Syeikh Nuruddin Asy Syuni merupakan syeikh majelis solawat dan syeikh qurra’ Mesir. Beliau adalah murid Syeikh Utsman Al Haththab.
Pada suatu malam di musim sejuk, Syeikh Nuruddin Asy Syuni keluar untuk berwuduk. Beliau menjumpai sosok manusia yang terbaring di tepi jalan dan badannya terbungkus selimut tebal.
Syeikh Nuruddin Asy Syuni pun menggerak-gerakkan badan itu dengan kakinya dan berkata,”Siapa engkau?”
“Aku adalah Ustman,” jawab tubuh yang terbungkus selimut tersebut.
Syeikh Nuruddin Asy Syuni pun bertanya,”Wahai tuanku, kenapa engkau tidur di sini?”
Orang itu ternyata guru dari Syeikh Nuruddin Asy Syuni, dan menjawab,”Ummu Ahmad (isterinya) menghalauku keluar dari rumah.”
Para ulama soleh banyak yang memilih menikah dengan wanita-wanita yang gemar menyakiti mereka dengan lisan dan perbuatan mereka.
Mereka memutuskan untuk mengahwini para wanita itu sebagai isteri dengan tujuan agar para ulama itu lah yang menanggung derita atas kezaliman tersebut, bukan saudara-saudara Muslim yang lainnya.
(Lawaqih Al Anwar Al Qudsiyyah, hal. 331).
Sumber: hidayatullah.com
