STATUS AKIDAH GISBH DITENTUKAN BERDASARKAN BUKTI

STATUS AKIDAH GISBH DITENTUKAN BERDASARKAN BUKTI

KUALA LUMPUR: Pelbagai bahan yang dirampas menerusi Op Global Fasa 4 akan dijadikan bukti sokongan bagi menentukan status akidah ajaran bawaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata bahan bukti terbabit akan dijadikan asas dalam kertas laporan dan dibincang dalam Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Muzakarah MKI).

"Susulan Op Global Fasa 4 yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Jakim, terdapat beberapa rampasan bahan-bahan yang boleh dijadikan bukti sokongan terhadap pegangan akidah pengikut GISBH.

"Keputusan Muzakarah MKI mengenai status doktrin kumpulan ini akan menjadi panduan kepada pihak berkuasa agama negeri.

"Ia membabitkan proses mengeluarkan fatwa bagi membolehkan proses pendakwaan terhadap ajaran kumpulan ini dibawa ke mahkamah syariah," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pihak Jakim menghargai kerjasama diberikan oleh PDRM dan semua agensi terbabit bagi melengkapkan bahan-bahan bukti berkenaan.

Katanya, pengumpulan bahan bukti berkenaan penting bagi memastikan proses penentuan pegangan akidah dan pengikut GISBH dapat dilaksanakan segera.

Hakimah berkata, pihaknya sentiasa berusaha bagi memastikan akidah dan syariah Islam di negara ini terpelihara dan selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Jakim di bawah arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa berusaha bagi memastikan syariah Islam terjamin.

"Sebarang usaha yang boleh mencemarkan kesucian ajaran Islam akan dibendung dengan kerjasama semua pihak," katanya.

Petikan: hmetro.com.my/

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019394
Hari ini: 244
Minggu Ini: 1,989
Bulan Ini: 4,535
Tahun Ini: 19,394
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.