Ulama ialah seorang atau sekumpulan orang yang dilebihkan atas diri mereka sebuah pemahaman yang mendalam di bidang keilmuan, khasnya di bidang agama dan keruhanian. Ulama tidak hanya sekadar banyak ilmu dan mendalam terhadap keilmuannya, tetapi mereka juga mampu beramal dengan keilmuan yang dianugerahkannya.
Kemampuan ulama tersebut mempengaruhi sikap kehati-hatian dalam memutuskan suatu perkara. Sikap ini dilakukan semata-mata untuk mengharapkan redha dan bimbingan daripada Allah swt. supaya apa yang mereka renungkan, yang mereka tentukan dan yang mereka kerjakan sentiasa berada di “jalan” yang benar sesuai dengan nilai yang dikandungi oleh al-Quran.
Dalam al-Quran telah disebutkan bahawa ulama merupakan pewaris para nabi. Sebagai pewaris nabi, ulamak mempunyai level ketakwaan yang lebih baik dibandingkan dengan rakyat kebanyakan. Kualiti takwa yang mereka miliki ini lah sebagai wasilah boleh membimbing ummah menjadi peribadi-peribadi yang bermoral, bermartabat dan bermanfaat dalam menjalani kehidupan berbangsa dan bernegara.
Ulama menjadi sentral pengaduan masyarakat yang memerlukan pencerahan dan problem solving terkait isu yang sedang dihadapi, termasuk berkait rapat dengan kenegaraan. Pemikiran dan fatwa para ulamak diharap menjadi penyejuk dan pemersatu di antara ummah yang pelbagai. Kemurnian fatwa ulama bersumber dari hasil usaha menjaga kebersihan jiwa dan fikir. Sehingga ulama sentiasa menghindari perkara-perkara yang bersifat provokatif, tidak mengutamakan kepentingan peribadi dan kumpulan mereka.
Semasa ini, kaitannya dengan politik praktis, ulama sering dijadikan alat untuk menjustifikasi kekukuhan suatu parti. Tidak kisah benar ataupun salah, demi memenangkan parti politiknya, ulamak ‘dipaksa’ untuk memberikan fatwa-fatwa yang menguntungkan golongannya sendiri. Ulama tidak boleh tunduk dengan pemerintahan yang tidak sejalan dengan nilai Qurani. Beberapa nilai Qurani yang boleh dijalankan oleh pemerintah Negara antara lain iaitu menjaga stabiliti perekonomian Negara, memberantas korupsi, menjaga persatuan, mencintai semua rakyatnya, tidak mengutamakan kepentingan peribadi atau kumpulan sendiri, menghilangkan perkara-perkara yang menjadi konflik, memajukan kualiti pendidikan, merawat dan melengkapi infrastruktur, serta yang lainnya.
Politik tanah air dapat menjadi pemersatu rakyat dan boleh menjadi pemecah ummah. Orang-orang yang menunggangi politik Negara mempunyai peranan penting dalam menentukan nasib rakyatnya. Di sini, kesedaran menggunakan high politic sangat diutamakan, kerana dapat memberikan impak positif untuk Negara dan semua rakyatnya. Politik yang santun selayaknya menjadi prioriti utama bagi kalangan elit politik.
Politik mempamerkan segala informasi yang menimbulkan kesan terbaik. Adakalanya usaha menjadi yang terbaik itu telah bercampur dengan unsur-unsur yang tidak baik. Berita hoax, khabar yang masih memerlukan tabayyun, menebar janji manis yang sebetulnya susah diwujudkan, fakta yang diselewengkan, fitnah yang berterusan kepada lawan politik dan sebagainya merupakan bahagian daripada unsur politik kotor.
Kesilapan memahami bahawa politik itu kotor dapat berimpak kepada perilaku negatif dalam berpolitik. Setidaknya hal itu boleh dihilangkan manakala para pelaku politik mempunyai tujuan yang mulia untuk bangsa dan Negara. Tujuan yang baik bermula daripada mindset yang benar dari setiap individu, termasuk orang-orang yang bermain dalam politik.
