Pagi itu saya melihat ke arah sebatang jalan di Melbourne. Ada seorang wanita bertudung separuh baya menyeberang jalan. Tiba-tiba dia menjerit memanggil seseorang pejalan kaki lainnya yang ada di depannya. Orang kulit putih yang dipanggil itu tidak mengindahkan. Dengan susah payah disebabkan harus menolak troli yang penuh dengan barang belanja, wanita itu terus berteriak memanggil. Di seberang jalan, akhirnya orang kulit putih itu berhenti dan wanita itu kemudian menghampiri dan menghulurkan wang. Ternyata, ketika orang kulit putih itu menyeberang jalan tadi tanpa disedari wangnya jatuh, dan wanita bertudung tadi memungut wang dan mengembalikan wang itu ke empunya.
Saya melihat kejadian itu dengan bergetar. Ketika Islam tengah disorot di negeri Barat sebagai agama yang menganjurkan kekerasan, dan merendahkan kedudukan wanita, tindakan kecil seperti ini sangat bermakna. Peristiwa yang hanya dua minit tadi berlangsung secara spontan tanpa direka-reka dan disaksikan banyak pihak. Seorang muslimah bersusah payah mengejar orang kulit putih yang tidak dikenalinya hanya untuk mengembalikan wangnya yang jatuh. Subhanallah!
Saya menyaksikan jejak budi pekerti yang diajarkan Nabi Muhammad dalam tindakan kecil dan spontan muslimah tadi. Every single thing does matter. Sesiapa yang berbuat kebajikan sebesar biji atom pun akan mendapat ganjarannya. Perbuatan baik akan melahirkan kebajikan lainnya. Dakwah Islam itu sederhana. Tanpa perlu beradu dalil, menghina ajaran atau keyakinan orang lain, atau berteriak untuk mengajak orang lain membunuh pihak yang berbeza dengan kita.
Setiap kita mampu menampilkan keindahan Islam yang rahmatan lil alamin. Tidak perlu kita persoalkan apakah muslimah tadi itu bermazhab Syafii atau bukan, jenis etnik apa atau aliran keagamaannya. Apa yang kita tahu ialah dia telah melakukan dakwah dengan tindakan nyata. Tak perlu kita persoalkan berapa jumlah wang yang jatuh. Mungkin wang itu kecil nilainya buat orang lain tapi buat mereka yang kehilangan wangn boleh jadi dia sangat memerlukan. Begitu pula tak penting kita persoalkan apakah ada dalilnya untuk membantu bukan-Muslim seperti itu. Semua berlangsung dengan spontan sebagai manifestasi bahwa kebaikan itu datang dari mana saja. Berbuat baik tidak perlu menunggu alasan.
Dakwah itu sederhana dan anda tidak perlu menunggu jadi ustadz/ustadzah untuk menunjukkan keindahan budi pekerti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad. Setiap kita punya kewajipan untuk berbuat baik, tanpa harus punya penjelasan yang canggih.
Sumber: nadirhosen.net
