MENUNGGU SAAT KEHANCURAN YAHUDI

MENUNGGU SAAT KEHANCURAN YAHUDI

Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang perkasa, lalu mereka merajalela di kampung-kampung. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.Dan peringatan ini adalah sebuah janji yang pasti ditunaikan” (Al-Quran surah Isra ayat 5)

Dalam ayat di atas Allah menegaskan bahawa akan datang hamba-hamba yang perkasa atau kuat yang mampu melakukan serangan hebat. Tunggu saat dan ketikanya hai yahudi. Tentera Allah akan kembali. Menyalakan perang suci. Bebaskan seluruh negeri (Ruhul Jadid). Israel sesungguhnya sedang menunggu saat kehancuran.

Hari ini kerosakan yang diperlihatkan oleh Israel benar-benar telah melampau batas kemanusiaan. Allah sedang memerhatikannya dan  janji Allah pasti berlaku dengan kemusnahan dan kehancuran untuk kali kedua bangsa Israel kelak. Hari ini isyarat itu belum terlihat walaupun semalam berlaku serangan Iran ke atas Israel dan apa yang kita harapkan  bangsa arab sendiri perlulah sedar janganlah terus menerus menjadi penyanjung Israel serta pengkhianat umat islam.

Kerosakan besar yang terjadi dan dilakukan oleh bangsa yahudi seringkali dikaitkan dengan tanda-tanda kiamat atau akhir zaman. Sebuah hadis yang bersumber dari sahabat Nawas bin Saman ra ia berkata, ”Pada suatu pagi Rasululllah saw menyebut tentang Dajjal. Beliau merendahkan dan meninggikan suara hingga kami mengira Dajjal ada diserumpun pohon kurma ”Menjawab hal ini, Rasulullah bersabda, ”Aku lebih mengkhawatirkan kamu dari fitnah selain Dajjal. Bila Dajjal keluar ketika aku berada di antara kamu maka akulah yang akan melawannya.Dan bila Dajjal keluar dan aku tidak lagi bersama mu maka setiap orang adalah pelindung bagi dirinya sendiri.

Kemudian Rasulullah saw meneruskan lagi dengan penjelasan yang lebih terperinci tentang Dajjal. ”Dia Dajjal seorang pemuda yang sangat kerinting rambutnya, mata kanannya tidak melihat, aku melihatnya mirip Abdul Uzza Bin Qatan. Barang siapa yang menjumpainya maka bacalah ayat-ayat awal surah Kahfi. Dia keluar dari jalan antara Syam dan Iraq dan berbuat kerosakan dikanan-kiri jalan yang dilaluinya. Wahai hamba Allah tetaplah kamu berpegang teguh pada agama Allah.

Proses berikutnya setelah kemunculan Dajjal adalah turunnya Isa Ibnu Maryam untuk membunuh Dajjal serta pengikut-pengikutnya. Lalu Isa kemudian mendoakan kehancuran yakjuj dan makjuj serta memimpin pasukan umat Islam untuk menghancurkan salib. Dalam beberapa riwayat dinyatakan bahawa Isa Ibnu Maryam akan tinggal di dunia selama tujuh tahun dan ada pendapat menyebut 40 tahun. Setelah itu misinya selesai. Dia kemudian meninggal dunia, disembahyangkani dan dimakamkan oleh umat Islam.

Dari hadis riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah bahawa Nabi telah bersabda yang bermaksud: ”Para nabi itu bersaudara kerana beberapa alasan: agama mereka satu, sedang ibu mereka berbeza-beza. Aku adalah orang yang lebih berhak bersaudara dengan Isa Ibnu Maryam kerana antara aku dan dia tidak ada nabi dan dan dia akan diturunkan. Jika kamu melihatnya hendaklah kamu mengenalinya. Dia berbadan sedang, kulitnya putih kemerahan, berambut lurus, kepalanya seolah-olah meneteskan air walaupun tidak basah, mengenakan pakaian dua potong warna kekuningan. Lalu ia menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan pajak dan mengajak orang masuk Islam.

Pada zaman Isa as Allah menghancurkan semua agama  kecuali agama Islam. Dan pada zamannya Allah membunuh Dajjal. Dunia pun dikatakan aman tenteram sehingga unta dapat hidup bersama dengan singa, harimau dengan sapi, serigala dengan domba dan anak-anak bermain dengan ular tanpa bahaya. Isa akan berada di bumi 40 tahun kemudian meninggal dunia dan umat Islam menyembahyangkannya”

Seterus Imam Mahadi akan turun. Isa Ibnu Maryam akan turun. Kedua-duanya akan meminpin kaum muslim memenangkan peperangan dan mengahancurkan musuh. Namun hari ini kita tidak boleh berpangku tangan. Kita harus menjadi hamba-hamba Allah yang hebat dan kuat untuk melakukan serangan. Tidaklah keduanya kecuali didukong oleh orang-orang dari sebahagian umat Islam yang memiliki keimanan yang tinggi atau paling baik dengan amalan yang tinggi. Semoga Allah memilih kita dan menjadikan kita bahagian dari pasukan besar yang akan membersihkan kerosakan dan menghancurkan kezaliman.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

017950
Hari ini: 202
Minggu Ini: 545
Bulan Ini: 3,091
Tahun Ini: 17,950
Tahun Lepas: 52,147
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.