BUMI SUDAH TUA

BUMI SUDAH TUA

Hari ini kita dipersaksikan dengan paparan-paparan akhbar arus perdana yang menzahirkan pelbagai  rentetan fenomena demi fenomena yang menerjah kehidupan walaupun di mana saja kita berada. Bencana berlaku dimana-mana tanpa mengira musim apapun.

Apakah petanda bahawa bumi sudah semakin tua dan mengalami ketidakstabilan cuaca atau semakin terpesong daripada fitrah akibat daripada perbuatan buruk penghuninya atau sebaliknya? Tidak dapat ditolak bahawa sememangnya manusia membuat kerosakan di darat dan di laut. Banjir kilat, tanah runtuh, kekurangan hasil dari sungai, laut dan pantai, dan jerebu adalah beberapa contoh yang dialami dunia dan satu daripadanya adalah kemusnahan akibat letupan bom dan tembakan daripada pelbagai senjata tentera.

Kewujudan bencana telah wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu dan sehingga kini masih berlaku malah menimpa orang-orang yang hidup sebelum al-Quran diturunkan. Manusia menyemadikan bencana seperti itu dalam sejarah dan ingatan mereka. Dan Allah s.w.t telah pun semadikan kejadian bencana-Nya di dalam al-Quran serta memanggilnya pula kemurkaan dari langit. Kemurkaan ini dibangkitkan atas beberapa sebab. Antaranya ialah sifat zalim dan fasiq, atau tidak mempedulikan perintah Tuhan dan diamal oleh manusia. Bandar raya tersebut adalah tempat di mana Nabi Lut tinggal.

Penduduknya mengamalkan homosekual dan amalan itu dilakukan dengan meluas dan terbuka. Tiada manusia sebelum mereka yang telah mempunyai keinginan hawa nafsu seperti itu. Mereka tidak menghiraukan amaran para Rasul dengan melakukan dosa dan mengundang kemurkaan Ilahi, maka datanglah kemurkaan dari langit yang menghapuskan mereka sama sekali, kecuali sedikit yang percaya bersama Lut. Bandar raya diterbalikkan oleh kuasa Allah s.w.t dan angin ribut yang mengandungi batu-batu yang dibakar menghujani mereka bertubi-tubi seperti yang  dirakamkan di dalam al-Qur'an yang bermaksud :"Dan Tempikan  mengambil mereka pada waktu matahari terbit," ( Surah Hijr :73).

Teriakan itu terjadi juga pada kaum Nabi Shuaib, iaitu Madyan, yang hidup sebelum zaman Nabi Lut. Tetapi bagi kaum Madyan, bencana itu hadir daripada gempa bumi yang menghapuskan mereka akibat daripada kezaliman, menipu sukatan dan timbangan, dan duduk di setiap jalan, untuk mengancam, menghalangi orang-orang yang percaya daripada jalan Allah s.w.t, dan mendustakannya.

Peranan utama dalam penolakan terhadap seruan Nabi Shuaib telah dimainkan oleh pembesar-pembesar kaumnya yang bersifat sombong. Lantaran itulah, mereka dihina dan dihapuskan Allah s.w.t dengan bencana teriakan dan gempa bumi. Al-Qur'an menjelaskan, "Dan apabila perintah Kami datang, Kami menyelamatkan Shuaib dan orang-orang yang percaya bersama dia dengan pengasihan daripada Kami, dan orang-orang yang membuat kezaliman diambil oleh Teriakan; pagi mendapati mereka, di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak." (Surah Hud :94)

Sejarah juga mencoretkan kaum Tsamud yang makmur lagi mahir kerana mampu membina rumah-rumah mereka dengan memahat gunung. Tsamud telah didatangkan seekor unta betina sebagai bukti yang jelas daripada Allah s.w.t dan sebagai satu ujian. Akan tetapi, pembesar-pembesarnya telah menyombongkan diri, dan menganggap orang-orang yang percaya sebagai hina.

Mereka mencederakan unta tersebut kerana tidak percaya kepada apa yang dibawa oleh Nabi Salleh, memandang rendah kepada perintah Tuhan, dan mereka lebih menyukai kebutaan daripada petunjuk. Azab yang menamatkan riwayat mereka adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Kemudian mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, dan halilintar mengambil mereka, dan mereka sendiri memerhatikan, dan mereka tidak boleh berdiri, dan tidak ditolong." (Surah al-Zariat : 44-45)

Bencana ini terus terjadi ke atas kaum Nabi Hud iaitu Ad, di tepi sebuah bukit pasir. Kaumnya telah mendustakan ayat-ayat Allah s.w.t serta menyekutukan-Nya malah mengikuti perintah setiap penguasa yang degil dan menyombongkan diri. Kaum Ad ditimpa azab angin yang sangat bising, sangat kencang, yang meniup selama lapan hari dan tujuh malam. Mereka juga disambar oleh halilintar. Ayat berikut mengisahkan angin yang sangat bising: "Dan bagi Ad, mereka dimusnahkan dengan angin yang sangat bising, yang sangat kencang. Dia memaksakan ke atas mereka tujuh malam dan lapan hari terus menerus, dan kamu melihat kaum ketika itu bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul batang pohon-pohon palma yang runtuh." (Surah al-Haaqah:6-7)

Kaum yang tertua dicontohkan di sini ialah kaum Nabi Nuh. Seperti Nabi-Nabi lain, Nuh menyampaikan kepada kaumnya mesej-mesej Allah s.w.t tetapi pembesar-pembesar mendustakannya. Mereka mengeji Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya. Lalu kecemasan yang besar, iaitu banjir, meliputi mereka bersama orang-orang yang tidak percaya, termasuk anaknya sendiri.

Persoalannya, apakah bencana itu datang dari perbuatan kita sendiri atau dari Allah s.w.t, dan siapakah yang mengundang bencana? Bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa manusia dan kemusnahan puluhan ribu tempat tinggal dalam beberapa minit sahaja. Allah s.w.t menciptakan manusia itu agar mengelola bumi dengan sebaik mungkin.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

048171
Hari ini: 119
Minggu Ini: 1,707
Bulan Ini: 3,633
Tahun Ini: 48,171
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.