Selepas solat jama’ah, saya diperingatkan oleh seorang rakan, “Mengapa tubuh awak bergerak lebih dari tiga kali?” Saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih sambil tak lupa mengatakan bahawa gerakan itu di luar kesedaran saya. Seringkali usaha untuk khusyu' dalam solat mengakibatkan tubuh saya bergerak tanpa saya sedari. Rakan saya terlihat puas dengan jawapan saya.
Di lain waktu selepas solat jama’ah teman saya tersebut menegur jama’ah yang lain. Ia bertanya, “Kenapa ruku’ awak tidak sempurna?” Jama’ah tersebut tak selesa dengan soalan itu.
Saya jadi mulai berpikir, inikah pekerjaan rakan saya tersebut? sibuk mengamati gerakan solat di kanan-kirinya. Saya khuatir sepanjang solat hanya dihabiskan untuk mengamati gerakan solat orang lain dan bersiap sedia untuk memperingatkan selepas salam nanti.
Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan bahawa apabila hamba Allah diberikan hikmah oleh Allah maka yang pertama kali dinampakkan-Nya adalah kesalahan hamba itu sendiri sehingga hamba itu tak sibuk memikirkan kesalahan orang lain.
Mungkin teman saya itu terlalu bersemangat sehingga ia sibuk memikirkan kesalahan orang lain daripada memikirkan kesalahan diri sendiri. Maksudnya baik namun sementara orang lain mendapat manfaat dari peringatan itu, ia sendiri kehilangan kekhusyu’an ketika shalat. Ibarat lilin yang ingin menerangi kegelapan, lambat laun lilin itu habis terbakar sendiri.
Dalam Surat an-Najm ayat 32 Allah berfirman:
“Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.”
Jika hanya Allah yang tahu tentang kadar ketakwaan kita, maka mengapa kita harus terlalu semangat memikirkan kesalahan orang lain. Dakwah itu penting, tetapi yang harus dihindari ketika berdakwah adalah merasa dirinya paling benar, paling suci dan paling takwa, juga hanya sibuk memikirkan kesalahan orang lain tanpa peduli pada kesalahan dan kekurangannya sendiri. Saya berharap kita semua (termasuk teman saya di atas) tidak termasuk golongan terakhir ini, Insya Allah!
Sumber: nadirhosen.net
