ENSIKLOPEDIA HAIWAN OLEH AD-DUMAIRI

ENSIKLOPEDIA HAIWAN OLEH AD-DUMAIRI

Beliau ialah Kamaluddin Muhammad bin Musa bin Isa (1344–1405 M). Mendapat gelaran Dumairi (Barat menggelarkannya Domeiri) kerana beliau dilahirkan pada tahun 747 808H di perkampungan Dumaimarah, Mesir. Beliau belajar di Al-Azhar dan kemudiannya menjadi pensyarah di situ.

Beliau tergolong daripada ulama yang mengkaji ilmu-ilmu agama dan ilmu moden termasuk biologi, astronomi kemasyarakatan, dan lain-lain. Beliau dianggap sebagai ulama Al-Azhar yang paling menonjol dalam bidang pengkajian ilmu biologi.

Beliau begitu gigih mengkaji jenis-jenis haiwan dan telah mengarang sebuah ensiklopedia, iaitu Hayatu al-Haiwanu al-Kubra.

Buku tersebut membicarakan mengenai haiwan dari beberapa sudut ilmiah, selain menyentuhnya  dari sudut sastera dan bahasa. Beliau dan bukunya itu dianggap sebagai penyumbang penting dalam bidang keilmuan ketika itu.

Ensiklopedia Dumairi merangkumi pembicaraan dari pelbagai sudut keilmuan, kesusteraan, sejarah, fiqh, dan hadis yang menyentuh mengenai jenis-jenis haiwan dan kisah-kisahnya.

Ensiklopedia ini telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dan dianggap sebagai rujukan terawal mengenai haiwan. Ensiklopedia ini dihasilkan ketika manusia masih belum mengenali ilmu biologi.

Nama-nama haiwan di dalam buku tersebut disusun mengikut indeks abjad. Buku ini membicarakan 1069 jenis kehidupan dan disertakan setiap satunya dengan sifat-sifat istimewa yang tertentu mengikut pengetahuan ketika itu.

Beliau membicarakan secara teliti sifat-sifat haiwan yang masyhur untuk menyumbangkan maklumat kepada manusia.

Begitu juga, beliau telah memperkenalkan nama-nama haiwan mengikut panggilan di pelbagai tempat di negara Arab, disertakan pula dengan nama-nama perkembangannya di setiap peringkat.

Domeiri menyatakan di dalam usaha menerbitkan ensklopedianya beliau telah merujuk beratus-ratus buah buku dan antologi syair.

Ensklopedia ini telah diringkaskan oleh Imam Sayuti di dalam sebuah buku berjudul Daiwanu al Haiwan.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

017900
Hari ini: 152
Minggu Ini: 495
Bulan Ini: 3,041
Tahun Ini: 17,900
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.