YANG TERTULIS PASTI TERJADI

YANG TERTULIS PASTI TERJADI

Dan berkatalah isteri Firaun:”(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak, sedang mereka tiada menyedari (Maksud Al-Quran Surah Al-Qashash ayat 9)

Perempuan ini merupakan salah seorang mukminah yang paling agung dan merupakan seorang isteri dari salah seorang kafir paling masyhur sepanjang sejarah. Isteri Firaun ini merupakan salah satu dari empat wanita yang telah mencapai kesempurnaan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ”Kaum lelaki-laki banyak yang mencapai kesempurnaan namun dari kaum perempuan hanya ada empat: Maryam putri Imran, Asiyah isteri Firaun, Khadijah putri khuwailid dan Fatimah putri Muhammad”

Peristiwa yang jarang-jarang berlaku yang terkandung di dalam ayat ini adalah satu firasat paling masyhur dalam sejarah. Dan ia berlaku pada seorang perempuan. Dan yang lebih langka lagi firasat itu hanya berkaitan satu orang iaitu Musa a.s.Firasat yang pertama adalah ungkapan asiyah, ”mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita” Dan musa menjadi anaknya, menjadi nabinya yang ia imani dan membawanya ke syurga.

Firasat yang kedua terjadi pada seorang putri dari lelaki soleh. Ketika sang putri berkata kepada sang ayah setelah musa membantu ia dan saudarinya memberi minun teranakan, ”Ya bapaku ambilah ia sebagai orang yang berkerja (pada kita) kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk berkerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai. Dan musa adalah seorang yang paling kuat dan paling dipercayai”. Ketentuan Allah pasti terjadi.

Lihatlah firaun dia membunuh ribuan anak lelaki sebelum kelahiran Musa kerana para peramal memberitahu dia bahawa takwil dari mimpinya adalah akan lahirnya seorang anak lelaki Bani Israil yang kelak akan melenyapkan kekuasaannya.

Tapi dalam keadaan berlawanan hati Asiyah sangat sayang dengan Musa as. Akhirnya musa diasuh di rumah firaun. Dan ketika anak laki-laki yang diramalkan ini datang dan menetap di istananya malah dijaganya. Ini hakikatnya apa yang telah dituliskan Allah SWT pasti akan terjadi. Apa yang telah Dia tetapkan pasti akan terbukti.

Tetapi Allah yang Maha Suci menjadikan dunia sebagai rumah berbagai sebab musabab. Kita mengunakan asbab kerana asbab merupakan kenyataan dalam takdirnya. Tetapi kita tidak menumpukan keyakinan kita pada sebab musabab tetapi kepada Dia sang Muasal segala sebab.

Dipetik: Buku bertajuk”Sentuhan Al-Quran”Oleh Adham Syarqawi, terbitan PT Qaf Media kreativa.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

049163
Hari ini: 85
Minggu Ini: 593
Bulan Ini: 4,625
Tahun Ini: 49,163
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.