KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN SOKONGAN PENUH SIASATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KEPADA ISU GISB HOLDINGS
 
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menahan reman seramai 171 individu dalam Op Global bagi tujuan siasatan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
 
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh untuk membantu pihak PDRM dalam proses siasatan.
 
3. Selain itu, JAKIM turut akan membawa isu ini kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk memutuskan dalam perkara-perkara berkaitan akidah.
 
4. Bagi membanteras hingga ke akar umbi fahaman dan ajaran menyeleweng, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci terhadap doktrin fahaman kumpulan GISB Holdings.
 
5. Jawatankuasa Khas ini diletakkan di bawah seliaan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjalankan fungsi membantu memberikan sokongan data dan kajian kepada pihak berkuasa termasuk kepada Jawatankuasa Muzakarah MKI.
 
6. Selain itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan membantu untuk menyediakan rumah perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dalam Op Global tersebut. Pada masa sama, akan membantu memberikan khidmat rundingcara dan kaunseling kepada mangsa yang terlibat.
 
7. Sekali lagi ingin dibuat penegasan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan isu-isu berkaitan akidah umat Islam.
 
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
13 September 2024

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

016822
Hari ini: 257
Minggu Ini: 1,627
Bulan Ini: 1,963
Tahun Ini: 16,822
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.