Politik akan menempati kedudukan semestinya di bawah kendali orang-orang intelek yang saleh. Para pelaku politik selayaknya merapat dengan ulama. Ulama yang dimaksud di sini ialah ulama sebenarnya, iaitu orang yang mempunyai kredibiliti sebagai ulama, bukan ulama imitasi yang berlindung di bawah status pangkat “ulama” untuk memperoleh banyak keuntungan yang salah.
Rakyat setakat ini sudah pandai menilai mana ulama yang ideal dan mana ulama yang tiruan. Namun tidak sedikit masyarakat yang masih tertipu dengan orang-orang yang mengaku sebagai ulama. Setengah orang masih terkecoh dengan orang-orang yang berpenampilan seperti ulama, tetapi keruhaniannya sangat kering dan jauh daripada nur ilahi, tingkat intelektual nya pun sangat rendah, pemahaman dan pengamalan keilmuannya (khasnya dalam bidang agama) sangat sedikit.
Ulama yang ideal patut diikuti, sedangkan kepada ulama tiruan hendaklah berhati-hati. Sebagai rakyat perlulah membekali diri dengan ilmu pengetahuan yang memadai supaya mampu membezakan antara yang berkualiti dengan yang imitasi. Rakyat kebanyakan juga mempunyai peranan yang sama pentingnya dengan orang-orang yang bekerja di pemerintahan. Rakyat ikut berpartisipasi terhadap maju atau mundurnya suatu bangsa. Pendidikan yang baik menjadi salah satu faktor utama membentuk nalar kritis yang bertanggung jawab kepada masyarakat.
Rakyat yang cerdas akan mampu menangkal fitnah-fitnah yang bertebaran di masyarakat. Mereka dapat memahami duduk perkara yang sebenar. Mereka tidak akan mudah diarahkan kepada isu-isu yang tidak penting. Mereka mampu melihat, membaca dan menyikapi fakta yang sebenar. Mereka selalu bertabayun terhadap hal-hal yang perlu ditelaah kebenarannya. Mereka mempuyai prinsip yang kuat untuk menjaga perdamaian dalam Negara.
Pemerintahan perlu mempertimbangkan lagi kekuatan yang dimiliki oleh ulamak dan rakyat. Pemerintahan harus diisi dengan orang-orang yang mempunyai kredibiliti di bidangnya. Sudah menjadi keniscayaan bahawa kesejahteraan bangsa berbanding lurus dengan sistem pemerintahan yang baik. Sistem pemerintahan feodal cukuplah menjadi sebuah sejarah, jangan diwujudkan lagi di zaman moden semasa.
Pemerintahan yang baik tidak akan memaksa ulamanya ‘terjatuh’ dalam perpolitikan. Ulama juga harus mampu menjaga ‘wilayah’nya sehingga tidak mudah terbawa arus politik yang tengah terjadi, mampu menahan hasrat mengomentari politik di tanah air. Apabila ulamak tergelincir ke dalam politik praktis, maka kepercayaan masyarakat akan berkurang. Sebab, masyarakat awam akan menilai bahawa ulama tidak mempunyai kredibiliti berkaitan dengan politik sehingga tidak layak memasuki dan mengomentari perkara yang bukan di ‘wilayah’nya. Lebih dari itu, konflik dan perpecahan akan mudah terjadi dalam masyarakat.
Oleh itu, ulama hendaklah fokus pada posisinya menjadi ulama yang ideal. Pemerintahan haruslah fokus pada kerja kerasnya membangun sistem pemerintahan yang baik. Dan rakyat pun sudah semestinya mendukung pemerintahan yang baik dan menjaga ulamanya selamat daripada ‘ganas’nya dunia politik. Setiap individu dapat berkontribusi positif untuk bangsa dan Negara menerusi keahliannya masing-masing.
Sangat diperlukan satu artikel yang menempelak cerdik dan pandai dan ulama yang ghairah komen tentang politik tanah air. Disiplin keilmuan dikompromi. Menjadi alat propaganda-propaganda yang boleh menjadi fitnah. Sangat lemah kesungguhan tabayyun, interrogative dan enquiry menyemah fakta dan mentahkik sesuatu perkara. Akibatnya juga terikut dalam gelombang mehnah dan fitnah. Sepatutnya menjadi pembimbing ummah tetapi telah menjadi rakyat kebanyakan yang mudah dilanda kebodohan dalam mengerti duduk sesuatu perkara.
