktoran, iaitu Unmudhaj fi’ilm al-Falak.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

017902
Hari ini: 154
Minggu Ini: 497
Bulan Ini: 3,043
Tahun Ini: 17,902
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.