HIDUPKAN PENGHAYATAN ROH ISLAM - ANWAR

HIDUPKAN PENGHAYATAN ROH ISLAM - ANWAR

PUTRAJAYA — Penganjuran Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari 2024 diharap dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang menghidupkan roh Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, tahun lepas majlis seumpama itu dimulakan dengan sederhana dan hasilnya tahun ini dapat disaksikan kejayaan membanggakan.

“Saya ingat lagi pesanan Al-Allamah Sheikh Abu Bakar, (Mufti Besar India) beliau pesan kepada saya apabila pegang jawatan Perdana Menteri, usahakanlah supaya ada majlis Sama’ Khatam Hadith Sahih Al-Bukhari setiap tahun,” katanya.

Justeru beliau mahu supaya Malaysia dikenali sebagai negara Madani yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi pada masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.

Berucap pada Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di sini, beliau berkata, kemajuan, pembangunan dan kemampanan dalam negara mesti berteraskan nilai, keyakinan, jati diri, akidah dan akhlak.

“Sebab itu, untuk menyemarakkan Islam, persiapannya, pencerahannya dan ilmu sangat penting.

“Kita mulakan mata pelajaran wajib bagi anak-anak Islam di semua sistem pendidikan negara untuk menelaah 40 hadis, terjemahannya dan syarahannya, tetapi kemuncak tentunya penguasaan ilmu dan hadis dan itu yang kita upayakan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berterima kasih pada ulama seluruh dunia yang hadir menyemarakkan majlis berkenaan termasuk Uzbekistan, Mesir dan Indonesia

Selain Mufti Besar India Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari turut serta, Sheikh Ismoil Muhammad Sadiq dari Uzbekistan, Prof Dr Sheikh Yusri Rushd Jabar Al-Hasani dari Mesir dan Sheikh Noruddin al-Banjari dan Sheikh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar

Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 merupakan kemuncak penganjuran Majlis Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa yang telah bermula pada 10 hingga 21 November 2024.

Sumber: BebasNews

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

019394
Hari ini: 244
Minggu Ini: 1,989
Bulan Ini: 4,535
Tahun Ini: 19,394
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.