TOLERANSI KUNCI KEAMANAN

TOLERANSI KUNCI KEAMANAN

SELAIN menerima kemajmukan, Islam juga adalah satu agama yang mengamalkan sikap “tasammuh” iaitu berbaik sangka dan membenci sikap anti-toleransi terhadap sesama penganut agama, serta menegakkan kemerdekaan beragama dan meletakkan dasar-dasar bagi keanekaragaman hidup antara agama. Kemerdekaan menganut agama, adalah suatu nilai hidup yang dipertahankan oleh tiap-tiap muslimin dan muslimat. Islam melindungi kemerdekaan menyembah Tuhan, baik di gereja mahupun di masjid.

Dengan penuh keyakinan dan kebenaran yang ada pada dirinya, dan kelapangan dada yang ditimbulkan oleh sikap tauhidnya, maka seorang Muslim hendaklah memancarkan jiwa tasammuh atau toleransi di sekelilingnya dalam menghadapi agama lain. Sehubungan dengan ini, Allah S.W.T. membimbing orang beriman dengan firman-Nya yang bermaksud: 

“Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah (dalam agama dan lanjutkanlah berdakwah) Sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, dan katakanlah: “Aku beriman kepada semua kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu dan tiada perselisihan antara kami dengan kamu. Allah akan menghimpunkan antara kamu dengan kami, dan kepada-Nya jualah tempat kita kembali.” (Surah as-Syura: 15) 

Ayat ini merupakan manifestasi tegas daripada pendirian Islam yang sudah digariskan di Mekah, bahkan ia tetap menjadi pegangan utama setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Toleransi yang diajarkan oleh Islam bukan suatu toleransi yang bersifat pasif, tetapi ia adalah toleransi yang aktif.

Aktif dalam menghormati dan menghargai prinsip hidup dan keyakinan orang lain. Aktif dan sentiasa bersedia untuk mencari titik persamaan antara bermacam-macam perbezaan, bahkan Islam bersedia bersatu dalam perbezaan.

Kemerdekaan beragama bagi seorang Muslim adalah merupakan suatu nilai hidup yang lebih tinggi daripada jiwanya sendiri. Apabila kemerdekaan beragama itu sudah tertindas, walaupun kemerdekaan beragama bagi penganut agama lain, maka seorang Muslim diwajibkan untuk melindungi kemerdekaan ahli agama tersebut supaya mereka dalam menyembah tuhan menurut kepercayaan mereka.

Sebagai satu contoh yang Iebih tegas lagi, Syeikh Muhammad Abduh menyenaraikan, bagaimana sikap toleransi kaum Muslimin terhadap ahli fikir dan ilmuwan agama lain.

Antara lain beliau memetik ucapan Drauber, seorang ahli sejarah besar Amerika, yang mengatakan, bahawa kaum Muslimin yang pertama sekali pada zaman khalifah, bukan hanya bergaul dengan ahIi-ahli ilmu pengetahuan yang beragama Kristian Nestor, dan Yahudi, tetapi mereka juga memberikan jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan kepada ahli ilmu dan agama lain itu.

Contohnya, Khalifah Harun al-Rasyid yang menempatkan semua sekolah di bawah pimpinan Yohana bin Maswaih, di samping melantiknya sebagai ketua pasukan penterjemah buku-buku lama ke dalam bahasa Arab. Beliau juga melantik Grogious Bukhtiyusyu’ al-Jadisabury sebagai tabib, bahkan Grogious tetap memegang jawatan itu hinggalah kepada masa pemerintahan Khalifah AI-Mutawakkil.

Selain itu terdapat sekumpulan ahli ilmu dan ahli hikmat yang telah mendapat jawatan yang baik di sisi para khalifah Abbasiyah, antara lain Grogious Bukthiyus’yu al-Jandisabury, yang dilantik menjadi tabib oleh khalifah Al-Mansur. Setelah Grogious meninggal dunia, khalifah melantik Isa bin Syahlata, saIah seorang muridnya untuk menggantikannya.

Kedua-duanya beragama Kristian Suryani. Bagaimanapun, Isa menyalahgunakan jawatannya untuk menyakiti tokoh-tokoh agama Kristian yang berlainan mazhab dengannya, yang menyebabkan beliau dipecat oleh khalifah. Selain itu khalifah Al-Mansur juga melantik Nobacht seorang ahli ilmu astronomi dan puteranya Abu Sahal sebagai pakar ilmu falaq kerajaan. Kedua-duanya orang Parsi dan menganut agama Parsi. Namun dalam period selanjutnya, keturunan Abu Sahal itu menganut agama Islam.

i. Thafil bin Tuma, seorang ahli astronomi yang beragama Kristian bermazhab Muranah, yang berasal dan Lebanon dilantik oleh khalifah Al-Mahdi menjadi pegawai tinggi dalam kerajaan. Selain ahli astronomi, beliau juga diberi tugas khas menterjemahkan buku Homerus ke dalam bahasa Suryani.

ii. Yohana Patrician, seorang penganut Kristian yang dimerdekakan daripada perhambaan oieh khalifah Al-Ma’mun, beliau dliantik menjadi seorang penterjemah buku-buku pengetahuan ke dalam bahasa Arab, terutama buku-buku mengenai falsafah dan ketabiban. Manakala Sahal bin Sabur dan puteranya Sabur bin Sahal, yang juga penganut agama Nasrani, dilantik oleh khalifah untuk menjadi pengarah hospital di daerah Jindisbur.

iii. Salmawih bin Bannan, seorang penganut agama Kristian, dilantik oleh khalifah Al-Mu’tashim menjadi tabib kerajaan pada masa pemerintahan beliau. 

Bahkan dapat dikatakan, yang menyelamatkan orang-orang masihi Qibthi atau masihi lama di Mesir, ialah agama Islam. 

Sikap Mukmin dalam toleransi ini telah menimbulkan perdamaian di dunia. Sekiranya umat Islam tidak mengamalkan toleransi beragama, nescaya penduduk bumi ini akan berada dalam kacau-bilau, sentiasa dalam percakaran dan pertumpahan darah, akibat perlakuan penganut agama lain terhadap mereka.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

048174
Hari ini: 122
Minggu Ini: 1,710
Bulan Ini: 3,636
Tahun Ini: 48,174
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.