Islam menggalakkan umatnya berternak. Hinggakan ternakan tersebut dijadikan ibadat iaitu ibadat zakat ternakan. Bukan semua ternakan dijadikan ibadah zakat tetapi Islam mengklasifikasi zakat ternakan hanya pada jenis haiwan yang tertentu sahaja.
Zakat ternakan ialah zakat wajib ke atas haiwan ternakan tertentu (unta, lembu/kerbau, kambing/biri-biri) sahaja yang dipelihara memenuhi syarat seperti mencapai nisab (jumlah minimum), haul(setahun), dipelihara secara bebas dan bukan untuk kerja. Selain binatang binatang tersebut walaupun halal tetapi tidak wajib dikeluarkan zakat. Apatah lagi binatang yang haram dimakan.
Al Quraan menamakan binatang binatang yang diternak yang diwajibkan zakat sebagai Al-An'am (الأنعام) bermaksud "Binatang Ternakan" atau "Ternak", merujuk kepada haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri, dan dinamakan sempena surah ke-6 dalam Al-Quran yang banyak membincangkan hukum berkaitan haiwan ternak serta adat menyembah selain Allah, menegaskan keesaan Allah dan hukum halal haram.
Keperluan binatang tersebut menjadi syarat untuk kita beribadat seperti untuk membuat sembelihan korban, aqiqah, untuk dam haji, sumber makanan dan pengangkutan. Malah menternak dengan skala yang besar membolehkan individu atau syarikat muslim yang besar mengeluarkan zakat yang banyak dan menyumbang untuk membina ummah dan negara.
Mengikut laporan statistik import daging Malaysia menunjukkan ketergantungan tinggi, terutamanya untuk daging kambing/bebiri yang importnya jauh mengatasi pengeluaran tempatan (hampir 90%), manakala negara mengimport lembu hidup dan daging dalam pelbagai bentuk untuk memenuhi permintaan domestik, dengan data terperinci boleh diperoleh dari Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) melalui penerbitan seperti Perangkaan Ternakan mereka.
Setakat manakah usaha negara dan masyarakat kita khasnya orang Islam menyediakan sesuatu keperluan untuk kehidupan harian dan keperluan ibadah mereka sendiri ?
Kaedah Usul Fiqh menyebut "ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب". bermaksud "Sesuatu yang dengannya sesuatu kewajipan itu tidak sempurna, maka ia juga dikira wajib", yang membawa maksud bahawa perkara-perkara yang menjadi syarat atau punca kepada terlaksananya sesuatu kewajipan (fardu) itu turut menjadi wajib untuk dilakukan.
MALAYSIA NEGARA YANG SUBUR
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah kawasan yang subur dengan pertanian dengan kebun kelapa sawit, sawah terbiar dan kebun terbiar di perkampongan dan desa pendalaman.
Rasanya amat sesuai untuk dilaksanakan perternakan berskala besar dan berkelompok. Sektor penternakan di Malaysia sangat sesuai dan relevan; namun, ia memerlukan pembaharuan dan pelaburan dalam teknologi moden untuk mengatasi cabaran semasa dan memastikan kebergantungan makanan negara terjamin, selaras dengan Pelan Strategik Pembiyakan Ternakan Malaysia 2022-2030.
Jika kita memilih menternak binatang Al An’aam ia tidak menjadi masaalah di Malaysia kerana majoriti rakyat Malaysia menyukai makanan tersebut dan boleh diternak tanpa mengotori alama sekitar.
NEGARA KECIL MENJADI PENGEKSPORT KAMBING UTAMA DUNIA
Sebagai contoh New Zealand adalah pengeksport kambing (biri-biri) dan daging kambing utama dunia; mereka mengeksport daging kambing beku ke pelbagai negara seperti China, Netherlands, UK, dan AS, dengan pasaran penting di Asia (Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan) dan Amerika Syarikat, menjadikannya pemain utama dalam industri daging kambing global.
Singkatnya, New Zealand adalah pengeksport kambing kelas dunia karena kualiti dagingnya yang superior yang berasal dari biri biri yang dibesarkan secara alami di padang rumput.
Manakala ia tidak menganggu kebersihan alam sekitar malahan New Zealand menjadi negara perlancungan yang paling cantik dan bersih didunia.
Merujuk kepada biri-biri di NZ memang lebih banyak daripada penduduk di New Zealand, walaupun nisbahnya semakin berkurang; pada tahun 2022, terdapat kira-kira 5.2 juta penduduk berbanding 25.3 juta biri-biri, menjadikannya kira-kira 5 biri-biri bagi setiap 1 penduduk, berbanding nisbah 22:1 pada tahun 1982, menunjukkan penurunan ketara populasi biri-biri.
Rasanya Malaysia boleh melakukan perkara yang sama dengan New Zealand dalam kaedah menternak kambing biri biri tersebut.
ELAKKAN PENTERNAKAN YANG MENGOTORI ALAM SEKITAR DAN MEMBAWA PENYAKIT
Sebagai contoh Singapura walaupun majoriti penduduknya berbangsa Cina, memakan babi namun mereka dilarang menternak babi kerana mencemarkan alam sekitar dan ekosistem menjadi kotor dan menjadi punca wabak penyakit berjangkit.
Sebenarnya mereka juga ada menternak jutaan ekor babi tetapi mereka menyewa jangka panjang sebuah pulau dari Indonesia iaitu Pulau Bulan sebelah Pulau Batam.
Singapura tidak menternak babi dinegara mereka tapi mengimport babi. Baru baru ini Singapura menerima penghantaran pertama babi hidup dari Malaysia, selepas sebuah ladang di Sarawak menjadi satu-satunya sumber yang diluluskan di negara ini untuk mengeksport babi hidup ke Republik tersebut. Tambahan itu menjadikan ia sumber kedua Singapura untuk babi hidup selepas Pulau Bulan di Indonesia.
Penyakit babi utama di Malaysia ialah Demam Babi Afrika (ASF) yang sangat menular dan membawa kepada kematian tinggi, serta penyakit lama seperti Virus Nipah (Nipah Virus) dan Selesema Babi (Influenza A H1N1), walaupun Malaysia kini bebas Nipah tetapi terus berjaga-jaga terhadap ancaman ASF dan penyakit lain seperti Classical Swine Fever (CSF). Kes-kes ASF kerap dilaporkan di negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, dan Sabah, memaksa pelupusan babi dan pengetatan kawalan biosekuriti.
KESIMPULAN
Malaysia sepatutnya menjuarai dengan menjadi negara yang mengeluarkan produk daging halal termasuklah bahan makanan daging mentah yang halal terutamanya kambing, lembu dan sebagainya.
Ketebergantungan kita kepada bahan makanan daging dari negara luar negara terutama untuk kegunaan ibadah kita sendiri seperti musim korban, aqiqah dan sebagainya amatlah dikesali. Oleh itu pihak yang berwajib dan ushawan muslim wajib membuat perancangan yang membolehkan Malaysia menjadi negara pengeluar bahan makanan daging mentah dan menjadikan penternak penternak muslim sebagai pengeluar zakat ternakan utama dinegara ini.
