Pagi ini bertempat di perkarangan ibu pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, saya telah memberikan kata semangat kepada pasukan Pertubuhan Jejak Jalanan diketuai Saudara Abe Hae.
Pasukan ini pagi ini bergerak ke beberapa daerah di negeri Kelantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Pertubuhan Jejak Jalanan atas segala inisiatif yang diusahakan untuk membantu masyarakat yang terjejas.
Ia melengkapkan usaha agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Skuad Musa'adah Al Falah Madani menyantuni mangsa-mangsa di negeri-negeri yang terlibat.
Sebagai sokongan kepada usaha Pertubuhan Jejak Jalanan, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Yayasan Taqwa-MAIWP telah menyalurkan bantuan sebanyak RM200,000.00 kepada Pertubuhan Jejak Jalanan untuk segala usaha menyantuni mangsa-mangsa banjir.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua penyumbang dan pembayar zakat.
Semoga usaha ini akan menyuburkan nilai ihsan dan kasih sayang selaras dengan agenda Membangun Malaysia Madani yang digerakkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Sumber: FB Dato' Setia Dr. Naim
