KECANTIKAN YANG HAKIKI

KECANTIKAN YANG HAKIKI

Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Dua golongan daripada penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya lagi iaitu satu kaum yang memegang cemeti seperti ekor lembu untuk mereka memukul manusia dengannya dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya (mengoda lelaki ke arah melakukan zina). Kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang senget (supaya orang kagum kepada mereka). Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan tidak akan menghidu baunya walaupun bau syurga itu mampu untuk dihidu dari jarak perjalanan tertentu." (Hadis Riwayat Muslim)

Lebih dari 1.400 tahun lalu, Rasulullah saw telah mengingatkan tentang kecenderungan pakaian wanita di suatu masa. Dengan  fakta saat ini, hadis tersebut sangatlah relevan di mana fesyen sekarang sangat mengghairahkan atau seksi..Ia lebih menampakan  paha, dada, lekuk tubuh..

Lebih menyesatkan dada kini berkembang pemahaman bahawa kecantikan lebih cenderung diukur berdasarkan faktor fizikal. Kulit yang putih, rambut yang hitam lurus, tubuh yang langsing, dan ukuran-ukuran penting dengan bilangan-bilangan tertentu seolah menjadi standart wajib seorang wanita dianggap cantik atau tidak.

Seseorang boleh dilahirkan cantik, buruk rupa, berkulit putih, merah, kuning, atau coklat, dan hitam, kerana hal itu adalah sunatullah, sebagai suatu ketetapan dari Allah swt. Tidak ada satu manusia yang mampu menolak dengan wajah seperti apa ia dilahirkan. Kerana itu, bentuk rupa dan fizikal seseorang tidak akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah swt yang dinilai dari tiap-tiap manusia adalah bagaimana dia menggunakan apa yang diberikan Allah swt kepadanya, baik dia cantik atau biasa-biasa saja.

Alangkah sia-sianya sebuah kecantikkan bila digunakan tidak sesuai dengan kehendak pembuatnya,  iaitu Allah swt. Demikian pula akan sia-sia bila keburukan muka diratapi dan disesali, kerana sebenarnya kita tidak dibebani dosa kerana keburukan itu. Akan lain halnya bila merawat tubuh. Selama tidak mengubah ciptaan Allah swt, maka hal itu justuru harus dilakukan sebagai bentuk merawat ciptaan-Nya.

Cantik yang hakiki justuru tidak bertumpu pada fizikalk semata. Cantik hakiki dimunculkan dari dalam jiwa, dengan meresapkan pemahaman tentang Islam sehingga membentuk keperibadiannya. Pemahaman Islam inilah yang nescaya akan menghasilkan kecantikan hakiki kerana dia berkeperibadian Islam : memiliki pola fikir Islami (aqliyah Islamiyah) dan berpola tingkah laku Islam (nafsiyah Islamiyah).

Maka, seseorang yang berkeperibadian Islam ini  tidak akan berfikir dengan selain kerangka berfikir Islam dan tidak akan berbuat selain  dengan perbuatan yang sesuai dengan Islam.

Benar-benar akan cantik dan indah luar dalam kerana sesuai dengan keinginan Yang Maha Indah, sesuai dengan penegasan hadis Rasulullah saw, Sesungguhnya Allah swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan.

Hubungi Kami

Alamat:
No.5B, Jalan 3/70 Damai Point, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi. Selangor

Telefon: +60 17-377 7732
Email: alfalahmadani2022 [@] gmail.com

Jumlah Pengunjung

049184
Hari ini: 106
Minggu Ini: 614
Bulan Ini: 4,646
Tahun Ini: 49,184
Tahun Lepas: 5,538
Image

Alfalahmadani.my merupakan sebuah portal yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penampan bagi setiap tuduhan, fitnah, kekeliruan, ketidakfahaman dan kecelaruan yang berlegar di minda rakyat. Sama ada isu-isu yang timbul secara organik di media sosial, ataupun yang didorong sebagai naratif oleh pihak-pihak tertentu,

Alfalahmadani.my akan menjawab setiap permasalahan dengan pengetahuan, kebijaksanaan dan kebenaran. Tentunya, kehadiran Alfalahmadani.my bukan berhasrat menyatakan kesempurnaan pemikiran, tetapi sebagai wahana untuk menuju kesempurnaan pengetahuan dalam konteks pemikiran semasa, dan kebijaksanaan yang mampu diusahakan.