FAHAMAN DOKTRIN GISBH PERLU TUNGGU PERKENAN MRR

FAHAMAN DOKTRIN GISBH PERLU TUNGGU PERKENAN MRR

KUALA LUMPUR: Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) tidak boleh dikongsi kepada umum selagi tidak mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja (MRR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar, berkata semua hasil mesyuarat itu termasuk mengenai fahaman disyaki sesat yang cuba didoktrinkan oleh GISBH Holdings (GISBH) perlu dipersembahkan kepada majlis itu.

"Kena tunggu Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada 23 dan 24 Oktober ini. Jadi perincian itu tidak dapat dikongsikan lagi," katanya kepada pemberita, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan isu berkaitan doktrin fahaman GISBH akan dibawa sebagai satu daripada isu untuk dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI yang bersidang mulai Selasa hingga semalam.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Datuk Nooh Gadot dan Mufti negeri.

Sementara itu, Nooh yang juga Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), turut memaklumkan perkara sama namun ia tidak boleh dikongsikan.

"Hasil mesyuarat jawatankuasa sudah dimuktamadkan dan boleh diumumkan selepas ia diperkenankan Majlis Raja-Raja.

"Saya percaya ini akan diumumkan sebaik majlis berkenaan bersidang bulan depan. Jadi perlu tunggu dahulu," katanya.

Sumber: bharian.com.my/

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019367
Hari ini: 217
Minggu Ini: 1,962
Bulan Ini: 4,508
Tahun Ini: 19,367
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.